Sponsored

Sunday, July 29, 2007

GahooYoogle

kalo korang semua nak jimat masa searching something, ape-ape aja. korang boleh guna satu website searchengine ni yang menggabungkan YAHOO! dan GOOGLE dalam satu. nama website tu GAHOOYOOGLE [dot] com. lol, senang pun senang. tapi dia akan bahagi screen kita jadi dua la. sebelah untuk YAHOO! dan sebelah untuk GOOGLE. lama jugak website ni dah beroperasi; sejak 2005 ;)



GAHOOYOOGLE


result of balqis. lol ;)


WEB URL : http://gahooyoogle.com

shoutbox reply

akulah & isamu : taktaula ape puncanya blog ni lembap. waa, kesian korang bukak lama yep ;P. aku bukak pun lambat sikit, then dia okay balik. nasib streamyx, kalo tak mesti hang komputer. hahaha ;)
hariz : salam kenal juga. karangan tu budak darjah 4 yang buat. otak brilliant!
ala : thanks ala! enjoy your hepi schooling.
aizat : salam :) gudluck to you too!
diA : ait! busy eh sane? cane blaja? best??
ida : thanks for the wish ;) I'll try my best!
mixterr : hai jugakk!
ngah : ye2. cakapla orang kodiang pun. hahaha :P
sankai & hariz : apekah??
zetty : baik bos! heheh, rajin2!!
deeyana : thanks for the visit :) come again ya!
afifah : salam afee ;) no hal. congrats ya dapat masuk UBD! gudluck on your study.

Thursday, July 19, 2007

trial nak dekat dah!

salam readers ;)

happy birthday to whom their birthday are in this month especially both of my brothers, my elder sister and upcoming 30th is my father's~ dalam famili aku, bulan julai la paling banyak celebrate birthday. hoyeh, 4 orang!

erk, aku akan bercuti daripada ber'blogging' buat sementara waktu. memandangkan trial SPM dah nak dekat & tumpuan lebih diperlukan kepada pelajaran. hehehe, kenala study betul-betul. trial SPM mula minggu hadapan, 27 julai 07.


amik nih, baca!

hipotesis aku; semakin dekat nak exam, semakin malas nak baca buku. hahahha ;) ape-ape pun, pray for my sucess aite!

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.

Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.


Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
atas ni karangan budak tahun 4. got it from forwarded e-mail.hahahaha, sah pengaruh movie robot-robot tu; TRANSFORMERS~ ;D fellow link akan diupdate as soon as possible. TQ

Sunday, July 01, 2007

cuti~

letto - sandaran hati

lima hari berturut-turut aku cuti minggu ni. hahaha. ewah, nak dekat periksa boleh cuti pulak ye. ehem, cuti ini bersebab okey. pertama, ketiadaan guru yang masuk untuk mengajar selama dua hari sekolah. isnin sorang cikgu masuk buat ujian tilawah al-quran & bacaan hadis. markah masuk SPM. alamak, aku tak hafal banyak lagi surah yaasin. hari slasa pulak, sama aje. main je dalam kelas, nak baca buku macam takde semangat. hahaha, alih-alih membuang masa je selama 6 jam. ish ish

cikgu semua busy sebab khamisnya ada hari anugerah cemerlang. ah, dan aku tak dapat hadiah pun. huhuhu, sedihnya. dalam kelas aku, yang dapat hadiah dominasinya boys. takpe2..

rabu esoknya, aku ambil cuti sendiri memandangkan lebih baik membuang masa di rumah daripada di sekolah. boleh jenguk-jenguk dapur; kalau dah takde keje. cari benda-benda yang boleh dikunyah. hahaha. tapi, sambil membuat latihan la. okeylah, takleh lama-lama. karang kena marah.

iklan : semalam kedah menang lawan perlis. 4-2 rasanya.