Sponsored

Wednesday, December 21, 2005

oTaK kiTe??

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita. Di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri. Kira jumlah huruf F dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?
Scroll kebawah HANYA apabila anda telah selesai mengira!












OK?
berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)
baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF". Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN
Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini.."

Saturday, November 12, 2005

Eat, eat and eat

Pagi tadi, ada belek-belek buku masakan Kuih Tradisional umi. Tengok kuih-kuih yang sedap. Ummm..semua sedap. Tapi, aku x reti buat semuanya:] (Suruh umi buat, umi x mau...huhuh). Kuih yang aku berkenan sangat ialah jala mas, kuih bunga tanjung dan emas sejemput. Semua kuih ni warna kuning sebab semuanya guna telur KUNING sahaja. Sedappp! Sapa nak try, silalah dapatkan ‘rempah-ratusnya’ + ‘isi penting ramuan’ di bawah ini. Harap kalau masak tu, bagilah sikit kat aku.

Jala Mas

5 biji telur itik
3 cawan gula pasir
4 cawan air
Sedikit gula batu
Sedikit daun pisang dibuat kelongsong

Masak gula pasir dengan air dan sedikit gula batu sehingga gula larut dan pekat.
Masak air gula ini dengan menggunakan api yang sederhana.
Telur itik diambil kuningnya sahaja dan dipukul dengan sudu sehingga rata.
Masukkan kira-kira 2 sudu makan kuning telur yang telah dipukul dengan sudu tadi ke dalam kelongsong daun pisang, kemudian kiraikan ke dalam air gula yang sedang mendidih itu seperti mengirai roti kirai.
Apabila telah masak ia akan timbul di permukaan air dan bolehlah diangkat dengan garpu sambil dikirai-kirai dan sejukkan.

Kuih Bunga Tanjung

5 biji kuning telur ayam
3 cawan gula
4 cawan air
Tepung beras pulut secukupnya

Gula dimasak dengan air sehingga mendidih dan pekat menggunakan api yang sederhana.
Kuning telur dikacau dengan sudu sehingga kembang.
Setelah itu masukkan tepung pulut sehingga cukup untuk dibentuk.
Masukkan adunan ke dalam acuan berbentuk bujur dan tekankan ke dalam air gula yang sedang dimasak tadi.
Buat begini sehingga selesai. apabila ia timbul di permukaan air gula bolehlah diangkat.

Emas Sejemput

6 biji telur ayam
2 cawan gula pasir
3 cawan air

Masak gula dengan air sehingga larut dan pekat.
Telur diambil kuningnya sahaja kemudian dipukul dengan sudu sehingga naik sedikit.
Apabila air gula telah pekat, angkat periuk dari atas dapur.
Kemudian tuangkan satu sudu makan adunan telur ke dalamnya.
Setelah itu, jerangkan semula periuk di atas dapur.
Sambil itu, balik-balikkan telur tadi dengan sudu sehingga masak.
Kemudian diangkat dan letakkan di dalam bekas dan jemputkan dengan tangan sehingga menjadi bentuk seperti jemput.

Saturday, October 22, 2005

Takziah kpd Wanita Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Rakyat Malaysia bersedih atas kematian isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datin Seri Endon Mahmood di Seri Perdana, Putrajaya pagi ini, setelah dengan sabar dan tabah bertarung dengan kanser payu dara sejak tiga tahun lalu.

Kematian Endon pukul 7.50 pagi ini - kurang dua bulan selepas pasangan itu meraikan ulang tahun perkahwinan ke-40 amat menyentuh perasaan semua pihak. Abdullah dan Endon disifatkan sebagai pasangan bahagia, ibarat isi dengan kuku, yang amat rapat dan jarang berpisah.

