Sponsored

Sunday, June 20, 2010

loghat UTARA


I'm lovin it bcos I'm part of it. but due to myself yang tak ori sangat utara ni, so there are some of words that even I don't know it. HAHA :D so, lets check it out! if you do know some, let me know it, okeh.

1 ghe-ngau > cakar
2 sereyat > reda/surut
3 hambat > kejar
4 pe-qhembang > bidik (aim)
5 contiang > conteng
6 ligan > kejar
7 cemuih > bosan/jemu
cemuih dok buat lagu ni je tiap2 hari (lagu = macam)

8 tokak > gigit
9 gey-rek > basikal
10 gon > cerun (bukit kecil)
11 belemoih/belengaih > comot/kotor
12 tetomoih > tersungkor
13 ku-tey > cubit
14 tak dan > tak sempat
15 hebiaq > celupar
16 maneh melecaih > tersangat manis
17 lincun/lencun > basah
18 lokoih > kuyup
19 kawaq >pencuri
20 kanyaq > mentah (berhingus)
21 ketegaq > degil
ish, ketegaq betui budak ni

22 herot petot > senget benget
23 merela > gatai
24 loklaq > cemekap/cuai
hang ni loklaq la

25 hawing > pusing
26 punggai > baling/lempar
27 tengalong > tuju/baling
28 me-qhe-kah > kupas/koyak
29 ayaq achaq > air longkang
30 haring > hancing
31 kelepiaq > melibas
32 kelolo > tak berapa betoi
33 hemoi > tak tau malu
34 merenyeh > menggatal
35 da-oh > tak matching
36 hapak pera'e > bau hapak
37 hijau merengak > hijau sangat2
38 celuih > muat
makk, tak celuih la baju ni kat chek (cek = saya)

39 meghelit me-qhelap > berkilau-kilau / liplap
tu dia, meghelit meqhelap baju dia aih

40 masam pang > masam sangat2

google lagi, HEHE

41 camoq > selerak
42 cenge > garang
43 gu > kawan/teman
44 guruih api > mancis
45 nat > pasar sehari
46 kelih > nampak
47 gena > macam mana/bagaimana
weh, gena nak buat ni? kami taktau dahh

48 angkit > angkat
49 tik mau/tak mau > tidak mahu
50 perabih > bagi habis
51 pancat > pancit

52 hangpa > kamu/awak
pasaipa hangpa gelak nih

53 melewaq > merayau
54 habaq > bagitahu
55 kaih > lekas
habaq kaih aku nak pi tidoq ni

56 sat > sekejap
57 koi > kuih

&&
timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

jawapannya: loghat pantai timur (kelate) adalah munasabah.

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: tak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! HAHA :D but still, I love loghat UTARA~

sumber : community YS lets join it today!, [forum CARI] .

p/s: jom baca cerpen loghat utara disini.

7 comments:

GuGu said...

suke kn loghat utara qis..im part of it to0~~

balqis said...

@gugu
loghat utara mmg best kan, he :D
gu belah mane?

Tasniim AHY said...

ayah pantai timur, mak utara. Anaknya tgh2. satu loghat pn xdpt. ha3

esyam said...

oh ini penyokong hijau kuning ni ekekek :)

balqis said...

@tasniim
same kes macam nim kot~ =P

@esyam
eh tak. saya BIRU kuning, haha :)

nabilah abd rahman said...

loghat utara mmg bes kan...cos saya org utara..^_^

balqis said...

@nabilah
YUP, org mane tu?