Sponsored

Wednesday, June 24, 2009

berat hati mahu pergi

perhatian: pesta buku PERLIS dah bermula semalam, 23jun & akan berakhir 29jun. jom pakat mai perlis ramai-ramai. sape yang dok utara, maila turun padang meriahkan-nya.
rasa malas nak kemas beg, tapi apakan daya hanya tinggal sehari je sebelum aku bertolak ke sana (baca: USIM). 1 beg kotak dah siap packing, beg travel masih boleh sumbat barang lagi; toiletries, stationaries, buku2, bla bla bla.

doakan kesejahteraan aku di sana ye!

semoga apa sahaja ilmu yang aku studi nanti dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharianku, insyaAllah. & aku harap dapat berkongsi ilmuku dengan orang lain =). Ya Allah, berikanlah aku kebijaksanaan itu~

Tuesday, June 16, 2009

dia buat aku terharu.


dia : sdey weh. aku taklepas. ko dpt cgpa bape.
aku : alhmdulillah. aku ___. ko nanges ke? *soklan bengong*
dia : aku nangis le kak. sedey gle xtaklepas.

5 hari lepas tu.

aku : ko amcm?
dia : amcm ape. surt twrn ea?
aku : iyepla. camne. bez?
dia : alhamdulillah, aku dapat (smbung medic)!
aku : bla bla bla. terharu aku =D

ALHAMDULILLAH, aku tumpang gembira kat dia (baca : A). sememangnya, A layak sangat (struggle better) berbanding aku. aku nampak perubahan A ketara lepas result sem I keluar.

*flashback*
aku amek result sem I sama dengan A kat pejabat tamhidi. aku ingat, A tanak bagitau aku result dia (yang aku rasa ok lagi la).mase kitorang stop kat kafeteria, aku nampak A nangis masa call parents dia. huhu.

masuk sem II.
especially mase lecture CHEM, puan J selalu 'attack' students dengan soalan2 dia. ade yang memang dah kasi sehari sebelum tu ataupun on the spot. aku yang sememangnya lemah bab-bab ni selalu la berdoa aku tak kena jawab. hahaha. & yang beznya, A duduk depan aku. kalo kena jawab ke..

"A.. A.. camne ni..?" - malasnya aku. hahaha =D

tutorial CHEM pun kengkadang; aku kagum. dia selalu siapkan awal-awal & beznya kadang2 tu boleh tiru dia. hehe, takut nanti Puan L marah kalo tak siapkan tutorial. dan A sememangnya boleh diharap. hehe, thanks very much!

masa result MUET diumumkan keluar, result A entah camne terstuck. check guna SMS pun takboleh. tiada data kot. & another one, A nangis (takdela banyak, coverla sikit =P) aku suggest kat A, try la check guna internet. lepas check, tengok2 A dapat four! senang hati~ aku yang dapat sikit lagi ni pun, boleh buat muka selamba je. haha; aku memang muka takde perasaan.


flail!


NEXTTT.

bengang dengan posmen yang suke hantar surat lambat. aku taktahu samada dia suka simpan surat biar banyak2 baru hantar ataupun dia sememangnya malas~. ayah aku pun dah komen pasal tabiat si posmen ni. takkanla tak serik kena marah, haiya. tahu tak, kamu telah membuatkan banyak orang saspen dan risau.

tapi,
nasib baik surat yang ditunggu-tunggu aku sampai juga semalam. kalau tak, kena serbu pejabat pos la. bla bla bla~ takpe, saya maafkan harini kerana saya gembira sudah~



lepas ni:

- tentang baju taaruf ni pun satu, USIM oh USIM. jangan la menyusahkan students2 kamu. last year untuk tamhidi, baju taaruf kitorang kaler ungu. tahun ni; BIRU pulak!
- tunggu tawaran biasiswa JPA dibukak akhir Jun ni pastu try serbu masuk. sape ade info, kasitaulah yek!

Tuesday, June 09, 2009

penantian itu satu penyeksaan

at 1530 he came.

ALHAMDULILLAH! (:


syukran Ya Allah~!

Sunday, June 07, 2009

biskut cicah tehais

location: iqra'books
bgmusic: sinarfm kedai hafifah bukak. sengal.

huhu, lama dah aku tak menulis. rasa nak berkarat dah otak ni. beku and jammed segalanya bagai.

sekarang ni, aku tengah mnikmati hidangan jimat orang malas order makann. senang-senang beli je biskut julie's yang ade krim ke butter ke pastu order teh ais bungkus satu! takdela penat nak mnunggu nasi atau mi atau bihun atau MAGGI dimasak di kedai. entah kenapa aku rasa malas pulak nak makan benda2 berat macamtu kalo aku duduk sorang2. tapi, kalau duduk rumahku syurgaku; aku la yang makan banyakkk sekali. lagi-lagi, kalau ade sambal tumis atau air asam, tambah 30 eh 3 kali pun takpe~!

keje harini, aku ganti 1. juwairiyah (pekerja baru) balik kampung. 2. abg saif n kak najah balik pinang 3. kak ina pula staff malam. iqra'books kurang pulak orang harini; emel order tshirtlabuh pun tak rancak seperti biasa. ordernya berjalan tapi yang nak packing2 takde. bosan pulak takde keje nak buat, hehe (aku kan workaholic, kata aminah). maka, aku pun mem'buang masa' dengan jayanya; alahaii.. (termasuk la publish new post ni, hehehe *evil laugh*)

tetiba, ade satu suara berkata-kata:
"oiii.. sapula sampah ke. buat banner buku ke. kemas2 buku ke...."

Okay. okay. back to work. hancuslah sape dapat pekerja seperti aku =P


p/s: hm, bilala pakcik posmen ni nak sampai eh?