Sponsored

Wednesday, December 27, 2006

aidiladha

hari raya aidiladha nak dekat dah. curi-curi dial-up sekejap. sori kalau ada emergency call. so nak amik kesempatan nih nak ucap;


kad raya


haha; seblum intenet ni bengong, baik cepat2 publish entry. muahaha. guna line tmnet, habis kang nanti orang nak telefon rumah. huhu, streamyx ni pun buat hal plak. dia merajuk kot. hmm.. ble dia nak baik eh?

sekolah pun dah nak buka dah. haha; nasib baik dah siap kebanyakannya dah siap. dahla kali ni, markah homework masa cuti dia masukkan 10% dalam periksa. habislah, kene buat jugak lo. kalau tidak, mesti buat bodo je tak buat dah. hahaha. selamat kembali ke sekolah, korang semua!!

; eh, buku teks ada dah kat kedai?

Tuesday, December 26, 2006

huhu

internet rosak. ah, jiwa kacau. rindu pulak.

Friday, December 15, 2006

xpert best!

hari tu, ada pegi program 4 hari. XPERT stands for ekspidisi pemimpin remaja tahan lasak. diadakan di johor; spesifik tempat *secret*. huhu, asyik2 rahsia je pekataan yang keluar. memang peserta kena bersedia sentiasa, nak dicampak kat mana-mana.

7 dis
sampai stesen kluang. perlis jumpa dengan team johor dan kelantan. negeri lain, tempat lain. memang rahsia betul; hint pun tak dikasi tahu. disebabkan bilangan perlis dan kelantan sikit, kitorang digabungkan menjadi satu team; pertan. johor still satu team. kemudian diarahkan menjual barang bernilai 300 (sudah diinform kena bawa setiap negeri) di bandar KLUANG untuk mendapatkan kembali duit; makan. semua kena buat sendiri, takde orang blanja. berdasarkan hasil jualan barang itu sahaja! tanggung fasilitator pulak tu, hehe ;D

habis jual-jual, diberi satu klu untuk ke simpang renggam. naik bas, bertolak ke sana. ada pakcik ambil dan bawa ke renggam; rumah seorang atuk ni. kat sana, musang berjanggut pula. ditugaskan memasak ape-ape je dengan barang yang dikasi dalam uncang. hmm, masak la! sedap!! aku tak pandai sangat, tapi best, tolong-tolong orang ni (alasan plak, heh). ramai-ramai buat macam sekejap je, kan korang?

8dis
kitorang kena rancang satu program untuk remaja/budak2. so, kena carilah budak2 kat situ dan ajak diorang pegi program 'xpert junior'. hehe, dalam pukul 2 ada budak-budak datang kat rumah atuk ni. kami ingatkan nak join program xpert junior, tengok-tengok budak2 tu terus meluru masuk rumah atuk. la, budak2 kampung datang mengaji. laju gle masuk, tekejut sebab tak sangka. lawak pun ada bila teringat balik, haha ;D. then, kami pun try-try la ajak budak-budak tu join program. sebab takde orang datang program kami, frust. tanya atuk, dia kata boleh je. akhirnya, dapat juga menarik diorang join program, sebab kata ada game. hahaha

then, suruh budak-budak tu balik rumah minta izin nak datang program sampai malam. takut mak bapa diorang risau pulak tak balik lepas mengaji, ish. ish. habis imej KRJ nanti, heh. berlari-lari semua balik rumah, best tengok! memang semangat gle budak-budak nih berlari. terharu pulak, hahaha.

seorang budak datang balik;
mak tak kasi datang, sebab main game
kate kat dia;
hah? (alamak, kantoi) kata kat mak, ni ada program budak-budak kat rumah atuk esah. nak pergi, best sangat!
petang. program bermula. hmm, malas nak cite panjang2. ringkas2 sudah, ye.
; balloon madness. ikat belon sebelah kaki, pastu main pijak-pijak belon orang lain. pecah? kalah la!
; topi beracun. tak reti nak describe, hahah
; selimut minda. yang ni memang best sangat. gamat satu rumah, suara budak-budak laki nih. berebut-rebut nak duduk, sekali turun selimut, GELAK je terkeluar. aiseh..
; solat berjemaah. nasib ada budak yang dah besar sikit, boleh jadi imam. ada waktu solat isya, ada sorang budak tu silap.

imam; "alhamdulillahirabbil alamin"
dia; "aamin"
imam; "arrahmanirrahim"
dia tambah budak lain mengikut; "aamin"

aduh, sakit perut gelak di belakang. habis lah, ajaran sesat mana ni. mungkin tersilap kot, takpe2 habis solat kita tegur. sepuluh malam; habis program. eh, ada lagi. acara menghantar budak-budak balik rumah masing-masing, seronok jalan malam-malam ;D. depan rumah, mak bapa tunggu dah. risau anak-anak diorang tak balik lagi. atuk cakap kawasan tu, memang mak bapa risau kalau budak-budak tak balik sebelum pukul 9 malam. ada anjing, bahaya jugak. alhamdulillah, tadi masa hantar tiada seekor pun yang muncul. kecut jugak kalau ade, kan? goodbye, adik-adik. mesti rindu kat korang, huhu.

