Sponsored

Saturday, October 22, 2005

Takziah kpd Wanita Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Rakyat Malaysia bersedih atas kematian isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datin Seri Endon Mahmood di Seri Perdana, Putrajaya pagi ini, setelah dengan sabar dan tabah bertarung dengan kanser payu dara sejak tiga tahun lalu.

Kematian Endon pukul 7.50 pagi ini - kurang dua bulan selepas pasangan itu meraikan ulang tahun perkahwinan ke-40 amat menyentuh perasaan semua pihak. Abdullah dan Endon disifatkan sebagai pasangan bahagia, ibarat isi dengan kuku, yang amat rapat dan jarang berpisah.

Suasana mendung dan disusuli gerimis di Lembah Klang, termasuk di Putrajaya seolah-olah turut merasai kehilangan wanita pertama negara itu. Abdullah sering memanggil Endon sebagai ``Penyokong No.1''nya. Semasa ibunya meninggal dunia pada Februari tahun lalu, Abdullah menelefon Endon yang sedang menjalani rawatan di Los Angeles, Amerika Syarikat memberitahunya: ``Saya telah kehilangan seorang ibu dan saya tidak mahu kehilangan kamu pula''. Namun Allah lebih menyayangi Endon. Abdullah kehilangan wanita yang paling disayangi - 10 hari sebelum genap dua tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima.

Dalam ketenangannya, Abdullah dilihat tidak berupaya menyembunyikan sebaknya. Air mata
Abdullah berlinangan ketika didakapi beberapa hadirin. Endon menghembuskan nafas terakhir di sisi Abdullah, dua anak mereka, Kamaluddin dan Nori, menantu Azrene Abdullah dan Khairy Jamaluddin serta empat cucu. Ibu Allahyarham Datin Mariam Abdullah, berketurunan Jepun juga berada di sisinya.

Allahyarham berkeadaan separuh sedar, tenang dan tidak berkata apa-apa semasa menghembuskan nafas terakhir, kata Kamaluddin kepada satu agensi berita. Ribuan rakyat jelata daripada pelbagai kaum beratur panjang sejak 9 pagi untuk memasuki ke Seri Perdana bagi menatap buat kali terakhir wanita yang mereka kagumi itu. Kesayuan wajah-wajah mereka menggambarkan kedukaan. Selain pembesar-pembesar negara dan rakan taulan, turut menziarahi ialah pembesar beberapa negara asing.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Putrajaya. Tiba di situ, azan Asar
menyambut jenazah yang diusung perlahan-lahan ke ruang masjid, lalu disolatkan ratusan
jemaah. Jenazah Endon dibawa ke Tanah Perkuburan Islam di Presint 20, Putrajaya dan selamat disemadikan pada pukul 5.30 petang.

Endon, atau lebih mesra dipanggil `Kak Endon' akan sentiasa diingati sebagai seorang wanita yang murah hati dan suka merendah diri. Allahyarham mula dikesan menghidap barah payu dara pada 2003 setelah kakak kembarnya, Noraini meninggal dunia akibat penyakit itu pada tahun tersebut.

Sebagai pesakit kanser dan pejuang penyakit itu beliau pernah berkata: ``Seseorang pesakit kanser boleh diibaratkan sebagai `pemenang' kerana kekuatan, ketabahan dan semangat jitu mereka berjuang melawan penyakit tersebut.''

takziah

ABDULLAH Ahmad Badawi menyiram air mawar ke pusara isterinya, Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya semalam.

Sunday, October 16, 2005

Halal dan Tayyibah

Makanan merupakan satu kemestian dalam kehidupan kita. Kita memerlukan makanan kerana ia memberikan tenaga untuk kita beribadah dan menjalani kehidupan seharian. Selain itu, makanan penting untuk kesihatan tubuh badan kerana dapat mengelakkan penyakit berjangkit, membina dan membaiki tisu badan. Sungguhpun begitu, tidak semua makanan boleh kita makan kerana makanan yang baik akan mempengaruhi baik buruknya tingkahlaku kita.

Kenapa Allah suruh makan makanan yang HALAL dan TAYYIBAH?

- Membentuk hati yang bersih
- Amal ibadah mudah diterima Allah
- Mendapat pahala dan keberkatan
- Doa lebih mustajab dan dimakbulkanNya


Menurut ajaran Islam, hanya makanan yang halal sahaja dapat membentuk peribadi kita sebagai Muslim sejati. ini kerana darah dan daging seseorang itu berasal daripada makanan yang dihadamkan. Dalam erti kata lain, hati kita ditempa oleh makanan yang kita makan.

Sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya dalam diri anak Adam itu seketul daging. Jika baik ia maka baiklah seluruh tubuh badan. Jika rosak ia, maka rosak binasalah seluruh anggota badan. ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah hati" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Seorang lelaki yang jauh perjalanan sehingga rambutnya kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, dan minumannya haram, dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya?" (Riwayat Muslim, Ahmad dan Tarmizi)

Justeru, peliharalah hati kita dengan memakan yang halal dan baik sahaja. Kesan hati yang disuburkan dengan pemakanan yang halal dan baik akan sentiasa ingat kebesaran Allah, mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya, juga menghindar diri daripada perkara syubhat. Hati yang demikian akan mempengaruhi semua pancaindera badan yang sentiasa terarah kepada kebaikan dan tercegah daripada kemungkaran. Maka lahirlah kebaikan di tengah kehidupan Islam.