Suasana mendung dan disusuli gerimis di Lembah Klang, termasuk di Putrajaya seolah-olah turut merasai kehilangan wanita pertama negara itu. Abdullah sering memanggil Endon sebagai ``Penyokong No.1''nya. Semasa ibunya meninggal dunia pada Februari tahun lalu, Abdullah menelefon Endon yang sedang menjalani rawatan di Los Angeles, Amerika Syarikat memberitahunya: ``Saya telah kehilangan seorang ibu dan saya tidak mahu kehilangan kamu pula''. Namun Allah lebih menyayangi Endon. Abdullah kehilangan wanita yang paling disayangi - 10 hari sebelum genap dua tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima.

Dalam ketenangannya, Abdullah dilihat tidak berupaya menyembunyikan sebaknya. Air mata
Abdullah berlinangan ketika didakapi beberapa hadirin. Endon menghembuskan nafas terakhir di sisi Abdullah, dua anak mereka, Kamaluddin dan Nori, menantu Azrene Abdullah dan Khairy Jamaluddin serta empat cucu. Ibu Allahyarham Datin Mariam Abdullah, berketurunan Jepun juga berada di sisinya.

Allahyarham berkeadaan separuh sedar, tenang dan tidak berkata apa-apa semasa menghembuskan nafas terakhir, kata Kamaluddin kepada satu agensi berita. Ribuan rakyat jelata daripada pelbagai kaum beratur panjang sejak 9 pagi untuk memasuki ke Seri Perdana bagi menatap buat kali terakhir wanita yang mereka kagumi itu. Kesayuan wajah-wajah mereka menggambarkan kedukaan. Selain pembesar-pembesar negara dan rakan taulan, turut menziarahi ialah pembesar beberapa negara asing.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Putrajaya. Tiba di situ, azan Asar
menyambut jenazah yang diusung perlahan-lahan ke ruang masjid, lalu disolatkan ratusan
jemaah. Jenazah Endon dibawa ke Tanah Perkuburan Islam di Presint 20, Putrajaya dan selamat disemadikan pada pukul 5.30 petang.

Endon, atau lebih mesra dipanggil `Kak Endon' akan sentiasa diingati sebagai seorang wanita yang murah hati dan suka merendah diri. Allahyarham mula dikesan menghidap barah payu dara pada 2003 setelah kakak kembarnya, Noraini meninggal dunia akibat penyakit itu pada tahun tersebut.

Sebagai pesakit kanser dan pejuang penyakit itu beliau pernah berkata: ``Seseorang pesakit kanser boleh diibaratkan sebagai `pemenang' kerana kekuatan, ketabahan dan semangat jitu mereka berjuang melawan penyakit tersebut.''

takziah

ABDULLAH Ahmad Badawi menyiram air mawar ke pusara isterinya, Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya semalam.

Sunday, October 16, 2005

Halal dan Tayyibah

Makanan merupakan satu kemestian dalam kehidupan kita. Kita memerlukan makanan kerana ia memberikan tenaga untuk kita beribadah dan menjalani kehidupan seharian. Selain itu, makanan penting untuk kesihatan tubuh badan kerana dapat mengelakkan penyakit berjangkit, membina dan membaiki tisu badan. Sungguhpun begitu, tidak semua makanan boleh kita makan kerana makanan yang baik akan mempengaruhi baik buruknya tingkahlaku kita.

Kenapa Allah suruh makan makanan yang HALAL dan TAYYIBAH?

- Membentuk hati yang bersih
- Amal ibadah mudah diterima Allah
- Mendapat pahala dan keberkatan
- Doa lebih mustajab dan dimakbulkanNya


Menurut ajaran Islam, hanya makanan yang halal sahaja dapat membentuk peribadi kita sebagai Muslim sejati. ini kerana darah dan daging seseorang itu berasal daripada makanan yang dihadamkan. Dalam erti kata lain, hati kita ditempa oleh makanan yang kita makan.

Sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya dalam diri anak Adam itu seketul daging. Jika baik ia maka baiklah seluruh tubuh badan. Jika rosak ia, maka rosak binasalah seluruh anggota badan. ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah hati" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Seorang lelaki yang jauh perjalanan sehingga rambutnya kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, dan minumannya haram, dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya?" (Riwayat Muslim, Ahmad dan Tarmizi)

Justeru, peliharalah hati kita dengan memakan yang halal dan baik sahaja. Kesan hati yang disuburkan dengan pemakanan yang halal dan baik akan sentiasa ingat kebesaran Allah, mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya, juga menghindar diri daripada perkara syubhat. Hati yang demikian akan mempengaruhi semua pancaindera badan yang sentiasa terarah kepada kebaikan dan tercegah daripada kemungkaran. Maka lahirlah kebaikan di tengah kehidupan Islam.


Thursday, October 13, 2005

Debaran PMR

3 Okt

Hari ni aku bangun awal! Almaklumlah , nak ber’perang’ ngan PMR. Pi skolah, bertenggek dulu di tepi dewan, bukan lepak tapi baca buku. Sebelum masuk, cikgu panggil sume budak-budak pi beratur dpn dewan. Cikgu tanye saper yang x bawak slip peperiksaan dan IC. Adalah 2,3 orang yang terlupe bawak. Aku? Siap! IC dalam poket. Slip? Tu kat tangan tu dok pegang ape?

Masuk dewan, langkah kaki KANAN + BISMILLAH. Waktu boss pengawas tengah terang pasal no. IC dan no. giliran, sorang pengawas tuh mai kat aku. (Dia nak buat per?) Oooh, dia tarik kertas objektif aku mai depan sikit. Takut terlipat katanya. Aku (oooh, lupa plak + gelak dalam hati)

BM I – bleh tahan soalannya
BM II – wanita pertama Malaysia bermaksud? Ada sorang pengawas tu suruh aku letak garis bawah tajuk laporan. Oh, thanks!

Balik sat rumah kul 1 petang. Makan-makan + solat n then baca buku sikit. Pi balik kul 2, periksa PI pulak. Waktu balik td, ada selak buku pasal mahsyar tapi x baca sangat. Tengok-tengok masuk 2 soalan.

4 Okt

Hari ni paper BI I + II, SN I + II. Woo, sume subjek susah pastu diorang buat 4 subjek berturut-turut dalam 1 hari. Mau x naye budak-budak. Sebelum masuk dewan, macam biasalah, ustaz baca doa dan kitorang amin sesame. Moga hafalan sentiasa diingati dan mudah menjawab soalan.

BI I – senang + susah
BI II – report letak tanda tangan x?
SN I – cicak ke udang rangka luar?
SN II – agak difficult

Waktu buat karangan BI, otak ni blank x ingat pulak ‘dewan’ dalam english aper. Punyalah perah otak (cakap sensorang + doa). Akhirnya lepas buat 2 karangan yang lain, barulah terpikiaq balik. ‘Hall’ kan?. Nasib ingat saat-saat terakhir...thanks Allah

5 Okt

Cuti Awal Ramadhan. Wohoo, cuti sat lepas penat baca buku. Relaks + cool.

6 Okt

Exam come back. Hari ni kertas sume susah + difficult. MT and SEJ. Gulpp...telan air liur. Mintak diterangkan hati dan mudah menjawab. Masuk dewan, tengok atas meja ada buku 4 digit. Tu dia, warna biru x pernah tengok pun. Lama + berkurun dah buku tuh. La pun dah upgrade warna putih dan merah. Aku ada yang warna putih. Yang merah tu, hak edisi terbaru. Lembaga punya buku yang old version....ganti baru lah.....ahaksss!

MT I – bleh tahan
MT II – yang ni susah giler. Rasa nak tinggal je 2 soalan. Mmg susah betul tahap karma. Tapi, buat gak mana tahu dapat marakah....

Petang, ada kertas SEJARAH MALAYSIA. Contoh soalan yang AKU susah.....

China – Sistem Kontrak
India – Sistem Kangani
Apakah persamaan antara kedua-dua sistem di atas?

I Tambang dibayar
II Majikan ditetapkan
III Latihan kemahiran diberi
IV Tempoh bekerja ditentukan

*Aku x baca bab ni. Uuuu...sapa suruh tak baca! Kan dah masuk exam. Pandai-pandailah pikir.