9dis
cari klu seterusnya. naik bas; pergi ke larkin. kat stesen bas tu, jumpa klu. agak susah! kak fasi bagi klu; suruh gabung dengan team negeri lain. gabung2 klu, kena pergi ke TIRAM INDAH VILLAGE. naik bas ramai-ramai. pack! sampai kat sana, baru jumpa dengan semua team setiap negeri. kl, perak, negeri9, selangor, johor. ade lagi ke? lupa dah..

petang. mp3/trekking. best; lain sikit dari yang lain. aku tak penah pegi xrek; maybe lain sikit. ambil wudhu' dalam sungai, basuh je semua! first time solat atas rumput mengadap matahari. masyaallah; indahnya alam ciptaan Tuhan! sakit jugak tercucuk rumput-rumput yang agak tajam nih, huhu. ALLAHUAKBAR!! malam. ada program akademi realiti a.k. a persembahan kumpulan ;D

10 dis
salam-salam semua. maafkan aku yer, korang! 'pertan' (perlis dan kelantan) dapat naib johan dalam kumpulan terbaik, TAHNIAH! balik perlis pukul 10 malam; naik bas. masalah. kena tukar seat depan; betul2 belakang driver. ala, nak tidur tak boleh. depan driver ada back mirror pulak, haha. kantoi karang, habis. balik perlis; pukul 10 pagi.

; haha; bape lama baca? malas sebenarnya nak tulis; tapi dah tulis sekerat. sambung je la bagi perabis, huhu

Thursday, December 14, 2006

kursus komputer

hmm, just added commentbox. where? below the entry; haha. try-lah
pagi tadi, my little brother pergi belaja kursus komputer dekat bangunan MARA, perlis. wah, mesti best gle kan, kan, kan? all his friends pergi; afif, muaz, hafiy. hmm, nanti diorang akan jadi pakar XPERT bertauliah pasal komputer2 ni; bagus2. boleh la buat web sekolah azhar nanti, kan?



studying adobe photoshop

amboi-amboi, siap boleh log in yahoo messenger sebelum cikgu datang. tengah belajar adobe photoshop. do not disturb. tapi, tadi dia yang kacau dulu. ceh, ape la budak ni. jeles la pulak, huhu. takpe2, nanti suruh dia ajar balik semua kat aku, kan. *evil laugh*

; masih banyak keje sekolah, huhu T_T. bila la nak habis ni, hehe. (sedangkan aku malas nak buat)

Tuesday, December 12, 2006

XIFU & the algebra

hmmm, added some GREAT music below in the sidebar. scroll below.. below. kalau boring2, dengarlah. tak letak automatic sebab bukan semua orang suka bila buka2 website, dengar music kan? hehe ;D. sori, kalau server yang lambat sikit atau korang yang takde flash, hehe *welcome my visitor*


preview of the music box


music tu sebenarnya dinyanyikan oleh kumpulan XIFU & THE ALGEBRA. CD yang dikeluarkan terhad aja, memang tak cukup ;D nasib baik, kitorang sempat beli sebelum habis. memang best, sebab diselangi lagi-lagu yang berteraskan hadith. sekarang, bolehlah hafal hadith sikit-sikit kan, hehe. boleh lawan afar, haha. hmm, xpe dengar banyak2 kali, lama2 masuk otak la kan. insyaalah, cubalah dengar2 slalu yer. kalau nak download pun boleh, buat koleksi. tapi, tak pasti sampai bila expirednya, hehe ;D. so, cepat-cepat. jangan terlambat, nanti kecewa. hehe, ape la merepek ni.



Xifu terdiri dari 'Xifu Naser' dan 'Xifu Mu'adz'. Algebra adalah simbolik kepda kecemerlangan ketamadunan Islam dalam inovasi ide-ide yang baru yang berisfat universal. 'The Algebra' merujuk kepada rakan-rakan Xifu yang telah membantu pembikinan filem
; dengar2kan ya!!

// MILLION thanks to nida for making me this beautiful skin. *hug her*. really LOVE it!