Thursday, October 13, 2005

Debaran PMR

3 Okt

Hari ni aku bangun awal! Almaklumlah , nak ber’perang’ ngan PMR. Pi skolah, bertenggek dulu di tepi dewan, bukan lepak tapi baca buku. Sebelum masuk, cikgu panggil sume budak-budak pi beratur dpn dewan. Cikgu tanye saper yang x bawak slip peperiksaan dan IC. Adalah 2,3 orang yang terlupe bawak. Aku? Siap! IC dalam poket. Slip? Tu kat tangan tu dok pegang ape?

Masuk dewan, langkah kaki KANAN + BISMILLAH. Waktu boss pengawas tengah terang pasal no. IC dan no. giliran, sorang pengawas tuh mai kat aku. (Dia nak buat per?) Oooh, dia tarik kertas objektif aku mai depan sikit. Takut terlipat katanya. Aku (oooh, lupa plak + gelak dalam hati)

BM I – bleh tahan soalannya
BM II – wanita pertama Malaysia bermaksud? Ada sorang pengawas tu suruh aku letak garis bawah tajuk laporan. Oh, thanks!

Balik sat rumah kul 1 petang. Makan-makan + solat n then baca buku sikit. Pi balik kul 2, periksa PI pulak. Waktu balik td, ada selak buku pasal mahsyar tapi x baca sangat. Tengok-tengok masuk 2 soalan.

4 Okt

Hari ni paper BI I + II, SN I + II. Woo, sume subjek susah pastu diorang buat 4 subjek berturut-turut dalam 1 hari. Mau x naye budak-budak. Sebelum masuk dewan, macam biasalah, ustaz baca doa dan kitorang amin sesame. Moga hafalan sentiasa diingati dan mudah menjawab soalan.

BI I – senang + susah
BI II – report letak tanda tangan x?
SN I – cicak ke udang rangka luar?
SN II – agak difficult

Waktu buat karangan BI, otak ni blank x ingat pulak ‘dewan’ dalam english aper. Punyalah perah otak (cakap sensorang + doa). Akhirnya lepas buat 2 karangan yang lain, barulah terpikiaq balik. ‘Hall’ kan?. Nasib ingat saat-saat terakhir...thanks Allah

5 Okt

Cuti Awal Ramadhan. Wohoo, cuti sat lepas penat baca buku. Relaks + cool.

6 Okt

Exam come back. Hari ni kertas sume susah + difficult. MT and SEJ. Gulpp...telan air liur. Mintak diterangkan hati dan mudah menjawab. Masuk dewan, tengok atas meja ada buku 4 digit. Tu dia, warna biru x pernah tengok pun. Lama + berkurun dah buku tuh. La pun dah upgrade warna putih dan merah. Aku ada yang warna putih. Yang merah tu, hak edisi terbaru. Lembaga punya buku yang old version....ganti baru lah.....ahaksss!

MT I – bleh tahan
MT II – yang ni susah giler. Rasa nak tinggal je 2 soalan. Mmg susah betul tahap karma. Tapi, buat gak mana tahu dapat marakah....

Petang, ada kertas SEJARAH MALAYSIA. Contoh soalan yang AKU susah.....

China – Sistem Kontrak
India – Sistem Kangani
Apakah persamaan antara kedua-dua sistem di atas?

I Tambang dibayar
II Majikan ditetapkan
III Latihan kemahiran diberi
IV Tempoh bekerja ditentukan

*Aku x baca bab ni. Uuuu...sapa suruh tak baca! Kan dah masuk exam. Pandai-pandailah pikir.

10 Okt

Hari ni seronok sikit sebab bleh balik awal! Hihi pukul 11 bleh balik dah pasal ada satu paper only. Thats kertas is BA. Tapi Arab ni susah jugak. Jangan dok ambik ringan. Kita kena hafal ‘hikam wa amsal’, makna, buat ayat. Nasib diorang bagi daftar kata @ maksud sesetengah perkataan.

Perkataan yang aku x tau dalam Arab:
- pantai
- terbang
- batu
- kapal
- tuan-tuan dan puan-puan

So, banyak-banyakkanlah perbendaharaan kata awak tu. Baru tau sumer makna + senang nak buat ayat. Okay!

11 Okt

This is the last day of exam. Do ur best in KH and GEOGRAFI. Semoga segala yang diusahakan x sia-sia. Kh – Pilihan IV (Teras Perdagangan dan Keusahawanan). Tapi, exam kali ni x de teras langsung. Yang ader, Cuma perdagangan, keusahawanan + akaun. Aku punya mintak x masuk akaun bebanyak, tapi dia masuk sampai 20 soalan kot (rase2). MasyaAllah. Diorang x habak pun x de teras, punya kitorang sumer pulun baca elektronik, jahitan, masakan, kerja paip dan reka bentuk. :(

GEO – Mintak skali ni dapat A pasal x pernah lagi dapat A Geografi. Ya Allah, berkatilah usaha yang aku buat slama ini. Aaamin.

** Kepada pemeriksa kertas PMR, moga hatimu terbuka dengan tenang ketika meng’rite’ kertas kami. ( Murah-murahlah sikit markah yer...ahakss)