Sponsored

Wednesday, December 22, 2010

konspirasi apekah ini?

is it too bad?

sejak dua menjak ni, selalu berlaku perkara-perkara yang pelik dan to some extent menakutkan jugak. taktahu lah kenapa ia asyik jadi kat aku je.

kenapa bila aku main game dalam iphone si A, tetiba je lepas tu tab safari takleh minimize. sedangkan baru pegang taksampai pun 5 minit.

kenapa bila aku saje2 nak explore handphone sony si R, tiba-tiba skrin jadi gelap. terus cepat-cepat aku bagi kat tuan empunya lepas handphone tu recover dari 'pengsan'-nya.

kenapa bila aku baik hati nak tolong bersihkan akademi huda guna vakuum makcik Z, tiba-tiba vakuum tersumbat. cuak habis aku, dahlah guna orang punya!

dan kenapa bila aku nak keluar dari kete si X, tiba-tiba je pintu depan taknak bukak. time duduk kat seat belakang, okay pulak.

AAAAAHHHHHH!!

kenape sume machine sabotaj aku?
harapnye sphygmomanometer tak berkomplot sama =_=

Sunday, November 28, 2010

Pensil & Pemadam umpama..

This is so nice.


When there's a pencil, there's always be an eraser

Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


What do you guess?
Pencil = Us
Eraser = Our Parents
 

Appreciate your Mum & Dad on everything that they do. They always want the best for their beloved son or daughter (that is YOU!). Do your best and be the best on behalf of your parents, insha Allah :)

Ref : Someone's FB note. I forgot whom.

Monday, November 22, 2010

HAHAHA, comel!

Lil Bunny kah?

Aisyah Humaira yang sangat comel.
Tambah-tambah dalam video ini. Part last ada sesuatu yang menarik :)






ADUH! sakitnya terhantuk dinding tu. Aisyah.. Aisyah.
p/s: suka sangat time Umar menyibuk nak masuk kamera sambil buat muka comel :))

Friday, November 19, 2010

What would you do?

Bila terbaca status facebook ini, aku teringat ape yang terjadi kat aku dulu. Takdela sebijik-sebijik jadi camtu, tapi lebih kurang sama kes la.


Quoted back;
I'd like to hear your honest answers on this;
A guy in his late 30s came, told that he needed RM40 to go back to Lumut because his wallet was stolen and no one would help him. (tambah: Dan dia ada tunjuk salinan report polis bahawa dia hilang dompet)

What would you do?

Friday, November 05, 2010

bunga api di KL



4th Nov - around 10pm.
*bunyi bunga api. macam-macam kaler pulak tu bunga api*

'haih, sambut ape plak ni. ade ape dengan esok..'

aku turun tingkat bawah pegi makan HS + HL kejap. baru tahu, orang yang main bunga api tu tengah sambut Deepavali. aku lupa sebenarnya.. yela, Deepavali masa Revision Week; mana nak sedar sangat. lagipun, bukannya aku sambut Deepavali pun.

5th Nov - tepat 12.00am
*berdentum-dentum bunyi bunga api. kali ni lagi meriah dari sebelum ni*

'haih, bisingnya! tak boleh jadi ni'

TUTUP TINGKAP!
(ini bukan entrosisme okay)

hu, nasib aku duduk kat Pandan Indah je yang kebanyakan penduduknya berbangsa Cina. dari tingkat 16 Glenview ni, nampak je KLCC plus area sekeliling 360 darjah. cuma Batu Cave je tak nampak. kalo duduk dekat tempat yang ramai India/Hindu ke, mane nak sembunyi dari bunyi mega bising di hari Deepavali? bertapa dalam gua Batu Cave?

5th Nov - 10.30pm.
Texted Afa, my lil bro,
'kat Perlis, dengar tak orang main bunga api sambut Deepavali?'

He replied,
'takdengaq pon. awat? kat sana ada orang dok main ah? Perlis majoriti Melayu, haha :P'

oh. no wonder girls aku tak pandai nak analisis tajuk untuk assignment Hubungan Etnik haritu. puncanya adalah kerana aku berasal dari negeri yang kurang konflik kaum. adakah itu fakta yang sahih? HAHA!

p/s: cik USAR, selamat hari Deepavali!

Friday, October 29, 2010

ijaz

petang tadi, ada exam ijaz at-tibb fi al-quran wa sunnah. semua soalannya dalam bahasa arab, tapi nasib baik ada ustaz Kasyfun yang baik hati terjemahkan soalan tu. baik betul :)

but still, jawab entah pape.

itulah aku..


masa kelas ijaz, tido.
masa tengah exam ijaz, pun tido.


thanks to those yang bagi input2 masa perbincangan beramai-ramai semalam. dan juga nota pagi tadi.