Tuesday, December 05, 2006

crystal bracelets

have you ever wondered what life is about?
you could search the world
and never figure it out
you don't have to sail the oceans
hehe ;D gembira. abang saif dan kak najah bagi komisyen tolong jual2 kat KL dulu. thanks² so much. this is the reward; *scroll below*



♥ mine; sapphire swarovski


my sister; amethyst swarovski



awalnya, aku nak yg kaler ungu. tapi, takpe2 mengalah. haha ;D balqis baik, kan ibah? perasan pulak. afar? yang lain. hoho; mana boleh pakai yang ni kan.

» my little brother, afar sudah ada friendster. haha; click; buat keje sekolah cepat. masih banyak tu! ish. ish budak ni ;D

Saturday, December 02, 2006

holiday begin

sret. sret. tarik tisu. sret..
5 hari sudah berlalu. masih benda yang sama dilakukan. selesema! semalam baru pergi ambil ubat. 5 biji je dia bagi, huhu.


tengahari semalam, mukmina ajak naik motor sampai depan pagar sekolah. hehe; try2 la naik. hoho, susah jugak. sebab pakai kain, susah nak adjust sikit. lastly, tak jadi naik. berjalan bawah lorong patriotik je. haha ;D

hari ini, tamatlah tempoh dua minggu persekolahan tambahan. haha; lega rasanya. tak payah lagi nak seterika baju awal-awal pagi. malangnya, selama tempoh tersebut banyak gle homework masa cuti cikgu bagi. semua kena submit tahun depan. dengar macam lama, tapi tengok la. tinggal lagi berape hari je sebelum buka sekolah.

i made my mistakes
got no where to run
the night goes on
as I'm fading away
i'm sick of this life
i just wanna scream
how could this happen to me

nasib baik aku masih stay di kelas yang sama. takut jugak, sebab gagal matematik tambahan. huhu; takut kena marah dan dibanned daripada menggunakan komputer. hoho ;D alhamdulillah, masih kekal tapi prestasi agak menurun. hmm, takpe2 tahun depan aku study elok-elok. no more last minute study (agaknya) dan less staring the computer. you know that, staring is rude. haha ;D

;
3 dis
i want to be the first to wish my sister. happy birthday, sis aminah. i know this kinda early, but happy advance birthday. semoga panjang umur dan diberkati Tuhan. ayah, jom makan kat luar!


edisi indonesia. VS edisi malaysia kaler pink ;D
AYAT-AYAT CINTA
*best seller
oleh Habiburahman el Shirazy
"HAMKA kecil telah lahir.
AYAT-AYAT CINTA buktinya!"
-Pries GS, Budayawan, Penulis Sketsa Indonesia di Smart FM Network

sedang dalam pembacaan. jangan salah sangka, ini adalah sebuah novel pembangun jiwa. bukan novel mengarut. hehe ;D. nak tahu lebih lanjut, baca komentar ni. best sangat, rasa macam benar2 berlaku di abad yg ke-21 nih. mmg bagus. *thumbs up*

"kalaulah fahri wujud di zaman ini..."

>>
HOLIDAY begin!

Thursday, November 23, 2006

hiatus

I beg to dream and differ from the hollow lies
this is the dawning of the rest of our lives
hiatus; pergi kuala lumpur empat hari. 23-26. jalan-jalan lagi aku. ape, ada tahi lalat kat kaki ek? hoho ;S hmm, malas la nak update.

; ponteng sekolah 3 hari. hohoho; ketinggalan la aku. takpe, nanti aku catch up balik ;D

Tuesday, November 14, 2006

self-holiday

11/11
310; low the air conditioner, please!

never ever say goodbye to yesterday
cause yesterday was so special and wonderful
and i hope tomorrow will be better
umi ada program wanita dan globalisasi di times training service, sungai besi. menginap di hotel sun inn. hotel baru dibina, dan masih dalam pembinaan; tv pun tak ada channel lagi. tapi harga promosi berpatutan la. RM50 semalam. *promosi!!

boring; hmmm, no wireless network connection available. kalau available pun mesti kena ada network key. security sungguh; huh. refresh network list lagi. yes, dapat 3. tapi semua signal low. susah!

interxs, wirelessBASB, WiFi-KHAR
security-enabled wireless network

mentang-mentang sudah habis exam, buku satu habuk pun tak bawa. keboringan yang amat. surat khabar pun dah habis baca. din? rileks je. baca sat-sat je buku. ape nak jadi budak ni. SPM nak dekat dah; tenangkan fikiran kot. haha ;D nak keluar jenjalan, takut. KL kan!? tempat yang penuh dengan cabaran dan DANGEROUS. haha ;D. kes antaltuya shaaribu, model magnolia mongolia pun tak habis lagi. hohoho ;S

;
isnin mahu ponteng sekolah

[edit] maaf jika ada yg terasa. tidak bermaksud begitu. hanya pendapat [/edit]

Friday, November 10, 2006

can't smile without you



i can't smile without you, my friends ;D

you know, i cant' smile without you
i cant' smile without you
i cant' laugh and
i can't sing
i'm finding it hard to do anything

you see i feel sad when you sad
feel glad when you glad
if you only knew what i'm going through
i just cant' smile without you...

you came along
just like a song
and brightened my day
who would've believed
that you were part of a dream
now it all seems light a year way

and now you know
i cant' smile without you...


