Sponsored

Wednesday, June 30, 2010

sebenarnya, bola dragonball ada 7 biji semuanya

iklan nuffnang enfagrow

minggu lepas, masa tengah kemas-kemas almari TV ada terjumpa satu booklet friso gold ni; tajuknya panduan untuk ibu. masa dok selak-selak terperasan ade satu tajuk pasal sembelit ni. dia ada tunjukkan simptom-simptom, punca & cara-cara untuk elak sembelit ni. dan tak sah kalau tajuk sembelit takde pula tajuk cirit-birit kan? iyelah, sembelit kan ada kaitan dengan cirit-birit.

makanya, booklet tu pun ade la selitkan satu gambar ni tentang jenis-jenis najis ataupun dalam bahasa omputihnya adalah stool. sopan sikit bunyi dia kan? kalau korang nak tahu, najis kita ni ade 7 jenis semuanya (macam nada dalam cerita dragonball pula). tiba-tiba, aku teringat balik lecture biochemistry masa tengah belajar tajuk ni dulu. masa belajar tu baru tahu, walaupun selama tu takpenah nak amik kisah :P

so here we gonna learn it back, guys! since a new sem will start in not more than 1 week. alright, there are 7 types of stool (totally blank about this word, so decided to google it up, what's wrong with my brain eh)
- boleh rujuk bristol stool chart di wikipedia
1. separate hard lumps, like nuts (hard to pass).
2. sausage-shaped but lumpy.
3. like a sausage but with cracks on its surface.
4. like a sausage or snake, smooth and soft.
5. soft blobs with clear cut edges (passed easily).
6. fluffy pieces with ragged edges, a mushy stool.
7. watery stool, entirely liquid
kalau tak faham, ni ada terjemahan dalam bahasa 1 Malaysia lengkap dengan gambar rajahnya :P


booklet friso gold di-scan semula, HAHA

type 1-3 >> bahagian atas sekali tu menandakan sembelit atau constipation. manakala type 6 & 7 >> bahagian bawah sekali menandakan cirit-birit aka diarrhea. dan stool yang paling IDEAL adalah type 4 dan 5 >> rujuk 2 gambar di tengah tu!

oh ye, kalaulah stool korang tu kaler hitam, tu bermaksud ade pendarahan kat bahagian atas digestive tract; macam sakit peptic ulser. kaler hitam tu berpunca daripada iron dalam haemoglobin yang telah teroxidize during its passage sepanjang ileum (bahagian paling hujung usus kecil) & colon (usus besar). stool hitam ini lebih dikenali dengan nama melena. sedap tak nama tu? X)

nota:
1. kepada gen05, selamat pulang ke GV & start a new sem with a new you! :)
2. happy birthday to my kakak! (0107)

Monday, June 28, 2010

put yourself in someone's CROCS.

we never get what we want,
we never want what we get,
we never have what we like,
we never like what we have.
and still we live & love.
that’s life..

"awat dia sedih sangat. huh, bukan ade pape pun. setakat gagal exam final je, bukannya sampai takleh sambung study pun. aku yang gagal berjuta kali ni tak kesah pun"

"awak tak tau situasi dia. cuba awak letak diri awak dalam kasut dia, bayangkan awak berada di tempat dia. mesti awak faham kenapa dia buat macam tu. saya jamin 99.9%"

"ahh, malas la. biarlah kat dia, bukan masalah aku pun"

comel tak? HAHA

susahkan nak letak diri kita dalam kasut orang? maksudnya, letakkan diri kita di posisi orang lain dan fahami apa perasannya ketika itu. atau senang cite, kita empathy kat dia. bukan sympathy ye! oh, tak faham empathy tu ape? bak kata denz, empathy tu lebih kurang sama dengan sympathy. tapi, empathy ni kita ada action berbanding sympathy yang hanya tahu sympathy je tapi, ape pun tak buat.
always put yourself in others' shoes.
if you feel that it hurts you,
it probably hurts the other person, too.
klik untuk tengok lebih jelas :)

nota : kasut bowling aku saiz 4.

-

Saturday, June 26, 2010

di bawah payung kita - eh eh eh

© under my umbrella

klik play untuk dengar. rentak agak kuat, so boleh slow sikit sound.