10 Okt

Hari ni seronok sikit sebab bleh balik awal! Hihi pukul 11 bleh balik dah pasal ada satu paper only. Thats kertas is BA. Tapi Arab ni susah jugak. Jangan dok ambik ringan. Kita kena hafal ‘hikam wa amsal’, makna, buat ayat. Nasib diorang bagi daftar kata @ maksud sesetengah perkataan.

Perkataan yang aku x tau dalam Arab:
- pantai
- terbang
- batu
- kapal
- tuan-tuan dan puan-puan

So, banyak-banyakkanlah perbendaharaan kata awak tu. Baru tau sumer makna + senang nak buat ayat. Okay!

11 Okt

This is the last day of exam. Do ur best in KH and GEOGRAFI. Semoga segala yang diusahakan x sia-sia. Kh – Pilihan IV (Teras Perdagangan dan Keusahawanan). Tapi, exam kali ni x de teras langsung. Yang ader, Cuma perdagangan, keusahawanan + akaun. Aku punya mintak x masuk akaun bebanyak, tapi dia masuk sampai 20 soalan kot (rase2). MasyaAllah. Diorang x habak pun x de teras, punya kitorang sumer pulun baca elektronik, jahitan, masakan, kerja paip dan reka bentuk. :(

GEO – Mintak skali ni dapat A pasal x pernah lagi dapat A Geografi. Ya Allah, berkatilah usaha yang aku buat slama ini. Aaamin.

** Kepada pemeriksa kertas PMR, moga hatimu terbuka dengan tenang ketika meng’rite’ kertas kami. ( Murah-murahlah sikit markah yer...ahakss)

Tuesday, July 26, 2005

kemping

Uh...uhh,, baru balik kemping kat Hutan Lipur Puncak Janing, Kedah. anjuran Persatuan Kemahiran Hidup. 3 hari 2 malam. antara aktiviti yang dibuat di sana:

Malaysia Cergas - haha; senaman la
Repelling - turun bukit guna tali, jatuh 4 kali, wuhu
Flying Fox - terbang, haha ;P yang ni syok gle
Bath - mandi kat air terjun. air SEJUK sangat, sampai aku menggigil.
Fish Eye - cari mata ikan yang ada nilai. kumpulan aku kalah :(
Problem Rope - keluarkan tali dari tangan<
Hirasah - yang ni, x brape syok! kena jaga malam. orang nak tidur!!!

;
million thanks to cikgu Zalilah, cikgu Fikri, pak Non, cikgu Baharom, cikgu Bandi

Wednesday, July 06, 2005

eppy birthday, sister



selamat hari lahir buat kakakku, khadijah! semoga panjang umur dand bahagia di samping keluarga tersayang!

AWAN BERARAK CERIA
TIADA TITIS HUJAN
POHON MELAMBAI
TANDA SOKONGAN
KUSUSURI PERJALANAN
BERTEMANKAN SENYUMAN
DI HARI LAHIR MU
KAKAKKU
DEDAUN BEGUGURAN
MENITIKAN KEDEWASAAN
WALAU TANPA MATA & HATI YANG
NAMUN CUKUP UNTUK KU…
SEGAR DAN UCAPAN

SELAMAT HARI LAHIR
IRINGAN DOA KU HULUR
BERSYUKUR KEPADANYA
ATAS NIKMAT USIA
USIA MU IBARAT MUTIARA
TIADA BERGANTI LAGI
HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA
AGAR SEMPAT MENGUCUP
HARUMAN SYURGAWI

Wednesday, June 15, 2005

UNIC - Satu Tekad

UNIC - Satu Tekad


sekian lama telah dinantikan kini UNIC kembali muncul dengan album terbaru mereka yang berjudul 'Satu Tekad'. Album terbaru UNIC ini mencerminkan kematangan mereka dan memperlihatkan suatu anjakan paradigma dalam karya seni hiburan Islam. Dengan mengandungi 10 buah lagu semuanya menjadikan ia suatu album yang cukup bererti untuk anda miliki tahun ini. Dapatkan hanya yang original di pasaran sekarang.