&&

teringat pulak kelas biochemistry haritu. ade la dalam 5 slide kot, aku dah tertido. sedar-sedar dah slide yang terakhir. terus je mata tu tak ngantuk. HUH! tension jugak.
nak kena suntik anti-melatonin, balqis ni' - orang2 yang duduk belakang cakap
(melatonin = hormon yang dikeluarkan masa dalam gelap, untuk menggalakkan tido)


p/s: ya, post ini tiada apa2. cuma rasa macam nak menulis je. anyway, bittaufiq wannajah kepada semua warga gen05 :)

Monday, October 18, 2010

oh buku guyton

bila tengkuk dah lenguh sebab asyik dok tengok bawah je, barulah sedar kelebihan buku Guyton.

edisi lama :)

perasan tak buku Guyton ni, kita boleh baca sambil baring tanpa risau kulit dia dok terpele'ot ke sana sini. tangan pun takdela lenguh sangat nak support buku tu biar dok statik bila baring.

patutla Guyton & Hall buat cover buku diorang keras. sangat sesuai & essential untuk students2 yang suka baca sambil baring seperti ______ (sila isi sendiri). tapi yang kurang bestnya, bila dah baring tu, paham-paham jela. tak sampai satu perenggan dah pun terlelap =_=

kesian cik Sherwood, encik Ganong dan encik Vanders yang berkulit lembut :P ade cadangan?

oh ye, seminar physiology lagi 2 hari. masa tengah search thru internet, terjumpa la satu formula ni:
One can estimate height by a calculation of mid-parental height. For females this is determined by subtracting 13 cm from the father’s height, adding this to the mother’s height in cm and then dividing by 2
nak jugak try sama ada formula ni betul ke tak, tapi taktahu pulak tinggi ayah & umi berapa. HAHA :P

p/s: buat Amira Husna, selamat datang ke dunia :) OMG, dah tujuh orang la! but still, Umar tetap hero~

Thursday, September 16, 2010

makan kuih raya, makan angin laut

[1] makan kuih raya


aneka kuih raya & kek di 'Eid ul Fitr.

dari kiri ke kanan, atas ke bawah:
1. biskut susu + kelapa
2. kek spongebob koko
3. kek lapis coklat (ada cadbury terselit2)
4. biskut raya biasa ada ceri kat atas.
5. tart nenas tradisional
6. brownies cheese (cik sakura buat)
7. chocolate brownies (cik sakura buat lagi, aku?)
8. crunchy crispy (yang ani jual)
9. taktau nama juga.

yang SANGAT SEDAP! - 1, 3, 6, 7, 8 & 9

[2] makan angin laut



berjalan, bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir


140910 - raya de Langkawi.

perjalanan selama 1 hari suntuk yang ditaja oleh abang saif & kak najah. antara destinasi2 yang dituju:

1. underwater world langkawi (dewasa rm28, kanak2 rm18)
2. pantai cenang
3. bandar kuah, borong coklat bawak balik. (harga macam biasa, murah sikit kot. cuma yang best, banyak pilihan! semua ada; mars, twix, daim, toblerone, hersheys, cadbury dan lain-lain)
4. dataran helang (semata-mata nak amik gambar helang gergasi)

Thursday, September 09, 2010

pantun raya 4 kerat



jom berpantun!

kain batik,
baju kebaya,
dah terdetik,
jumaat ni raya.

:)

2 pisang telah dibelah,
untuk dikisar dengan blender,
kalo ade silap dan salah
harap dimaafkan lah ye!

รεlﻪოﻪէ ﻪгﻨ гﻪկﻪ ﻪժﻨlfﻨէгﻨ ოﻪﻪF չﻪհﻨг ռ ъﻪէﻨռ
dari kami sekeluarga,


Monday, August 30, 2010

Allah bagi ruang untuk kita

sesi tilawah 1602

dah 20 hari umat Islam berpuasa kan? so, dah berapa juzuk Quran yang korang baca? cakap pasal membaca Quran ni, aku teringat masa bulan puasa dulu2 (macam la lama sangat) aku selalu berlumba baca Quran dengan denz, cik sakura ataupun dengan afar; tengok sapa dapat baca juzuk paling banyak ataupun khatam Quran dulu. suka sangat kalau dapat baca lebih banyak dari orang lain. bayangkan kalau tengah baca Quran tu, tiba-tiba diorang datang jenguk nak tengok aku dah baca juzuk berapa. terus aku berhenti sekejap, tutup part juzuk taknak bagi nampak juzuk yang tengah dibaca. kononnya takut nanti diorang 'potong' (pintas). fikiran sempit betul masa tu kan, hehe :)

dan yang bestnya bila aku tanya diorang,
'juzuk berapa dah?'
'tak potong qis lagi..'
aku rasa bahagia.. HAHAHA, entah ape2 kan.

pastu, kalau aku ada nampak Quran yang selalu diorang baca, senyap2 aku bukak. nak tengok penanda Quran kat muka surat berape dah. kalau juzuk tu aku dah baca, aku tak kisah la. tapi bila tengok penanda tu kat juzuk yang aku belum baca lagi, rasa tercabar nak potong balik. rasa sangat puas hati bila kita dapat potong juzuk orang lain. sampai kadang-kadang tu, sanggup baca 2 juzuk sekaligus lepas Subuh sampai kering air liur semata-mata nak 'kampoi' balik juzuk yang terlepas tu. penat jugak, tapi at least LEGA :P (jangan tiru macam ni, sepatutnya kita kena lebih istiqamah dalam membaca. bukannye baca banyak sekaligus dalam satu masa ye)

nota 1 : betapa nikmatnya berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan, kan? lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ni, pahalanya berlipat kali ganda. ayuh kita refresh hati serta tingkatkan amal & taqwa! jom khatam 30 juzuk, insyaAllah :) bak kata Ustaz Nazri 'Allah bagi ruang untuk kita' - kita yang kena manfaatkan masa yang ada untuk Al-Quran juga~

nota 2 : rasa macam orang sakit je, bila baring atas katil lama2 - *EXAM MOOD*

Sunday, August 01, 2010

randomness

sedar tak sedar, dah hampir sebulan aku berada di tahun 2. bergelar akak 'senior' walaupun agaknye sebaya :P. taaruf dengan junior2 yang nampak lebih matured dari senior *perasan muda nampak*. nak ingat sume nama2 diorang, uh susah otak ni nak menghafal. maaflah ye, bukan sengaja! walaupun baru je beberapa saat budak tu cakap nama dia masa perkenalkan diri, boleh je aku terlupa dah nama dia ape. lain la yang ade 'aura' - cepat pulak ingat. AHHH, hate this name-forgotness syndrome ni!

