Sponsored

Saturday, November 12, 2005

Eat, eat and eat

Pagi tadi, ada belek-belek buku masakan Kuih Tradisional umi. Tengok kuih-kuih yang sedap. Ummm..semua sedap. Tapi, aku x reti buat semuanya:] (Suruh umi buat, umi x mau...huhuh). Kuih yang aku berkenan sangat ialah jala mas, kuih bunga tanjung dan emas sejemput. Semua kuih ni warna kuning sebab semuanya guna telur KUNING sahaja. Sedappp! Sapa nak try, silalah dapatkan ‘rempah-ratusnya’ + ‘isi penting ramuan’ di bawah ini. Harap kalau masak tu, bagilah sikit kat aku.

Jala Mas

5 biji telur itik
3 cawan gula pasir
4 cawan air
Sedikit gula batu
Sedikit daun pisang dibuat kelongsong

Masak gula pasir dengan air dan sedikit gula batu sehingga gula larut dan pekat.
Masak air gula ini dengan menggunakan api yang sederhana.
Telur itik diambil kuningnya sahaja dan dipukul dengan sudu sehingga rata.
Masukkan kira-kira 2 sudu makan kuning telur yang telah dipukul dengan sudu tadi ke dalam kelongsong daun pisang, kemudian kiraikan ke dalam air gula yang sedang mendidih itu seperti mengirai roti kirai.
Apabila telah masak ia akan timbul di permukaan air dan bolehlah diangkat dengan garpu sambil dikirai-kirai dan sejukkan.

Kuih Bunga Tanjung

5 biji kuning telur ayam
3 cawan gula
4 cawan air
Tepung beras pulut secukupnya

Gula dimasak dengan air sehingga mendidih dan pekat menggunakan api yang sederhana.
Kuning telur dikacau dengan sudu sehingga kembang.
Setelah itu masukkan tepung pulut sehingga cukup untuk dibentuk.
Masukkan adunan ke dalam acuan berbentuk bujur dan tekankan ke dalam air gula yang sedang dimasak tadi.
Buat begini sehingga selesai. apabila ia timbul di permukaan air gula bolehlah diangkat.

Emas Sejemput

6 biji telur ayam
2 cawan gula pasir
3 cawan air

Masak gula dengan air sehingga larut dan pekat.
Telur diambil kuningnya sahaja kemudian dipukul dengan sudu sehingga naik sedikit.
Apabila air gula telah pekat, angkat periuk dari atas dapur.
Kemudian tuangkan satu sudu makan adunan telur ke dalamnya.
Setelah itu, jerangkan semula periuk di atas dapur.
Sambil itu, balik-balikkan telur tadi dengan sudu sehingga masak.
Kemudian diangkat dan letakkan di dalam bekas dan jemputkan dengan tangan sehingga menjadi bentuk seperti jemput.