BALQIS

engkaulah ratu di mahligai permata
istana bayangan syurga
harta dan takhta mengaburi mata
tersesat dikau di terang cahaya
langsung tidak kau endah kata bicara
utusan hud-hud yang benar

seruan mengajakmu taat Yang Esa
tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya

tak perlu kau singkapi labuhan kainmu
ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
bukannya air yang kau pijak tapi kaca
terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya
hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping hati

akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan pada diri
kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi
pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
itu hanya di pandangan mata
kemewahan tidak bermakna hidupmu
akan sentosa
kesempurnaan, Tuhan menilainya


;
haha, promote album UNIC. sebab? ada satu lagu tuh, tajuknya BALQIS ;P

Tuesday, March 29, 2005

pimples

got this from someone's website. forgot the url :)

Ibu: Inilah dia if you don't listen. Wash your face, use the claenser and creams that I've bought you. They’re not to be kept! Or maybe you need to switch to another brand?

Ibu's friend: My daughter uses product X, I'm not persuading you to buy it from me, but maybe it could help.

Sister: What's that on your face?? It looks horrible…

Nenek: Orang tue2 kate, kalau banyak jerawat, itu tandanya suka sangat berangan? Hai... berangan aje nih… dah ade kawan special ker?

Friend 1: Maybe sbb ko suke pegang2 jerawat tu... it's getting worst!

Friend 2: Mak aaiiiiii... besarnye jerawat!

Me: Isk isk isk

Sunday, March 13, 2005

goodbye kak Fitah; we miss you

lepas solat Subuh, umi ajak hantar Kak Fitah balik Indonesia. malasnyer, tapi ikut juga! bertolak pukul 7.30 pagi, sebab kena ada di sana 1 jam sebelum kapal terbang berlepas. kapal terbang berlepas pukul 1 lebih, so kena sampai di lapangan terbang kira-kira pukul 12 tengahari. Sampai sana pukul 11.00 pagi. Haha, awalnya. Penat tunggu! Masuk kedai sekejap, wuihh! mahal gile barang-barang kat situ. maklumlah, lapangan terbang. orang asing akan beli juga walaupun mahal. haha. penaiaga ambil untung la. lepak 1 jam, pergi check in and then lepas settled sumer perkara, baliklah Perlis semula.

Sunday, January 30, 2005

Suntikan! + Sukan!

nurse panggil satu klass ke bilik kesihatan. kena cucuk??? not again! tahun lepas dah kena dah. nikena lagi. apa pulak? waktu 'misi' bagi briefing, datang lambat sikit. biasalah, hehe. sampai kat bilik tu, nurse suruhh timbang berat, ambik ketinggian badan dan check darah. kot2 lah ada darah tinggi. uih, parah.

currently, my info.
berat - 34 kilogram
tinggi - 53 cm
darah - 110 / 70

nurse tu kata kalau darah yang atas mesti kurang dari 120 dan yang bawah pulak mesti kurang dari 80. mine, selamat. LEGA! lepas cek darah, kena cucuk pula. aku kira orang yang terawal juga, hehe. berani pula. aikk,,?

rupa-rupanya kena cucuk pasal nak cegah kancing gigi. itu pasal nurse bagi ubat cacing. kawan kata tak rasa apa bila makan. tapi bila aku makan, WEK! tak sedap langsung. rasa macam pemadam! mulalah mencari air untuk diminum. habis satu botol aku minum. selalunya air tak habis. dan lepas minum tuh, mulalah rasa nak 'terkucil', apa taknya minum air sebotol sekaligus. muahaha

;;

ada sukan merentas desa. Semalam kalut cari seluar hitam. kak Fitah kata dia ada basuh. ppeliknya xde pun dalam almari. uik! message my sister. ohh,,rupa-rupanya ada penciluk.

ingat nak dapat hadiah cabutan bertuah. tapi lari sekejap pun dah tak larat dah. sakit pinggang. itulah umi suruh buat taici tak mau. kan dah suffer. haha. bukan selalu buat exercise.