30thjuly10
in the bus that morning, overheard one of the radio's DJ said about 31st july as hari pahlawan. (hari merdeka kot) then, he asked about 'siapakah pahlawan bagi kamu?' or translated to 'who is your hero?'. then there is this one caller said that her hero is his dad. suddenly, I remembered something. today is my dad's birthday! oh, just wanna wish my super AYAH, happy 58th birthday to you! semoga panjang umur & sihat2 selalu :) pokok mempelam kat rumah dah berbuah ke?

randomness :)

1. annoying tak?
kalo korang dah buat keje (senyap2 je), tapi lepas tu orang suruh korang buat keje lagi sebab tak nampak korang buat keje. bukan nak kate 'eh, aku da buat keje tadi.. bla (sebut ape keje korang buat), ko la pulak buat'. tapi common sense la. bukan orang tu taknak buat ataupun malas, tapi kalo buat sama-sama rasanya tak kisah kot?

2. keliru dengan.
makcik cafe yang bila tanya berapa harga nasi, dia cakap rm4. bila bagi rm4, dia kasik balik lima kupang. dah banyak kali kot kena camni. tak paham, duit syiling banyak sangat ke?

3. suka bila.
boleh baca ebooks thru laptop. sengkek duit nak beli buku. HAHA :P baik, saya pergi Kamal bookstore nanti.

4. terkejut.
bila dengar balik record lecture kidney masa dr. rafidah ajar, banyak pulak dengar orang batuk2. ni mesti GU bawak virus ni :P

5. serba salah.
sama ada nak beli buku marks' biochemistry atau tidak. bukan ape, takut tak terbaca. sedangkan marks yang dipinjam dari library haritu belum disentuh, harapkan renew je lebih.

hari ini dah 1 ogos. sepuluh hari lagi, dah nak puasa Ramadhan. kepada roomateku yang nak diet tu, semoga berjaya la ye! and lastly said; SELAMAT BERPUASA!

Wednesday, June 30, 2010

sebenarnya, bola dragonball ada 7 biji semuanya

iklan nuffnang enfagrow

minggu lepas, masa tengah kemas-kemas almari TV ada terjumpa satu booklet friso gold ni; tajuknya panduan untuk ibu. masa dok selak-selak terperasan ade satu tajuk pasal sembelit ni. dia ada tunjukkan simptom-simptom, punca & cara-cara untuk elak sembelit ni. dan tak sah kalau tajuk sembelit takde pula tajuk cirit-birit kan? iyelah, sembelit kan ada kaitan dengan cirit-birit.

makanya, booklet tu pun ade la selitkan satu gambar ni tentang jenis-jenis najis ataupun dalam bahasa omputihnya adalah stool. sopan sikit bunyi dia kan? kalau korang nak tahu, najis kita ni ade 7 jenis semuanya (macam nada dalam cerita dragonball pula). tiba-tiba, aku teringat balik lecture biochemistry masa tengah belajar tajuk ni dulu. masa belajar tu baru tahu, walaupun selama tu takpenah nak amik kisah :P

so here we gonna learn it back, guys! since a new sem will start in not more than 1 week. alright, there are 7 types of stool (totally blank about this word, so decided to google it up, what's wrong with my brain eh)
- boleh rujuk bristol stool chart di wikipedia
1. separate hard lumps, like nuts (hard to pass).
2. sausage-shaped but lumpy.
3. like a sausage but with cracks on its surface.
4. like a sausage or snake, smooth and soft.
5. soft blobs with clear cut edges (passed easily).
6. fluffy pieces with ragged edges, a mushy stool.
7. watery stool, entirely liquid
kalau tak faham, ni ada terjemahan dalam bahasa 1 Malaysia lengkap dengan gambar rajahnya :P


booklet friso gold di-scan semula, HAHA

type 1-3 >> bahagian atas sekali tu menandakan sembelit atau constipation. manakala type 6 & 7 >> bahagian bawah sekali menandakan cirit-birit aka diarrhea. dan stool yang paling IDEAL adalah type 4 dan 5 >> rujuk 2 gambar di tengah tu!

oh ye, kalaulah stool korang tu kaler hitam, tu bermaksud ade pendarahan kat bahagian atas digestive tract; macam sakit peptic ulser. kaler hitam tu berpunca daripada iron dalam haemoglobin yang telah teroxidize during its passage sepanjang ileum (bahagian paling hujung usus kecil) & colon (usus besar). stool hitam ini lebih dikenali dengan nama melena. sedap tak nama tu? X)

nota:
1. kepada gen05, selamat pulang ke GV & start a new sem with a new you! :)
2. happy birthday to my kakak! (0107)

Monday, June 28, 2010

put yourself in someone's CROCS.

we never get what we want,
we never want what we get,
we never have what we like,
we never like what we have.
and still we live & love.
that’s life..