Payung by Ali. Malay Version of Umbrella translated by Amri. view the original version by Amri in acoustic version here

lirik-nya best!
&&

kau di hati
walau jauh kita berada
merentasi benua
sinarmu menyala
dan di dalam kelam
bayangmu tidak kelihatan
bila ku kau perlu
kau tahu ku di mana
kerna

[chorus]
biar kita bersinar bersama
seiring sejalan selamanya
sahabat berkekalan
diri di sisi
memberi sokongan
dan hujan turun semakin lebat
usahlah kau risau sendiri
berteduh di bawah payung kita
berteduh di bawah payung kita kita kita eh eh eh
di bawah payung kita kita kita eh eh eh
di bawah payung kita kita kita eh eh eh
di bawah payung kita kita kita eh eh eh eh


takkan ada
yang menjadi halangan
kau sebahagian entiti
kini hingga ke infiniti
bila kacau bilau dunia
awan gelap berarak tiba
selagi ku mampu
kita ubati hatimu
kerna

[ulang chorus]

berlarilah ke mari
tak perlu engkau risau
usah gusar
tiada apa yang menghalang
biarlah hujan turun
kita redah bersama
kerna

[ulang chorus]

dan hujan
oh biarlah hujan

redah bersama
bersama

oh hujan
oh biarlah hujan
kita redah bersama
bersama

p/s: suka part chorus. nasib baik dia ulang word 'kita kita kita, bukan 'yung yung yung' :P

Tuesday, June 22, 2010

7 or 17

'aaahh.. kak neni!'

'ape? she wolf..?'

'aahh. takboleh, takboleh. nanti mase iklan nanti bolehla.'

ala. baru je cadang tadi pukul 3 nak datang depan TV. alih-alih.. ade orang tengok bola TV 1 - portugal VS korea. duduklah tengok sekejap. tengah-tengah tengok tu, TV papar seseorang berjersi merah bernombor 7. agak-agak sape?

17 for Manchester.

'uu, tu kak neni punyelah tu.'

'haha, handsome semalam lagi; brazil. kaka' :)

ADOILA. aku pun tak tahu sangat pasal bola ni, inikan pula negara mana pemain tu wakil. nak tulis ni pun, pergi google kejap, HAHA. ade sekali tu, aku tanya my lil brother siapa yang pakai jersi warna merah putih. sajelah nak tahu, memandangkan hari tu pakai baju kaler merah putih. kot2, ade yang sama ke. pastu, dia tanya negara ke kumpulan? aik, ade juga pilihan. I know ZERO about this~

tiba-tiba..

GOAL!! dah 2-0 ~

kak neni : nanti, dia dapat 7. christiano ronaldo.
aku : 7 ape?
kak neni : 7 gol la.
aku : oh. la, yang semalam ke? *siaran ulangan rupanya*

fakta-fakta
1. jom google result bola, taip je 'fifa' kat kotak google.
2. kak neni is my pembantu rumah & katanya dia sokong Portugal.
3. baru je tengok drama she wolf TV3 semalam. teruja pula nak tahu kesinambungannya :)
-

Monday, June 21, 2010

QURAN TERJEMAH PER KATA - ASBABUN NUZUL + TAFSIR

pengumuman-pengumuman
siapa yang mau beli
QURAN TERJEMAH PER KATA
bilang aku
aku yang tengah cari
orang yang mau beli
QURAN TERJEMAH PER KATA
yang
ya, PERTAMA DI DUNIA!


Ukuran : 21 cm x 29 cm (saiz A4) - HARD COVER

maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an mempermudahkan kita untuk memahami erti dan isi al-Qur'an setiap patah. seronok kan? juga dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini. siap dengan paparan berwarna lagi, sejuk mata memandang lama-lama.


dan juga pilihan warna cover yang menarik. ada merah, pink, hijau & biru.

EH EH!

BONUS pembelian pun ade! 


1. BEG AL-QURAN

senang nak bawa pegi jalan-jalan, jaulah or musafir. kalo nak bawa pergi masjid tiap2 hari pun senang kan~


2. CD SOFTWARE ISLAMI
Mengandungi lebih 100 koleksi e-book, e-novel, software, flash yang menarik. CD ini dijamin BEST! *10 stars* Klik gambar di atas kalau nak tengok lebih jelas apa yang best sangat tu!!!


3. BONUS BUKU BEST

BUKU AMALAN 24 JAM RASULULLAH - while stocks last. kalo habis stok, akan diganti dengan buku lain~


klik sini untuk maklumat lanjut: BACAQURAN2U.COM


kata-kata best ini,
betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ...