MERDEKA!! haha; malam nanti nak pergi KL. umi ada program dekat TTS sampai hari isnin. hmm, malam isnin aku nak pergi sekolah. huhu; tak tau sempat ke tidak. ada program dekat sekolah.

Friday, November 03, 2006

listening ost my girl ♥

struggle for 2 weeks exam.
hmm, aku rasa setiap kali exam kan mesti aku baca buku last minute. tapi, kadang-kadang tu yang last minute dia masuk dalam otak ;) sekali-sekala ada toyol. bocor semua soalan exam. masuk yang mana satu semua tahu, best! baca yang itu je, last minute!

habis tengok episod my girl korean drama. hehe, thanks kepada aminah yang sudi meninggalkan laptopnya untuk kegunaan ramai. bukan sorang guna, banyak juga. sebagai tukarannya, mp3ku (belum dibayar kepada aisyah) diciluk ke usm. laptop asus rosak kot, ntah. sekarang laptop aminah berada di tingkat atas. haha ;D

sempat lagi melayari internet dan mendonload torrent ost my girl korean drama. habis semua, dengar.


from left: seol gon-chan, juu yoo rin, kim seo-hyun, seo jeong woo
official website


01. chum boo tuh - yun woo
02. never say goodbye - mario & nesty
03. suh reun bun jjeum - KYO
04. alone - lim jae wan
05. sang uh reul sarang han in uh - jo kwan woo
06. neul - tree bicycle
07. my girl - park yong suk
08. sarang eun him deun ga bwa - lee ji soo
09. alone (female version) - kara
10. sang uh reul sarang han in uh (female version) - park hee kyung
11. happy happy - song bo ram
12. sarang ee shim shim hae suh - K2


haha ;D tengok satu website ni, pasal actor dam actress korean movie. tengok lee-joon-ki. ada satu orang ni dari malaysia komen tentang lee-joon-ki nih.


seo jeong woo a.k.a lee joon ki

i am a Malaysian. and i am proud to be a Malay. but dont know why, i really attracted to a man with a pair of eyes like yours. and in Malaysia, it is called as 'SEPET'. chinese usually have this kinda eyes. 1st time i saw you on tv, i can't take my eyes on your eyes. just because your eyes, i hope that jung-woong will be the one who yoo-rin choose. I hope that jung-woong will have a happy ending, not gong-chan. this is all just because of your eyes....
;D haha

isnin mula balik exam. tak habis lagi tau. biologi 2 dan fizik 2. semua soalan subjektif. kertas dua memang susah sikit, jadi kena baca faham satu buku teks kalau nak jawab elok-elok.


buku biologi dan fizik


;
100 sms jika topup RM10. huhu ;( takde duit la.

Friday, October 27, 2006

raya

baru balik kampung smalam. sampai pukul 12 lebih-lebih. pening sangat kepala; memang dah tahu dah akan pening. jalan berpusing-pusing kat perak dan kelantan; boring.





raya pertama; laksa terengganu
raya keuda; nasi dagang
raya ketiga; campuran lauk tidak habis dengan nasi impit ;)

lemang beli tengah jalan. banyak jual. senang, tak payah nak cari nanti bila sampai di terengganu ;)

aisyah, terlupa la nak ambil gambar waktu raya. ruginya; haha. raya tahun ni, rasanya income kurang sikit la. tapi, tambah ayah dan umi kasi jadi ratus jugak; hehe. sikit-sikit lama-lama beli laptop. hahaha ;)

balik perlis. banyak kali trip ayah basuh baju dalam machine. lebih sepuluh kali rasanya. yalah, 5 hari tak basuh baju mana tak banyaknya. lagipun senang; habiskan dalam satu hari. selesai kerja.

aminah dah balik usm. dia nak study katanya. haha. sume orang nak exam. din pun nak dekat dah spm. wish you luck ;). 30/10 nih, exam aku mula balik. hmm.. struggle.

ivy
God, I didnt even touch a book to study yet.
I'm like so dead lah.
Exams is like around the corner and I'm sweating like hell.
And still I dont bother to study.
Im such a lazy arse student. :(
I soooo dread exams.
erghhh.
Wonder why I used to love exams when I was like in primary school?
Only God knows. :/


//
tengah perah otak; camne nak hilangkan sakit tekak (ada sedikit selesema) tanpa pergi klinik ;)

Friday, October 20, 2006

adilfitri; 3 hari lagi

sejak 2 hari nih, hujan turun lebat. mungkin rahmat malam lailatul qadar kot. hmm, maybe. Allah nak tunjukkan kekuasannya kepada kita.