"awat dia sedih sangat. huh, bukan ade pape pun. setakat gagal exam final je, bukannya sampai takleh sambung study pun. aku yang gagal berjuta kali ni tak kesah pun"

"awak tak tau situasi dia. cuba awak letak diri awak dalam kasut dia, bayangkan awak berada di tempat dia. mesti awak faham kenapa dia buat macam tu. saya jamin 99.9%"

"ahh, malas la. biarlah kat dia, bukan masalah aku pun"

comel tak? HAHA

susahkan nak letak diri kita dalam kasut orang? maksudnya, letakkan diri kita di posisi orang lain dan fahami apa perasannya ketika itu. atau senang cite, kita empathy kat dia. bukan sympathy ye! oh, tak faham empathy tu ape? bak kata denz, empathy tu lebih kurang sama dengan sympathy. tapi, empathy ni kita ada action berbanding sympathy yang hanya tahu sympathy je tapi, ape pun tak buat.
always put yourself in others' shoes.
if you feel that it hurts you,
it probably hurts the other person, too.
klik untuk tengok lebih jelas :)

nota : kasut bowling aku saiz 4.

-

Saturday, June 26, 2010

di bawah payung kita - eh eh eh

© under my umbrella

klik play untuk dengar. rentak agak kuat, so boleh slow sikit sound.


Payung by Ali. Malay Version of Umbrella translated by Amri. view the original version by Amri in acoustic version here

lirik-nya best!
&&

kau di hati
walau jauh kita berada
merentasi benua
sinarmu menyala
dan di dalam kelam
bayangmu tidak kelihatan
bila ku kau perlu
kau tahu ku di mana
kerna

[chorus]
biar kita bersinar bersama
seiring sejalan selamanya
sahabat berkekalan
diri di sisi
memberi sokongan
dan hujan turun semakin lebat
usahlah kau risau sendiri
berteduh di bawah payung kita
berteduh di bawah payung kita kita kita eh eh eh
di bawah payung kita kita kita eh eh eh
di bawah payung kita kita kita eh eh eh
di bawah payung kita kita kita eh eh eh eh


takkan ada
yang menjadi halangan
kau sebahagian entiti
kini hingga ke infiniti
bila kacau bilau dunia
awan gelap berarak tiba
selagi ku mampu
kita ubati hatimu
kerna

[ulang chorus]

berlarilah ke mari
tak perlu engkau risau
usah gusar
tiada apa yang menghalang
biarlah hujan turun
kita redah bersama
kerna

[ulang chorus]

dan hujan
oh biarlah hujan

redah bersama
bersama

oh hujan
oh biarlah hujan
kita redah bersama
bersama

p/s: suka part chorus. nasib baik dia ulang word 'kita kita kita, bukan 'yung yung yung' :P

Tuesday, June 22, 2010

7 or 17

'aaahh.. kak neni!'

'ape? she wolf..?'

'aahh. takboleh, takboleh. nanti mase iklan nanti bolehla.'

ala. baru je cadang tadi pukul 3 nak datang depan TV. alih-alih.. ade orang tengok bola TV 1 - portugal VS korea. duduklah tengok sekejap. tengah-tengah tengok tu, TV papar seseorang berjersi merah bernombor 7. agak-agak sape?

17 for Manchester.

'uu, tu kak neni punyelah tu.'

'haha, handsome semalam lagi; brazil. kaka' :)

ADOILA. aku pun tak tahu sangat pasal bola ni, inikan pula negara mana pemain tu wakil. nak tulis ni pun, pergi google kejap, HAHA. ade sekali tu, aku tanya my lil brother siapa yang pakai jersi warna merah putih. sajelah nak tahu, memandangkan hari tu pakai baju kaler merah putih. kot2, ade yang sama ke. pastu, dia tanya negara ke kumpulan? aik, ade juga pilihan. I know ZERO about this~

tiba-tiba..

GOAL!! dah 2-0 ~

kak neni : nanti, dia dapat 7. christiano ronaldo.
aku : 7 ape?
kak neni : 7 gol la.
aku : oh. la, yang semalam ke? *siaran ulangan rupanya*

fakta-fakta
1. jom google result bola, taip je 'fifa' kat kotak google.
2. kak neni is my pembantu rumah & katanya dia sokong Portugal.
3. baru je tengok drama she wolf TV3 semalam. teruja pula nak tahu kesinambungannya :)
-

Monday, June 21, 2010

QURAN TERJEMAH PER KATA - ASBABUN NUZUL + TAFSIR

pengumuman-pengumuman
siapa yang mau beli
QURAN TERJEMAH PER KATA
bilang aku
aku yang tengah cari
orang yang mau beli
QURAN TERJEMAH PER KATA
yang
ya, PERTAMA DI DUNIA!


Ukuran : 21 cm x 29 cm (saiz A4) - HARD COVER

maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an mempermudahkan kita untuk memahami erti dan isi al-Qur'an setiap patah. seronok kan? juga dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini. siap dengan paparan berwarna lagi, sejuk mata memandang lama-lama.


dan juga pilihan warna cover yang menarik. ada merah, pink, hijau & biru.

EH EH!

BONUS pembelian pun ade! 


1. BEG AL-QURAN

senang nak bawa pegi jalan-jalan, jaulah or musafir. kalo nak bawa pergi masjid tiap2 hari pun senang kan~


2. CD SOFTWARE ISLAMI
Mengandungi lebih 100 koleksi e-book, e-novel, software, flash yang menarik. CD ini dijamin BEST! *10 stars* Klik gambar di atas kalau nak tengok lebih jelas apa yang best sangat tu!!!


3. BONUS BUKU BEST

BUKU AMALAN 24 JAM RASULULLAH - while stocks last. kalo habis stok, akan diganti dengan buku lain~


klik sini untuk maklumat lanjut: BACAQURAN2U.COM


kata-kata best ini,
betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ...

