Sponsored

Tuesday, August 28, 2007

bye for now.

peringatan drpd hotlink: sila tambah nilai selewatnya 14/9 untuk mengelakkan baki anda ditolak. terima kasih.

semalam, aku hampir mahu demam. balik dari sekolah, kepalaku sudah pening-pening. petang tu, badan dah rasa macam panas je. tidakk, aku tak mahu demam. huhuhu, terus aku letak tuala basah atas kepala. prevention is better than cure, kan. hahaha ;) then, aku amik thermometer yang guna untuk baby sukat suhu badan aku. tet, tet. 36.4 celcius. normal la kan? cuma hampir-hampir je.

hmm, hampir satu rumah demam cuma berlainan waktu. mula-mula, my sister-in-law kemudian menjangkiti anaknya, nusaibah. si syebah ni kena sekejap je, sebab terus pergi klinik ambil ubat. terus okay. lepas tu, ayah aku pula. demam2 plus muntah. taktau sebab ape. pergi klinik 4 kali dah rasanya. trus menjangkiti emak aku pula. alhamdulillah, ayahku sudah sihat sikit hari ni. macam dah okey, selera pun bertambah jugak. hoho. dan akhirnya aku, baru semalam. tapi, cepat-cepat aku makan ubat demam supaya demam tu tak melarat-larat. kalo tak, habislah aku. kena ponteng sekolah pulak nampaknya.

minggu ni, minggu cikgu bagi keputusan percubaan SPM. alhamdulillah, okey la. cuma sememangnya biologi dan matematik tambahan aku sangat lemah!! waaa, camana ni. ada ura-ura kata, gred markah ikut negeri. so kalo ikut standard negeri, 65 dah dapat A. hohoho, bagus jugak eh. tapi, yang dua subjek tadi bawah lagi dari tu. takpe2, usaha lagi yep!
'cik qih kawaii. cik afa toek, kan.'

hahaha, inilah kesan-kesan mengajar budak-budak perkataan pelik. kawaii itu bermaksud kiut/cute, dan toek itu i-dont-know-maksudnya. tapi, macam opposite baik la kot. apabila anak saudaraku macam nak bandingkan aku dengan adik aku, dia akan kata 'cik qih kawaii' banyak kali. sampai la aku megiyakannya. kalo tak, dia nak ulang je. hahaha. tapi, bila dia baik-baik dengan adik aku plus aku ada marah dia. dia akan kata 'cik afa kawaii, cik qih toek kan cik afa kan?' ish ish ish. apela nasibku.

okla, got to go. 2 moths more, bye for now ya!

Friday, August 24, 2007

soalan ulangkaji SPM

AWAS! : untuk calon SPM sahaja

untuk sape-sape calon SPM tahun ni yang nak dapatkan himpunan soalan spot ataupun ulangkaji, boleh dapatkan kat timesguides [dot] com. timesguides sdn bhd ni ada buat e-book buku soalan ulangkaji spm. diorang dah kaji-kaji soalan-soalan spm tahun lepas & kompilekan jadi workbook. aku dah download cuma tak puas hati sikit pasal jawapan yang disediakan terlalu ringkas. contohnya, kalo untuk additional mathematic, sepatutnya jawapan panjang la sikit. boleh juga tengok kaedah-kaedah saintifik kalo tak reti nak buat. ni tak, pendek je. erkk, dan aku bukannya nak meniru. hehehe ;)



website : timesguides


haa, kalo yang tengah form 4 sekarang. boleh la jugak nak download, buat yang mana tahu je. hohoho. takyah susah-susah beli buku kat kedai tuh. aku download lama dah, tapi macam malas pula nak buat sebab kena print dulu. nak buat dalam komputer terus, karang sakit mata pulak menghadap skrin kaler putih ni. hish..

finished 10 episodes of tatta hitotsu no koi jdrama. fuhh, habis jugak tengok sebelum cuti. suka OST drama ni. nak? amik kat sini ayah dah bising dah, bla bla bla. tahu-tahu, nanti habis cuti ni aku studi balik. hehehehe ;)