Dia Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu

raya nak dekat dah. heh ;) 3 hari lagi. nanti balik kampung beraya di terengganu. kat perlis, tak dapat banyak 'income' sebab tak banyak saudara-mara kat sini. kat kampung, banyak sikit. haha; *evil laugh*

pagi tadi, ada majlis khatam al-quran di sekolah. hmm, aku baru tahu yang bila orang khatam al-quran kena baca-baca dulu baru boleh dikatakan khatam al-quran. selama ini, aku ingatkan baca sampai habis al-quran dan doa di belakang al-quran tu dikira khatam sudah. ooooo bulat.

mula-mula baca surah ad-dhuha sampai surah an-nas, kemudian baca al-fatihah dan sedikit surah al-baqarah. akhir sekali doa khatam al-quran; barulah dikatakan khatam al-quran. heh ;) 4 tahun duduk sekolah tu, rasanya baru sekali aku datang majlis khatam al-quran. 3 tahun yang lain tu ponteng kot. ape la budak nakal ni..

1040. nak tengok cite my girl dalam laptop aminah ;) teringin sangat, sebab dekat sekolah diorang cite pasal drama korea ni la. dah habis dah pun cite nih kat tv. aku ketinggalan zaman sikit.

gong-chan hensem la..

apa-apa aje la. layan.

selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua. maaf zahir dan batin. nak duit raya!!



Wednesday, October 18, 2006

heh ;)

hari ini dan semalam
ada 2 exam bersama/negeri yang diambil. semalam matematik tambahan. huhu. susah gle, sampai tensen nak jawab. rasa macam nak menangis jer, kalau tak jawab score kosong la. tabah. lepas habis jer jawab dua-dua kertas, sangat LEGA. NO MORE add math exam this year! haha.

18/10 matematik moden; kertas 1 dan 2. matematik moden tak lah senang, tapi okay-lah sikit daripada semalam ;)

petang tuh, tidak sempat tengok malin kundang. huhu. episod terakhir. melepas la. umi ajak pergi pasar malam pukul 4. tak mahu ikut je, sebab mesti balik lambat.

;pasar malam
beli murtabak 2 ringgit. selalunya ramai orang beratur. sungguh femes dan sedap. satu lagi makanan femes, popia pakcik guard. haha. kalau lambat datang, mesti ramai dah buat 'line' panjang menunggu. kempunan la.



popia basah


umi; air colouring. haha. warna-warni.


dum. dam. dum
huh, bising betul la. tapi best jugak. meriah macam duduk dekat kampung. hahas. teringin nak main, heh. afar beli mercun pun, takut nak main. ada sekali tuh; waktu aku tengah konon study, afar letupkan secara mengejut. habis terconteng hampir setengah buku. huhu. nak kena tumbuk afar ni! XD

malam lailatul qadar
; 10 malam terakhir digalakkan kita memperbanyakkan ibadah. semoga mendapat rahmat andaikata mendapat fadilat malam yang lebih baik dari seribu malam ini.

/
kosa kata baru di sekolah
*tabah ;)

Tuesday, October 10, 2006

17 ramadhan

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran




Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar"
;
*telefon berbunyi*
angkat. ayah.
"hello"
"hello, balqis. angkat kain kat luar"

???

"hmm, tak hujan pun"
"tak hujan? kat sini hujan. kubang gajah. angkat la, takut hujan pulak nanti"
"okey"

aku angkat kain kat luar. semua dah kering dah pun. hahas. lima minit lepas tu, hujan. cepat betul hujan ni beralih kat sini pulak. area kubang gajah dekat aje dengan rumah. hahas.

hujan. berhenti.

sekejap je hujan sekarang ni. dua tiga minit berhenti. tapi, takpe. hujan jugak berbanding tempat lain yang sekarang dilanda haze. huhu. alhamdulillah, perlis aman daripada jerebu.