Sunday, June 20, 2010

loghat UTARA


I'm lovin it bcos I'm part of it. but due to myself yang tak ori sangat utara ni, so there are some of words that even I don't know it. HAHA :D so, lets check it out! if you do know some, let me know it, okeh.

1 ghe-ngau > cakar
2 sereyat > reda/surut
3 hambat > kejar
4 pe-qhembang > bidik (aim)
5 contiang > conteng
6 ligan > kejar
7 cemuih > bosan/jemu
cemuih dok buat lagu ni je tiap2 hari (lagu = macam)

8 tokak > gigit
9 gey-rek > basikal
10 gon > cerun (bukit kecil)
11 belemoih/belengaih > comot/kotor
12 tetomoih > tersungkor
13 ku-tey > cubit
14 tak dan > tak sempat
15 hebiaq > celupar
16 maneh melecaih > tersangat manis
17 lincun/lencun > basah
18 lokoih > kuyup
19 kawaq >pencuri
20 kanyaq > mentah (berhingus)
21 ketegaq > degil
ish, ketegaq betui budak ni

22 herot petot > senget benget
23 merela > gatai
24 loklaq > cemekap/cuai
hang ni loklaq la

25 hawing > pusing
26 punggai > baling/lempar
27 tengalong > tuju/baling
28 me-qhe-kah > kupas/koyak
29 ayaq achaq > air longkang
30 haring > hancing
31 kelepiaq > melibas
32 kelolo > tak berapa betoi
33 hemoi > tak tau malu
34 merenyeh > menggatal
35 da-oh > tak matching
36 hapak pera'e > bau hapak
37 hijau merengak > hijau sangat2
38 celuih > muat
makk, tak celuih la baju ni kat chek (cek = saya)

39 meghelit me-qhelap > berkilau-kilau / liplap
tu dia, meghelit meqhelap baju dia aih

40 masam pang > masam sangat2

google lagi, HEHE

41 camoq > selerak
42 cenge > garang
43 gu > kawan/teman
44 guruih api > mancis
45 nat > pasar sehari
46 kelih > nampak
47 gena > macam mana/bagaimana
weh, gena nak buat ni? kami taktau dahh

48 angkit > angkat
49 tik mau/tak mau > tidak mahu
50 perabih > bagi habis
51 pancat > pancit

52 hangpa > kamu/awak
pasaipa hangpa gelak nih

53 melewaq > merayau
54 habaq > bagitahu
55 kaih > lekas
habaq kaih aku nak pi tidoq ni

56 sat > sekejap
57 koi > kuih

&&
timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

jawapannya: loghat pantai timur (kelate) adalah munasabah.

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: tak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! HAHA :D but still, I love loghat UTARA~

sumber : community YS lets join it today!, [forum CARI] .

p/s: jom baca cerpen loghat utara disini.

Saturday, June 19, 2010

otak kanan ke otak kiri?

tolong sebutkan warnanya ye, bukan sebut tulisannya.

tersasul tak? HAHAHAHA :D

>> kalo kita baca WARNA, maksudnya kita tengah guna otak kanan tapi kalau kita baca HURUF maknanya kita tengah guna otak kiri.

otak kita terdiri dari belahan kiri dan kanan yang lebih dikenali dengan sebutan otak kiri dan otak kanan. hakikatnya, ada orang yang dominan otak kiri dan ada yang dominan otak kanan.

orang kata kalau pintar akademik, selalunya orang tu lebih cepat ingat sesuatu yang logik, suka kepada angka, analisis, perkataan dan bertanggungjawab terhadap kemampuan verbal. dan itu adalah hasil dari otak kiri yang lebih mendominasi. proses berfikir otak kiri pula bersifat logik, sistematik, dan analisis. namun, otak kiri tergolong dalam memori jangka pendek. *senang study last minute, tapi.. cepat tangkap & cepat juga lupa*

otak kanan pula lebih kepada irama, muzik, imaginasi, emosi, warna, gambar, dan diagram. cara berfikir otak kanan bersifat kreatif dan tidak teratur (means : dia tak suka ikut masa, kerjanya ikut inspirasi dia). otak kanan tergolong dalam memori jangka panjang aka long term memory. selalu dengar kan orang yang kreatif ni dia lebih gunakan otak kanan. contohnya macam pelukis, designer, pelakon or ahli muzik.


sebagai bukti bahawa daya ingatan otak kanan lebih dominan daripada otak kiri, lihat situasi ketika kita bertemu dengan kawan lama, selalu kita ingat wajahnya tapi lupa namanya kan? (melainkan muka dia dah ubah 100%, camne nak cam). awat jadi camtu eh? ini kerana wajah/gambar diproses oleh otak kanan yang memorinya adalah jangka panjang sedangkan nama (kata-kata) diproses oleh otak kiri yang memorinya jangka pendek.

tips nak tahu kita cenderung otak kanan ke otak kiri.

1. pergi ke site mindmedia ini. tak perlu risau, tiada jawapan salah tiada juga jawapan betul. jawab ikut yang mana kita lebih cenderung.