Sunday, June 20, 2010

loghat UTARA


I'm lovin it bcos I'm part of it. but due to myself yang tak ori sangat utara ni, so there are some of words that even I don't know it. HAHA :D so, lets check it out! if you do know some, let me know it, okeh.

1 ghe-ngau > cakar
2 sereyat > reda/surut
3 hambat > kejar
4 pe-qhembang > bidik (aim)
5 contiang > conteng
6 ligan > kejar
7 cemuih > bosan/jemu
cemuih dok buat lagu ni je tiap2 hari (lagu = macam)

8 tokak > gigit
9 gey-rek > basikal
10 gon > cerun (bukit kecil)
11 belemoih/belengaih > comot/kotor
12 tetomoih > tersungkor
13 ku-tey > cubit
14 tak dan > tak sempat
15 hebiaq > celupar
16 maneh melecaih > tersangat manis
17 lincun/lencun > basah
18 lokoih > kuyup
19 kawaq >pencuri
20 kanyaq > mentah (berhingus)
21 ketegaq > degil
ish, ketegaq betui budak ni

22 herot petot > senget benget
23 merela > gatai
24 loklaq > cemekap/cuai
hang ni loklaq la

25 hawing > pusing
26 punggai > baling/lempar
27 tengalong > tuju/baling
28 me-qhe-kah > kupas/koyak
29 ayaq achaq > air longkang
30 haring > hancing
31 kelepiaq > melibas
32 kelolo > tak berapa betoi
33 hemoi > tak tau malu
34 merenyeh > menggatal
35 da-oh > tak matching
36 hapak pera'e > bau hapak
37 hijau merengak > hijau sangat2
38 celuih > muat
makk, tak celuih la baju ni kat chek (cek = saya)

39 meghelit me-qhelap > berkilau-kilau / liplap
tu dia, meghelit meqhelap baju dia aih

40 masam pang > masam sangat2

google lagi, HEHE

41 camoq > selerak
42 cenge > garang
43 gu > kawan/teman
44 guruih api > mancis
45 nat > pasar sehari
46 kelih > nampak
47 gena > macam mana/bagaimana
weh, gena nak buat ni? kami taktau dahh

48 angkit > angkat
49 tik mau/tak mau > tidak mahu
50 perabih > bagi habis
51 pancat > pancit

52 hangpa > kamu/awak
pasaipa hangpa gelak nih

53 melewaq > merayau
54 habaq > bagitahu
55 kaih > lekas
habaq kaih aku nak pi tidoq ni

56 sat > sekejap
57 koi > kuih

&&
timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

jawapannya: loghat pantai timur (kelate) adalah munasabah.

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: tak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! HAHA :D but still, I love loghat UTARA~

sumber : community YS lets join it today!, [forum CARI] .

p/s: jom baca cerpen loghat utara disini.

Saturday, June 19, 2010

otak kanan ke otak kiri?

tolong sebutkan warnanya ye, bukan sebut tulisannya.

tersasul tak? HAHAHAHA :D

>> kalo kita baca WARNA, maksudnya kita tengah guna otak kanan tapi kalau kita baca HURUF maknanya kita tengah guna otak kiri.

otak kita terdiri dari belahan kiri dan kanan yang lebih dikenali dengan sebutan otak kiri dan otak kanan. hakikatnya, ada orang yang dominan otak kiri dan ada yang dominan otak kanan.

orang kata kalau pintar akademik, selalunya orang tu lebih cepat ingat sesuatu yang logik, suka kepada angka, analisis, perkataan dan bertanggungjawab terhadap kemampuan verbal. dan itu adalah hasil dari otak kiri yang lebih mendominasi. proses berfikir otak kiri pula bersifat logik, sistematik, dan analisis. namun, otak kiri tergolong dalam memori jangka pendek. *senang study last minute, tapi.. cepat tangkap & cepat juga lupa*

otak kanan pula lebih kepada irama, muzik, imaginasi, emosi, warna, gambar, dan diagram. cara berfikir otak kanan bersifat kreatif dan tidak teratur (means : dia tak suka ikut masa, kerjanya ikut inspirasi dia). otak kanan tergolong dalam memori jangka panjang aka long term memory. selalu dengar kan orang yang kreatif ni dia lebih gunakan otak kanan. contohnya macam pelukis, designer, pelakon or ahli muzik.


sebagai bukti bahawa daya ingatan otak kanan lebih dominan daripada otak kiri, lihat situasi ketika kita bertemu dengan kawan lama, selalu kita ingat wajahnya tapi lupa namanya kan? (melainkan muka dia dah ubah 100%, camne nak cam). awat jadi camtu eh? ini kerana wajah/gambar diproses oleh otak kanan yang memorinya adalah jangka panjang sedangkan nama (kata-kata) diproses oleh otak kiri yang memorinya jangka pendek.

tips nak tahu kita cenderung otak kanan ke otak kiri.

