Makanan merupakan satu kemestian dalam kehidupan kita. Kita memerlukan makanan kerana ia memberikan tenaga untuk kita beribadah dan menjalani kehidupan seharian. Selain itu, makanan penting untuk kesihatan tubuh badan kerana dapat mengelakkan penyakit berjangkit, membina dan membaiki tisu badan. Sungguhpun begitu, tidak semua makanan boleh kita makan kerana makanan yang baik akan mempengaruhi baik buruknya tingkahlaku kita.
Kenapa Allah suruh makan makanan yang HALAL dan TAYYIBAH?
- Membentuk hati yang bersih
- Amal ibadah mudah diterima Allah
- Mendapat pahala dan keberkatan
- Doa lebih mustajab dan dimakbulkanNya
Menurut ajaran Islam, hanya makanan yang halal sahaja dapat membentuk peribadi kita sebagai Muslim sejati. ini kerana darah dan daging seseorang itu berasal daripada makanan yang dihadamkan. Dalam erti kata lain, hati kita ditempa oleh makanan yang kita makan.
"Sesungguhnya dalam diri anak Adam itu seketul daging. Jika baik ia maka baiklah seluruh tubuh badan. Jika rosak ia, maka rosak binasalah seluruh anggota badan. ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah hati" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Seorang lelaki yang jauh perjalanan sehingga rambutnya kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, dan minumannya haram, dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya?" (Riwayat Muslim, Ahmad dan Tarmizi)
Justeru, peliharalah hati kita dengan memakan yang halal dan baik sahaja. Kesan hati yang disuburkan dengan pemakanan yang halal dan baik akan sentiasa ingat kebesaran Allah, mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya, juga menghindar diri daripada perkara syubhat. Hati yang demikian akan mempengaruhi semua pancaindera badan yang sentiasa terarah kepada kebaikan dan tercegah daripada kemungkaran. Maka lahirlah kebaikan di tengah kehidupan Islam.
No comments:
Post a Comment