2. satu lagi kalo nak tahu; kita ni otak kanan ke otak kiri. cuba try buat macam ni. ade kawan pernah cakap tentang kedudukan ibu jari ni.


kalau ibu jari KANAN yang berada di atas, anda lebih dominasi kepada otak KIRI. tapi, kalau ibu jari KIRI yang berada di atas, otak KANAN anda yang lebih mendominasi. dia macam opposite sikit~

p/s: ada terbaca cara nak kembangkan otak secara keseluruhan, maknanya takdelah satu belah je yang terlebih dominate; ialah dengan berjalan secara silang kaki (catwalk?) ataupun lompat tali.

p/s/s: toksah percaya sangat tentang tips tu, he. kita seharusnya manfaatkan dua-dua belah otak kiri & juga kanan agar seimbang :)

&&
sedihnya tak dapat pi KL, di rumah saje T_T

sumber : [1], [2], [3], [4]

Friday, June 18, 2010

Ayam Goreng RADIX segar, organik & pastinya halal


assalamualaikum, selamat petang. cik, boleh kami bantu?

erm, sekejap ye. *sambil langut ke depan memerhatikan menu*

makan sini ke bungkus?

oh, bungkus :). jap eh.

takpe2, take your time~

okay, saya nak order ayam goreng 5 ketul.

lagi cik?

dan radix sate 20 cucuk tanpa nasi himpit.

air jus?

1 jus asiatica dan 2 jus jambu batu

itu saje?

ha'ah.

cik nak tambah dessert ke?

em, boleh juga.

saya cadangkan cik amek cold & crunchy ice-cream ni. ada bijirin coklat rangup yang pasti menceriakan hidup cik.


pic courtesy from halimah abs

oh, macam sedap. ok, saya amek 2! :)

okay, 5 ketul ayam goreng, 20 cucuk sate, 1 jus asiatica, 2 jus jambu batu & 2 cawan cold crunchy ice-cream. semuanya tiga puluh lima ringgit dua kupang.

nah duitnya.

*10 minit kemudian, semua setel siap* - ups, memang lama sikit sebab sate kena masak dulu.

terima kasih & datang lagi ye.

OKAY! *senyum*

[CUT! dialog rekaan semata-mata]


&&
untuk sape-sape yang belum pernah pergi Radix Chicken House (RCH) / Radix Fried Chicken (RFC) tu, tataplah menu ini sebagai hadiah :) oh, ini hanya menu RCH sebab aku tak pernah pergi lagi RFC. selalu pergi RCH Arau sebab lebih dekat dengan rumah. tak sampai 5 minit dah sampai pun. RFC pulak baru bukak kot kat Seriab, Kangar. ada peluang, boleh pergi RFC pula, hehehe~

klik untuk yang lebih besar.

klik untuk yang lebih besar.


dan juga RCH ade menu baru iaitu nasi lemak kenyalang & mee bandung HPA. yang ni tak pernah try lagi sebab selalunya beli bungkus & jarang makan kat situ. adela dalam 2 kali kot, makan chicken chop di situ :)

erk, aku belum cuba lagi yang ni.


keterangan lanjut, klik!
- RFC untuk Radix Fried Chicken
- RCH untuk Radix Chicken House

atau, terus je ke RFC/RCH berdekatan anda!

Tuesday, June 15, 2010

kenapa asyik sedu je ni

"Hic!" You've just hiccuped for what seems like the tenth time since you finished your big dinner. Wonder where these funny noises are coming from? The part to blame is your diaphragm. This is a dome-shaped muscle at the bottom of your chest, and all hiccups start here.

The diaphragm almost always works perfectly. When you inhale, it pulls down to help pull air into the lungs. When you exhale, it pushes up to help push air out of the lungs. But sometimes the diaphragm becomes irritated. When this happens, it pulls down in a jerky way, which makes you suck air into your throat suddenly. When the air rushing in hits your voice box, you're left with a big hiccup.


Some things that irritate the diaphragm are eating too quickly or too much, an irritation in the stomach or the throat, or feeling nervous or excited. Almost all cases of the hiccups last only a few minutes. Some cases of the hiccups can last for days or weeks, but this is very unusual and it's usually a sign of another medical problem.

sumber : kidshealth

&&
ups, patutla. malam semalam aku makan banyak. sambal tumis sedap sangat, 10 bintang!! sudahnya, sepanjang solat isya' aku sedu tak berhenti. isk. macam mana nak hilangkan sedu ni? seksa jugak kan, bila lama-lama dok sedu. terganggu konsentrasi nak buat sesuatu. nak cakap pun, ada pause sekejap. hahaha :D
weh, hampa tau tak. ta hic! di, kami pegi makan kat bla bla hic! ayam goreng, ikan ba hic! kar. lepas makan tu, kami main gu hic! li dalam congkak. best wo bla bla bla. dah kenyang, tengok pulak cite hic! ni, bla bla bla. sambil dok te hic! ngok tu, dengar lagu victory korea suju nya hic! nyi bla bla. AHHHHHHH!!

aku cuba tengok kat internet ni, kot ade jalan penyelesaian yang bernas cara nak hilangkan sedu. banyak sangat kot cara dia; beratus-ratus, taktau la yang mana berkesan. ni antara cara-cara tersebut, jom kita tengok sama2. mungkin ada yang korang pernah try, takpe kita tengok je:

1. tahan nafas selama 10 saat. kalau terer, lagi lama pun boleh =P

2. seorang doktor dari University of Virginia pernah berkata "I cure my hiccups by filling a glass of water, bending over forward, and drinking the water upside down"


3. telan satu tablespoon gula kering. jangan telan coklat seketul dah!

4. yang paling teruja; having someone jump out and scare you when you're not expecting it

5. makan chocolate chips, tengok ini.

6. tutup dua2 telinga dengan jari, kemudian minum guna straw. erk, ape kaitan guna straw?

7. nyanyi & ketawa sekuat hati. ni nak buat karoke ke ape ni.