Sunday, October 08, 2006

sinetron - bawang merah bawang puith & malin kundang

selalu kita tengok cerita-cerita dekat tv. hero dia hensem. heroin dia mesti lawa.

tapi, ada jugak. yang watak jahat lagi lawa. contohnya, sinetron bawang merah bawang putih dan malin kundang 2. haha.

kecuali la telenovela mujer en el espejo. sebab watak heroin dia ada dua. satu lawa. satu kurang sikit, tapi still good-looking.

currently yang ni jer yang aku tahu, sebab yang lain aku tak tengok. petang-petang aje boleh.

bawang merah bawang putih
alya (watak baik) dan siska (watak jahat). dua-dua watak utama. tapi, yang lawa sikit, siska. haha.





malin kundang 2
intan (watak jahat) dan yola (watak baik). intan lebih lawa. haha.


intan


yola


when I was a young boy,
my father took me into the city
to see a marching band.
he said, "son when you grow up, will you be the saviour of the broken, the beaten and the damned?"

he said, "will you defeat them, your demons, and all the non believers, the plans that they have made?"
because one day I leave you,
a phantom to lead you in the summer,
to join the black parade."


first time listened to welcome to the black parade from my chemical romance. hmm, quite nice.

Saturday, October 07, 2006

out of boredom

imaginary. just dream.









kau datang lagi;
bergenang airmata kesyukuran;
kerana masih dapat bersua denganmu;
oh ramadhan..

;-
tadi siang udang galah. agak-agak kalau kita timbang kepala udang galah, sama tak dengan berat isinya. haha

Wednesday, October 04, 2006

tapak

" hari khamis nih, kita akan melawat matrikulasi"
"buat apa, cikgu?"
"kita lawat tapak"

tapak?

"tapak kaki. takkan semua tanak masuk universiti kot. mesti masuk matrikulasi dulu, kan"

Saturday, September 23, 2006

puasa ramadhan

today; saturday. sekolah ganti cuti sebab nak cuti awal akhir tahun nanti. aiya, kena pergi sekolah juga sebab belajar macam biasa. kalau tidak, ketinggalan silibus la aku. huhu. ingat nak ponteng je, haha.

by the way, nak ucap selamat berpuasa RAMADHAN esok hari. niat jangan lupa.

'ya Allah! jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. hapuskanlah dosaku, wahai Tuhan sekalian alam.'


esok ahad. nothin. nana; thank you!

Wednesday, September 20, 2006

child pornography

at least ONE million candles by December 31, 2006. together we can destroy the commercial viability of Internet child pornography sites that are destroying hte lives of innocent children. please support, hopefully.


enter the site and lit the candle

Monday, September 18, 2006

jus balqis

searching google. tengok-tengok jumpa jus nih. haha. ada juga letak jus nama nih. tapi simple jer. cuba lah kat rumah. haha. macam jus buah-buahan je.

bahan-bahan:
1 sudu jus limau nipis
3 sudu jus kurma
Sepotong buah tembikai
Sepotong buah nenas
1 batang lobak merah
sedikit air gula
ais yang dikisar

cara:
potong kecil buah-buahan dan kisarkan bersama jus. masukkan sedikit air gula dan dikisar lagi. hidangkan bersama ais kisar. sedap diminum ketika sejuk. haha.

Friday, September 15, 2006

15th sept; love this date

15th sept. happy birthday to balqis. thanks to all your wishes. really appreciate them. my birthday on school day. friday. haha. but anyway, ada jamuan choral speaking hari ini. so, kira celebrate my day skali la. ada nasi tomato ayam, sate, roti jala dan puding!

tolong ingatkan aku
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

tolong ingatkan aku
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

tolong ingatkan aku
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

tolong ingatkan aku
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

tolong ingatkan aku
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

tolong ingatkan aku
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

tolong ingatkan aku
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan

tolong yer ingatkan aku ;)

Sunday, September 10, 2006

save al-quds. palestin is ours!


8 september 06.
hi-tea malam kasih al-aqsa.
grand putra palace, kangar.

9 september 06.
konsert malam untukmu palestin bersama far-east dan alawi'.
dewan sekolah menengah kebangsaan syed putra, kangar.

infromation


the dome of the rock. not masjidil aqsa

Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa.



masjidil aqsa



save al-quds, palestin. they are ours! ISRAEL IS NOT REAL!.

Wednesday, September 06, 2006

choral speaking 06

this morning, had choral speaking competititon at dato' jaafar hassan school. quite nervous, because we have to be the second representative from 16 schools. first is smk agama perempuan kangar. huhu. but, we try our best on the stage. voice all out. haha.

don't expect we will win. last two years we got the second place. and this year, we won the first place. alhamdulillah, praise to ALLAH. penat jerit-jerit, tapi berbaloi.

we managed to rampas the trophy for the first time from smk agama arau (p). in fact, that school had won the trophy berturut-turut since choral speaking diperkenalkan. since when, don't know.

thought we will go to sabah if we win. don't know. thinking of sabah. haha. is that true? hmm, wait and see.