1. pergi ke site mindmedia ini. tak perlu risau, tiada jawapan salah tiada juga jawapan betul. jawab ikut yang mana kita lebih cenderung.

2. satu lagi kalo nak tahu; kita ni otak kanan ke otak kiri. cuba try buat macam ni. ade kawan pernah cakap tentang kedudukan ibu jari ni.


kalau ibu jari KANAN yang berada di atas, anda lebih dominasi kepada otak KIRI. tapi, kalau ibu jari KIRI yang berada di atas, otak KANAN anda yang lebih mendominasi. dia macam opposite sikit~

p/s: ada terbaca cara nak kembangkan otak secara keseluruhan, maknanya takdelah satu belah je yang terlebih dominate; ialah dengan berjalan secara silang kaki (catwalk?) ataupun lompat tali.

p/s/s: toksah percaya sangat tentang tips tu, he. kita seharusnya manfaatkan dua-dua belah otak kiri & juga kanan agar seimbang :)

&&
sedihnya tak dapat pi KL, di rumah saje T_T

sumber : [1], [2], [3], [4]

Friday, June 18, 2010

Ayam Goreng RADIX segar, organik & pastinya halal


assalamualaikum, selamat petang. cik, boleh kami bantu?

erm, sekejap ye. *sambil langut ke depan memerhatikan menu*

makan sini ke bungkus?

oh, bungkus :). jap eh.

takpe2, take your time~

okay, saya nak order ayam goreng 5 ketul.

lagi cik?

dan radix sate 20 cucuk tanpa nasi himpit.

air jus?

1 jus asiatica dan 2 jus jambu batu

itu saje?

ha'ah.

cik nak tambah dessert ke?

em, boleh juga.

saya cadangkan cik amek cold & crunchy ice-cream ni. ada bijirin coklat rangup yang pasti menceriakan hidup cik.


pic courtesy from halimah abs

oh, macam sedap. ok, saya amek 2! :)

okay, 5 ketul ayam goreng, 20 cucuk sate, 1 jus asiatica, 2 jus jambu batu & 2 cawan cold crunchy ice-cream. semuanya tiga puluh lima ringgit dua kupang.

nah duitnya.

*10 minit kemudian, semua setel siap* - ups, memang lama sikit sebab sate kena masak dulu.

terima kasih & datang lagi ye.

OKAY! *senyum*

[CUT! dialog rekaan semata-mata]


&&
untuk sape-sape yang belum pernah pergi Radix Chicken House (RCH) / Radix Fried Chicken (RFC) tu, tataplah menu ini sebagai hadiah :) oh, ini hanya menu RCH sebab aku tak pernah pergi lagi RFC. selalu pergi RCH Arau sebab lebih dekat dengan rumah. tak sampai 5 minit dah sampai pun. RFC pulak baru bukak kot kat Seriab, Kangar. ada peluang, boleh pergi RFC pula, hehehe~

klik untuk yang lebih besar.

klik untuk yang lebih besar.


dan juga RCH ade menu baru iaitu nasi lemak kenyalang & mee bandung HPA. yang ni tak pernah try lagi sebab selalunya beli bungkus & jarang makan kat situ. adela dalam 2 kali kot, makan chicken chop di situ :)

erk, aku belum cuba lagi yang ni.


keterangan lanjut, klik!
- RFC untuk Radix Fried Chicken
- RCH untuk Radix Chicken House

atau, terus je ke RFC/RCH berdekatan anda!

Tuesday, June 15, 2010

kenapa asyik sedu je ni

"Hic!" You've just hiccuped for what seems like the tenth time since you finished your big dinner. Wonder where these funny noises are coming from? The part to blame is your diaphragm. This is a dome-shaped muscle at the bottom of your chest, and all hiccups start here.