8. nak tau lagi? tengok kat sini

p/s: bunyi sedu ni pun ada macam-macam eh. ade yang biasa dan ade aku pernah dengar kuat juga. kesian pulak tengok.
p/s/s: senang cite, senyap masa makan. hoho :)

Saturday, June 12, 2010

bila tangan terasa gatal..

habis icing ditangan-tangankan :)

hujan rintik-rintik
air bergelora
emak bagi duit
adik pegi sekolah

cikgu tanya adik
tiga campur tiga
adik jawab enam
cikgu bagi right~

adik balik sekolah
adik jumpa kotak
adik pakai kotak
kotak jadi seluar

p/s: ampun kak najah, ter-main pulak dengan icing2 ni. comel sangat kaler dia, tak boleh tahan. adehh!

Friday, June 04, 2010

apa yang kau bagi, itulah yang kau dapat.


one fine & lovely day, pak Hassan and his son, Ali were walking in the forest. they went to search for a woods. they search, search and search.
suddenly the boy trips and feeling a sharp pain he screams, Ahhhh!!
surprised, he hears a voice coming from the mountain, Ahhhh!!

filled with curiosity, he screams: Who are you??
but the only answer he receives is: Who are you??

this makes him very angry, so he screams: You are a coward!!
and the voice answers: You are a coward!!

he looks at his father & asked; Dad, what is going on??
the man replies ; son, now pay attention!!

then he screams, I admire you!!
the voice answers: I admire you!!

the father shouts, You are wonderful!!
and the voice answers: You are wonderful!!

Then the father explains, people call this ECHO but truly it is LIFE. Life always gives you back what you give out. Life is a mirror of your actions.
If you want more love, give more love!
If you want more kindness, give more kindness!
If you want understanding and respect, give understanding and respect!
If you want people to be patient and respectful to you, give patience and respect!
This rule of nature applies to every aspect of our lives. Your life is not a coincidence, but a mirror of your own doings.

Monday, May 31, 2010

perfectly happy

alhamdulillah, syukur amat :)
pssst..
kamu mahu pergi mana?
let’s go.


pic credits here

Sunday, May 30, 2010

orang terbang!

ape kaitan katil dengan terbang ni? adeh.

ketika aku sedang leka berada di bilik bertemankan bunyi kipas yang berkuasa 5, tiba-tiba ada satu suara menjerit dari luar tingkap. suara kak neni merangkap maid menerobos masuk ke bilikku.

" WEH, ADA ORANG TERBANG!! "

'HAH?' - orang terbang mana pulak ni. bukan sebarangan orang boleh terbang atas langit ni. haih, superman, batman, spiderman, kluang man ada lah terbang-terbang ni. tapi tu dalam TV. mana ada dalam realiti. ah, buat tak tahu je la.

kira-kira 15 minit lepas tu, aku keluar ke halaman belakang rumah. tiba-tiba aku ternampak kelibat sesuatu berada di atas ku. benda itu terbang melintasi ku. dekat je rasa.

" WAHHHHHHHHHHH!!!!! ORANG TERBANG! "

terus cik sakura keluar nak tengok orang terbang jugak. ada orang terbang betul la! siap bawa bendera negeri perlis biru kuning lagi. eh eh, ada kawan dia lagi dua. cuba lambai2 sambil hai2 kat diorang. untung-untung nampak, bolehlah kitorang terbang sekali. hahaha, jakun sungguh budak2 ni.

" CEPAT, AMEK KAMERA! "

aku terus bergegas masuk rumah mencari kamera. punyalah kalut-malut mencari sampai tak jumpa pun kat mane. keluar rumah balik. alahai, camne ni. tak dapat la nak menangkap gambar orang terbang ni.

'kamera mane?' - cik sakura bertanya.
'takde, tak jumpa. da cari dah.
'laa, kat mane plak'

cik sakura pula masuk ke dalam mencari kamera. ala, aku tengok orang terbang tu dah jauh dah. alahai.. melepas la camni. beberapa saat lepas tu, cik sakura keluar sambil membawa kamera.

'ni ade kamera ni'
'jumpa kat mane?'
'atas meja balqis tu ha, ape la'
'hah, cepat. cepat. ala, dia dah lari (baca: terbang jauh) dah'

terus aku berlari-lari sambil zoom orang terbang itu, dia dah jauh dah. dalam hati, penuh harapan agar dia kembali semula. tapi, hampa.. last-last, amek gambar dari jauh aje la. kecik kemetot la jadinya~ huhu.

----------------------------------------------------------------------------------------


inilah orang terbang tu. (klik untuk yang lebih besar) tak dapat nak tangkap dekat2 sebab kamera buat hal main aci sembunyi. tapi, still boleh nampak bendera perlis tu kan?


p/s: walaupun bukan superman, batman, spiderman ke ape2 -man yang terbang tapi rasa seronok teramat. sebab orang tu terbang dekat sangat atas kepala. siap boleh dengar enjin-nya berbunyi.

Tuesday, May 25, 2010

bola FIFA World Cup yang boleh dimakan.