Sunday, August 19, 2007

myvi or viva?



antara dua kereta perodua ni kan, yang mana satu lebih bagus? yang mana lawa eh? hehehe X)) due to the accident 3 bulan lepas, kereta unser masih berada di bengkel kat pinang & tak boleh digunakan. susah sikit nak pergi mana-mana. so, cadang nak beli toyota avanza. walaupun kecil sikit dari toyota unser, tapi okay la sikit berbanding kereta lain yang agak mahal. muat la 6/7 orang nak balik terengganu nanti. sumbat-sumbat je. hohoho ;)

dua hari lepas, aku dah daftar kemasukan ke matrikulasi. tapi, tak tahu matrikulasi mana yang bagus. dia bagi tiga pilihan. huhu. ingat nak ambil yang jauh sikit dari perlis, hehehe. pastu, aku tanya la my mum's suggestion. terus dia kata ambil yang first kedah, changlun. kedua matrikulasi perlis and the last choice ambil pulau pinang. hahaha. tak kasi aku pergi jauh-jauh. & then aku tanya kawan-kawan aku. ade jugak yang ambil sama macam aku. area dekat-dekat aje. senang nak balik nanti. hohoho ;)

senarai matrikulasi kat malaysia :
1. Kolej Matrikulasi Labuan
2. Kolej Matrikulasi Melaka
3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
4. Kolej Matrikulasi Perlis
5. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
6. Kolej Matrikulasi Kedah
7. Kolej Matrikulasi Pahang
8. Kolej Matrikulasi Johor
9. Kolej Matrikulasi Perak

hmm. ada kemungkinan tak budak tahun 91 tapi berada di form 5 tahun 2007 dapat PLKN tahun hadapannya? aku sangat-sangat berharap TIADA kemungkinan! hehehe. sebab aku tanak pergi ;) tahniah ya kepada areniex sebab terpilih ke PLKN sesi 2008~

Friday, August 17, 2007

drink warm water

heyyah!!
alhamdulillah!

sudah habis trial SPM (es-pi-em) ngeri Perlis. hehehe ;) petang rabu haritu habis ketas fizik III. harap-harap keputusannya okey la.

This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about heart attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive

erk, aku selalu minum air sejuk kalo lepas makan. dan kalo hari hujan atau pagi-pagi kat kedai, aku akann tetap pesan air sejuk + berais. hahaha ;) alamak, kena tukar minum air panas la nanti. tapi, kat rumah mak buat air milo panas suam, minum la.

I've been tag by zetty. thanks ya. memang takde idea dah nak hapdet ape. here we go..

5 things found in my bag
* pensel picit sebatang.
* buku conteng-conteng.
* duit syling 10 sen - incase nak telefon. kredit habis.
* buku teks.
* kalkulator.

5 things found in my wallet
* mykad.
* duit ketas kaler biru, hijau. merah satu. duit syiling.
* topup kad lama-lama (yang lawa2. haha)
* kad diskaun keretapi.
* kad pinjam buku library perlis.

; sbnarnya, aku jarang bawak wallet. hehe ;)

5 favorite things in my room
* that teddy bear. hahah.
* komik.
* radio buruk.
* tv hitam kecik. 2 days ago, my little brother afar bawa masuk bilik dia plak. ish
* my feveret table.

5 things i’ve always wanted to do
* nak baca komik CONAN bebanyak.
* bangun tido awal.
* nak tengok cite korea/jepun. atau terus pegi sana. lagi bagus!
* nak pergi oversea main salji.
* beli handphone baru. nak Sony Ericsson W800i~

5 things im currently into
* nak makan dadih strawberi berperisa strawberi.
* kena baca buku. huhu. struggle for 13A1.
* update blog. heheh ;)
* dengar radio.
* donload cite korea/ japan.

5 people im going to tag
* afifah
* atikah
* darkz
* kakicyber
* dia - kat uni boleh guna net ke?