The diaphragm almost always works perfectly. When you inhale, it pulls down to help pull air into the lungs. When you exhale, it pushes up to help push air out of the lungs. But sometimes the diaphragm becomes irritated. When this happens, it pulls down in a jerky way, which makes you suck air into your throat suddenly. When the air rushing in hits your voice box, you're left with a big hiccup.


Some things that irritate the diaphragm are eating too quickly or too much, an irritation in the stomach or the throat, or feeling nervous or excited. Almost all cases of the hiccups last only a few minutes. Some cases of the hiccups can last for days or weeks, but this is very unusual and it's usually a sign of another medical problem.

sumber : kidshealth

&&
ups, patutla. malam semalam aku makan banyak. sambal tumis sedap sangat, 10 bintang!! sudahnya, sepanjang solat isya' aku sedu tak berhenti. isk. macam mana nak hilangkan sedu ni? seksa jugak kan, bila lama-lama dok sedu. terganggu konsentrasi nak buat sesuatu. nak cakap pun, ada pause sekejap. hahaha :D
weh, hampa tau tak. ta hic! di, kami pegi makan kat bla bla hic! ayam goreng, ikan ba hic! kar. lepas makan tu, kami main gu hic! li dalam congkak. best wo bla bla bla. dah kenyang, tengok pulak cite hic! ni, bla bla bla. sambil dok te hic! ngok tu, dengar lagu victory korea suju nya hic! nyi bla bla. AHHHHHHH!!

aku cuba tengok kat internet ni, kot ade jalan penyelesaian yang bernas cara nak hilangkan sedu. banyak sangat kot cara dia; beratus-ratus, taktau la yang mana berkesan. ni antara cara-cara tersebut, jom kita tengok sama2. mungkin ada yang korang pernah try, takpe kita tengok je:

1. tahan nafas selama 10 saat. kalau terer, lagi lama pun boleh =P

2. seorang doktor dari University of Virginia pernah berkata "I cure my hiccups by filling a glass of water, bending over forward, and drinking the water upside down"


3. telan satu tablespoon gula kering. jangan telan coklat seketul dah!

4. yang paling teruja; having someone jump out and scare you when you're not expecting it

5. makan chocolate chips, tengok ini.

6. tutup dua2 telinga dengan jari, kemudian minum guna straw. erk, ape kaitan guna straw?

7. nyanyi & ketawa sekuat hati. ni nak buat karoke ke ape ni.

8. nak tau lagi? tengok kat sini

p/s: bunyi sedu ni pun ada macam-macam eh. ade yang biasa dan ade aku pernah dengar kuat juga. kesian pulak tengok.
p/s/s: senang cite, senyap masa makan. hoho :)

Saturday, June 12, 2010

bila tangan terasa gatal..

habis icing ditangan-tangankan :)

hujan rintik-rintik
air bergelora
emak bagi duit
adik pegi sekolah

cikgu tanya adik
tiga campur tiga
adik jawab enam
cikgu bagi right~

adik balik sekolah
adik jumpa kotak
adik pakai kotak
kotak jadi seluar

p/s: ampun kak najah, ter-main pulak dengan icing2 ni. comel sangat kaler dia, tak boleh tahan. adehh!

Friday, June 04, 2010

apa yang kau bagi, itulah yang kau dapat.


one fine & lovely day, pak Hassan and his son, Ali were walking in the forest. they went to search for a woods. they search, search and search.
suddenly the boy trips and feeling a sharp pain he screams, Ahhhh!!
surprised, he hears a voice coming from the mountain, Ahhhh!!

filled with curiosity, he screams: Who are you??
but the only answer he receives is: Who are you??

this makes him very angry, so he screams: You are a coward!!
and the voice answers: You are a coward!!

he looks at his father & asked; Dad, what is going on??
the man replies ; son, now pay attention!!

then he screams, I admire you!!
the voice answers: I admire you!!

the father shouts, You are wonderful!!
and the voice answers: You are wonderful!!

Then the father explains, people call this ECHO but truly it is LIFE. Life always gives you back what you give out. Life is a mirror of your actions.
If you want more love, give more love!
If you want more kindness, give more kindness!
If you want understanding and respect, give understanding and respect!
If you want people to be patient and respectful to you, give patience and respect!
This rule of nature applies to every aspect of our lives. Your life is not a coincidence, but a mirror of your own doings.