2010 FIFA World Cup Fever is here!

hari ini teruja tengok ada satu bola berwarna merah di atas kek. fuh, memang demam 2010 FIFA World Cup bola sungguh! kata-kata makan bola, tidur bola kini sudah praktikal digunakan. apa lagi yang mahu dengan bola? hehe :)

nak kasi berapa bintang?

erk, memang bola FIFA kaler merah ke?

oh, kek ini bukan aku buat. my sister in law yang buat, tu yang seronoknya sebab aku boleh tengok secara real pembikinan kek 'bola' ini. hehe, seksa wo buat kek 'bola' ni. tapi, hasilnya best la kan? kreatif dan inovatif :D siapa mahu order, bolehlah ke najahbakery untuk maklumat lanjut tentang chef kek bola FIFA World Cup ini! dan jangan lupa sertakan nama saya sebagai referral. hahahaha :D


2010 FIFA World Cup South Africa - 11 June until 11 July. Official site of FIFA is here
.

lirik lagu K'naan - Wavin' Flag
[South Africa FIFA Piala Dunia 2010 Official Theme Song]





Ooooooh Wooooooh Ooooooh Wooooooh

Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher
See the champions, take the field now, unify us, make us feel proud
In the streets are, hands are liftin', as we lose our inhibition
Celebration, its around us, every nations, all around us
Singin' forever young, singin' songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game
And together at the end of the day
WE ALL SAY

When I get older, I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back...And then it goes back...
And then it goes back...And then it goes...

When I get older, I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back...And then it goes back...
And then it goes back...And then it goes...
Ooooooh Wooooooh Ooooooh Wooooooh

Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher
See the champions, take the field now, unify us, make us feel proud
In the streets are, hands are lifting, every loser inhibition
Celebration, its around us, every nations, all around us

Singin' forever young, singin' songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game
And together at the end of the day
WE ALL SAY

When I get older, I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back...And then it goes back...
And then it goes back...And then it goes...

When I get older, I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back...And then it goes back...
And then it goes back...And then it goes....
Ooooooh Wooooooh Ooooooh Wooooooh

WE ALL SAY

When I get older, I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back...And then it goes back...
And then it goes back...And then it goes...

When I get older, I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back...And then it goes back...
And then it goes back...And then it goes...
Ooooooh Wooooooh Ooooooh Wooooooh

And everybody will be singin' it
Ooooooh Wooooooh Ooooooh Wooooooh

And we are all singin' it


p/s: sedap juga lagu piala dunia tahun ni. oh, bola kini dipuja. aduh!

hidup mesti sabar ye, kawan2 :)

a, e, i, o, u, STOP!

masa kecil-kecil dulu, korang main game aeiou stop tak? apa kata korang cuba try yang lebih mencabar seperti ini.




1:29 - they stop what they are doing, and they stood like frozen
hahahaha, camne dia boleh tahan pegang pisang macam tu.

1:52 - they're not moving. I can't move my cart. err, I need some help
adehh, kesian pakcik ni. tergendala kerja dia sekejap.

2:10 - this is the weirdest thing that I've ever seen
cuba buat kat KL Sentral nak?

the two minutes video depicts 200 Improv Everywhere (IE) Agents freezing in place simultaneously for five minutes in New York's Grand Central Terminal

p/s: life really calls for passion like this. SABARKAH kamu?


&
tag dari cik ilhambatrisya lagi. sorry, saya ada buang soalan2 yang mengarut sikit. heee :)

1. adakah anda rasa anda HOT???
pagi ini sejuk. pagi ini sungguh sejuk. (macam tajuk buku budak tadika je, hehe)

2. upload wallpaper PC/laptop yang anda guna sekarang jugak!

3. cerita pasal gambar tersebut?
gambar my cute niece, aisyah humaira' - sesedap namanya. dah buka mata dah. kakak, bila orang malaysia boleh tengok aisyah humaira' secara real ni? hehe.

4. bila kali terakhir makan pizza?
lebih kurang 1 bulan yang lepas, tapi bad service of pizza hut. menyesal pergi makan situ. huh! sebelum keluar tu, sempat lagi kami tulis komen atas resit guna highliter, & then letak dalam commentbox. biar manager-nya baca, customer always right!

5. lagu terakhir anda dengar?
kebahagiaan dalam perpisahan by shahir AF8. erk, sejak bila minat akademi fantasia ni? oh, TIDAK sama sekali. sajela nak dengar best ke tidak lagu yang diheboh-hebohkan sekarang ini. hmm, shahir ni rupa-rupanya adalah bekas ahli kumpuan saujana~

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
menongkat dagu dengan tangan kiri.

7. selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
takde. semua mesti ada nama sendiri.

8. listkan 8 orang nama
1. cik sakura
2. pinky sakura
3. ummu
4. halimah
5. zwen
6. syifaa
7. raihaana
8. asma'

9. siapakah orang no. 1 kepada anda
my beloved sis, thanks sudi teman pegi uitm pagi ini :)

10. katakan sesuatu mengenai orang ke-5
outspoken girl.

11. orang no. 3 ada hubungan dengan siapa?
erk, tingkat 11 mungkin? X)

12. bagaimana pula dengan no. 4?
budak kluang.

13. pesanan buat orang no. 6
gudluck in everything u do, semoga tabah hati!

14. kata-kata cinta untuk orang no. 2
ujian dan dugaan : tanda Allah sayang :)

15. adakah no. 7 dan no. 8 mempunyai persamaan?
dua-dua comel.

16. berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda
* comel.
* dipanggil dengan nama 'nana'
* ex-smkaa
* baik hati.
* sekarang belajar di UDM, hehe :P

17. persamaan antara kambing dan lembu
berkaki empat. haihh~

18. perasaan anda buat tag ini
gusar. hahaha.

Saturday, May 22, 2010

suka dengan buffered earning.


buffered earning dah ada 3 ketul.
tapi aku masih tak faham apa fungsi-nya.
tolong, siapa tahu ni?