Thursday, August 31, 2006

selamat hari merdeka



happy independence day 49th to MALAYSIA.


31st August 1957, began the journey
towards freedom and greater heights
down came the Union Jack
and atop has remained
Majestic Jalur Gemilang

Hundreds of contigents
Thousand of proud participants
Took part in a mammoth event
Witnessed by enthusiastic spectators
All waving colourful flags and banners

Diplomats and dignitaries
State and Federal Ministers
Graced the momentous occasion
And honoured the historical event

As fighter jets soon passed
And helicopter spinned by
Patriotic poems and tunes were rendered
School children formed National Logo
Transforming the scene into a sea of colours
Bringing the patriotic favour to the pitch!

The National Day Celebration
Invoked in Malaysian many memories
Powerful, poignant yet sweet
Reminiscene of that 44 years ago
When Tunku shouted “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”


Tuesday, August 22, 2006

homeworkSS

holiday begin last friday evening. yeah, holiday. but, got a lot of homeworks to do. all works must be submit after the holiday ends. and less holiday will be enjoy, because of you homeworks. huhu.

got a folio chemistry must be done only a week. the folio is about the uses, manfacture and environmental issues of suphuric acid. go to surf them in the internet, copy and paste them in Microsoft Word. a bit done. haha. then, will add up a bit introduction and summary, bla, bla and bla.

want to go to kangar because i want to buy something there. i hope tomorrow, okey. got RM 1 free and 20 sms FREE from the hotlink. haha. and reedem another 200 FREE sms from the points.

if you want it, simply:
TYPE *100*4*2*1*1# and press CALL
if this doesnt work, i don' know. haha. but it works for me.

Monday, August 21, 2006

wedding siti nurhaliza


siti nurhaliza


siti nurhaliza dan datuk khalid



KUALA LUMPUR, 21 ogos 2006: Dengan sekali lafaz, Datuk Khalid Mohd Jiwa sah bergelar suami kepada penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin, pada upacara akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini semalam.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Kahwin, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Nasroddin Mat Daud tepat jam 11.35 pagi, dengan Mohd Radzuan Abdullah dan Ismail Noor sebagai saksi.

Siti, 27, yang mengenakan kurung moden putih lengkap bertudung rekaan Radzuan Radziwill, mulanya kelihatan tenang tetapi menitiskan air mata apabila bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapanya, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik selepas selesai upacara akad nikah.

Ketika majlis pertunangan yang penuh istiadat Melayu lengkap dengan berbalas pantun itu, Siti menerima sebentuk cincin Bvlgari yang disarungkan ibu mentuanya, Siti Zainab Hanafi.

Khalid menghadiahkan lima dulang hantaran merangkumi set barang kemas, jam tangan dan tas tangan, dibalas tujuh dulang hantaran oleh Siti. Semua hantaran digubah perunding perkahwinan, Datuk Rezza Shah dari Nusantara Gems Sdn Bhd.

Selesai majlis pertunangan, pasangan itu dibawa ke Dewan Solat Utama untuk upacara pernikahan yang turut disiarkan secara langsung menerusi stesen TV3 dan radio Hot FM.


sumber: berita harian

21 ogos hari al-aqsa sedunia. jangan lupa tarikh keramat ni ya.

21 ogos 1969; sorg penganut fahaman Zionis beragama Kristian dari Switzerland, Dennis Michael telah membakar sebahagian daripada ruang utama MASJID AL-AQSA. Antara yang mengalami kemusnahan dari tindakan ganas tersebut ialah mimbar masjid yang telah dibina semenjak zaman NURUDDIN AL-ZINKI dan pernah digunakan oleh SALAHUDDIN AL-AYUBI di zaman pemerintahannya. seharian suntuk, umat islam telah bertungkus-lumus bersama-sama memadamkn api dan juga menyelamatkn kesan2 sejarah di masjid tersebut.

bagi penjenayah yang telah bertanggungjawab membakar masjid al-aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Zionis kerana didapati "gila/tidak siuman" walaupun dari profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!!!

sebagai reaksi terhadap peristwa pembakaran tersbut, negara-negara ISLAM telah bersetuju menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan Masjid al-aqsa sebagai isu utama umat islam sedunia. semenjak hari itu jugalah, 21 ogos dianggap sebagai hari memperingati masjid al-aqsa sedunia. sayangnya, sehingga kini bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikn oleh OIC, malah isu masjid al-aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh umt Islam terpinggir dari agenda OIC.

