Sponsored

Friday, October 27, 2006

raya

baru balik kampung smalam. sampai pukul 12 lebih-lebih. pening sangat kepala; memang dah tahu dah akan pening. jalan berpusing-pusing kat perak dan kelantan; boring.





raya pertama; laksa terengganu
raya keuda; nasi dagang
raya ketiga; campuran lauk tidak habis dengan nasi impit ;)

lemang beli tengah jalan. banyak jual. senang, tak payah nak cari nanti bila sampai di terengganu ;)

aisyah, terlupa la nak ambil gambar waktu raya. ruginya; haha. raya tahun ni, rasanya income kurang sikit la. tapi, tambah ayah dan umi kasi jadi ratus jugak; hehe. sikit-sikit lama-lama beli laptop. hahaha ;)

balik perlis. banyak kali trip ayah basuh baju dalam machine. lebih sepuluh kali rasanya. yalah, 5 hari tak basuh baju mana tak banyaknya. lagipun senang; habiskan dalam satu hari. selesai kerja.

aminah dah balik usm. dia nak study katanya. haha. sume orang nak exam. din pun nak dekat dah spm. wish you luck ;). 30/10 nih, exam aku mula balik. hmm.. struggle.

ivy
God, I didnt even touch a book to study yet.
I'm like so dead lah.
Exams is like around the corner and I'm sweating like hell.
And still I dont bother to study.
Im such a lazy arse student. :(
I soooo dread exams.
erghhh.
Wonder why I used to love exams when I was like in primary school?
Only God knows. :/


//
tengah perah otak; camne nak hilangkan sakit tekak (ada sedikit selesema) tanpa pergi klinik ;)

Friday, October 20, 2006

adilfitri; 3 hari lagi

sejak 2 hari nih, hujan turun lebat. mungkin rahmat malam lailatul qadar kot. hmm, maybe. Allah nak tunjukkan kekuasannya kepada kita.

Dia Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu

raya nak dekat dah. heh ;) 3 hari lagi. nanti balik kampung beraya di terengganu. kat perlis, tak dapat banyak 'income' sebab tak banyak saudara-mara kat sini. kat kampung, banyak sikit. haha; *evil laugh*

pagi tadi, ada majlis khatam al-quran di sekolah. hmm, aku baru tahu yang bila orang khatam al-quran kena baca-baca dulu baru boleh dikatakan khatam al-quran. selama ini, aku ingatkan baca sampai habis al-quran dan doa di belakang al-quran tu dikira khatam sudah. ooooo bulat.

mula-mula baca surah ad-dhuha sampai surah an-nas, kemudian baca al-fatihah dan sedikit surah al-baqarah. akhir sekali doa khatam al-quran; barulah dikatakan khatam al-quran. heh ;) 4 tahun duduk sekolah tu, rasanya baru sekali aku datang majlis khatam al-quran. 3 tahun yang lain tu ponteng kot. ape la budak nakal ni..

1040. nak tengok cite my girl dalam laptop aminah ;) teringin sangat, sebab dekat sekolah diorang cite pasal drama korea ni la. dah habis dah pun cite nih kat tv. aku ketinggalan zaman sikit.

gong-chan hensem la..

apa-apa aje la. layan.

selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua. maaf zahir dan batin. nak duit raya!!



Wednesday, October 18, 2006

heh ;)

hari ini dan semalam
ada 2 exam bersama/negeri yang diambil. semalam matematik tambahan. huhu. susah gle, sampai tensen nak jawab. rasa macam nak menangis jer, kalau tak jawab score kosong la. tabah. lepas habis jer jawab dua-dua kertas, sangat LEGA. NO MORE add math exam this year! haha.

18/10 matematik moden; kertas 1 dan 2. matematik moden tak lah senang, tapi okay-lah sikit daripada semalam ;)

petang tuh, tidak sempat tengok malin kundang. huhu. episod terakhir. melepas la. umi ajak pergi pasar malam pukul 4. tak mahu ikut je, sebab mesti balik lambat.

;pasar malam
beli murtabak 2 ringgit. selalunya ramai orang beratur. sungguh femes dan sedap. satu lagi makanan femes, popia pakcik guard. haha. kalau lambat datang, mesti ramai dah buat 'line' panjang menunggu. kempunan la.



popia basah


umi; air colouring. haha. warna-warni.


dum. dam. dum
huh, bising betul la. tapi best jugak. meriah macam duduk dekat kampung. hahas. teringin nak main, heh. afar beli mercun pun, takut nak main. ada sekali tuh; waktu aku tengah konon study, afar letupkan secara mengejut. habis terconteng hampir setengah buku. huhu. nak kena tumbuk afar ni! XD

malam lailatul qadar
; 10 malam terakhir digalakkan kita memperbanyakkan ibadah. semoga mendapat rahmat andaikata mendapat fadilat malam yang lebih baik dari seribu malam ini.

/
kosa kata baru di sekolah
*tabah ;)

Tuesday, October 10, 2006

17 ramadhan

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran




Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar"
;
*telefon berbunyi*
angkat. ayah.
"hello"
"hello, balqis. angkat kain kat luar"

???

"hmm, tak hujan pun"
"tak hujan? kat sini hujan. kubang gajah. angkat la, takut hujan pulak nanti"
"okey"

aku angkat kain kat luar. semua dah kering dah pun. hahas. lima minit lepas tu, hujan. cepat betul hujan ni beralih kat sini pulak. area kubang gajah dekat aje dengan rumah. hahas.

hujan. berhenti.

sekejap je hujan sekarang ni. dua tiga minit berhenti. tapi, takpe. hujan jugak berbanding tempat lain yang sekarang dilanda haze. huhu. alhamdulillah, perlis aman daripada jerebu.

Sunday, October 08, 2006

sinetron - bawang merah bawang puith & malin kundang

selalu kita tengok cerita-cerita dekat tv. hero dia hensem. heroin dia mesti lawa.

tapi, ada jugak. yang watak jahat lagi lawa. contohnya, sinetron bawang merah bawang putih dan malin kundang 2. haha.

kecuali la telenovela mujer en el espejo. sebab watak heroin dia ada dua. satu lawa. satu kurang sikit, tapi still good-looking.

currently yang ni jer yang aku tahu, sebab yang lain aku tak tengok. petang-petang aje boleh.

bawang merah bawang putih
alya (watak baik) dan siska (watak jahat). dua-dua watak utama. tapi, yang lawa sikit, siska. haha.





malin kundang 2
intan (watak jahat) dan yola (watak baik). intan lebih lawa. haha.


intan


yola


when I was a young boy,
my father took me into the city
to see a marching band.
he said, "son when you grow up, will you be the saviour of the broken, the beaten and the damned?"

he said, "will you defeat them, your demons, and all the non believers, the plans that they have made?"
because one day I leave you,
a phantom to lead you in the summer,
to join the black parade."


first time listened to welcome to the black parade from my chemical romance. hmm, quite nice.

Saturday, October 07, 2006

out of boredom

imaginary. just dream.









kau datang lagi;
bergenang airmata kesyukuran;
kerana masih dapat bersua denganmu;
oh ramadhan..

;-
tadi siang udang galah. agak-agak kalau kita timbang kepala udang galah, sama tak dengan berat isinya. haha

Wednesday, October 04, 2006

tapak

" hari khamis nih, kita akan melawat matrikulasi"
"buat apa, cikgu?"
"kita lawat tapak"

tapak?

"tapak kaki. takkan semua tanak masuk universiti kot. mesti masuk matrikulasi dulu, kan"