letto - sandaran hati
lima hari berturut-turut aku cuti minggu ni. hahaha. ewah, nak dekat periksa boleh cuti pulak ye. ehem, cuti ini bersebab okey. pertama, ketiadaan guru yang masuk untuk mengajar selama dua hari sekolah. isnin sorang cikgu masuk buat ujian tilawah al-quran & bacaan hadis. markah masuk SPM. alamak, aku tak hafal banyak lagi surah yaasin. hari slasa pulak, sama aje. main je dalam kelas, nak baca buku macam takde semangat. hahaha, alih-alih membuang masa je selama 6 jam. ish ish
cikgu semua busy sebab khamisnya ada hari anugerah cemerlang. ah, dan aku tak dapat hadiah pun. huhuhu, sedihnya. dalam kelas aku, yang dapat hadiah dominasinya boys. takpe2..
rabu esoknya, aku ambil cuti sendiri memandangkan lebih baik membuang masa di rumah daripada di sekolah. boleh jenguk-jenguk dapur; kalau dah takde keje. cari benda-benda yang boleh dikunyah. hahaha. tapi, sambil membuat latihan la. okeylah, takleh lama-lama. karang kena marah.
iklan : semalam kedah menang lawan perlis. 4-2 rasanya.
No comments:
Post a Comment