bagaikan tiada peliknya jika kita mendapati bahawa majoriti anak-anak muda dan juga generasi tua sekali pun tidak tahu menahu bahawa Masjid al-aqsa pernah dibakar pada tahun 1969. lebih menggerunkan lagi ramai yang kurang mengambil peduli tentang ancaman penggans yahudi untuk menawan Masjid al-aqsa semenjak awal tahun 2005 ini, sesungguhnya, sejak JUN yang lalu umt islm di palestin tidak dpt mendirikan solat jumaat di masjid al-aqsa kerana telah ditawan SEPENUHNYA oleh rejim yahudi. presiden israel iaitu ehud olmert yang merupakan rakan baik kepada kumpulan ekstremis yahudi telah berjanji kepada mereka bahawa MASJIDIL AQSA AKAN DIROBOHKN SEBELUM TAHUN 2007 DAN KUIL YAHUDI AKAN DIBINA. atas kesedaran inilah, mulai dengan anda sendiri, ketahuilah sejarah dan maklumat berkaitn sejarah Palestin dan sejarah Masjid al-aqsa khususnya. persiapkanlah diri anda untuk menyahut seruan jihad jika ianya dilaungkan demi mpertahankan masjid al-aqsa. sesungguhnya, MASJIDIL AQSA IS VERY IMPORTANT TO US

Wednesday, August 09, 2006

love mother



9 ogos 2006. 51 years old.
selamat hari lahir, ummi. smuga panjang umur dan diberkati ALLAH senantiasa.

Sunday, August 06, 2006

samson - kenangan terindah

haha, lagu nih BARU famous kat sekolah. orang tau lama dah, kesian diorang. haha. best lah gak =D. lagu indonesia nih kadang-kadang best gak kan, even ada words dia yang tak faham pun. i put this song as my background song. haha...love it. ingat upload dia bengong tak jadi. try tadi, kluar pulak. apa pun, kenangan terindah.. lalala

tiada kena-mengena antara yang hidup dan yang mati.. hehe =D

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati..
Wooo
( Begitu engkaulah; cinta sejati )

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah



apa usaha kita menentang zionis?

Sunday, July 30, 2006

love you, father

30 july 2006. 54 years old.
happy birthday, ayah. smuga panjang umur dan diberkati ALLAh slalu.



ayah sungguh baik,
kasihmu melimpah di hidupku,
ayah, ku berterima kasih ,
berkatmu hari ini,
yang ayah sediakan bagiku,
kunaikkan syukurku,
buat masa yang kau beri,
tak habis-habisnya,
kasih dan doamu,
selalu baru dan tak pernah,
terlambat pertolonganmu,
besar setiamu,
di sepanjang hidupku


Wednesday, July 26, 2006

from israel to lebanon

what CNN never shows you





Monday, July 17, 2006: Kiryat shmona
Israeli girls write messages on a shell at a heavy artillery position firing into civilians inside Lebanon
(AP Photo/Sebastian Scheiner)

Monday, July 17, 2006:
South Lebanon: A Lebanese Child Receiving the message from the Israeli girls!

West Supporting The Israeli Measured Response!
Boycott Israel and America Product from NOW!!

Monday, July 24, 2006

anak datuk k

semalam, jalan2 tengok blog orang. jumpa cerita nih pasal anak datuk k...

quote from xazuru,
people from yesterday always think that a 'mak tiri' is a bad person and knows only to ask you wash the dishes and tidy up the house. They have been brainwashed with Cindrella and Snow White.

Anyway, mak tiri nowadays may not be that bad. However, if you know the truth the 'mak tiri' is stealing ur dad and happiness from your mom, no one should feel OK about that.

But for CT.. I don't know whether he stole Datuk K from his wife or not. Eventhough they divorced last year.. that doesn't mean that Datuk K is a noble 'duda'.

Maybe Datuk K and CT relationship that makes the couple break up.. maybe not. However, I don't know the truth.. maybe someone out there should enlighten me.

When I searched Youtube for some clips regarding this new couple.. I found out that they both love each other. And when the media asked them about what part that they like each other..

Dato K said.. something like "I like her".. hehe.. speechless with so much media. I wonder if businessman with millions of ringgit still not be able to control their speech in front of media.

and when the media asked CT about parts that she liked about him.. she said something like.. "I like the way he loves his children". and that makes people asking what type of love that he gave to his son.

Coz at least 30% of married man around pentas sunda may have dreamt (or at least day dream) about marrying CT. So they're checking whether they're still in the business.(on wooing celebs).

So they start searching for that old chap dato K's son in the net.. and found out some of his son's picture. and here it is...



anak datuk k-
-anak datuk k

Tuesday, July 11, 2006

FIFA WORLD CUP 2006

italy won..

Members of the Italy team pose with the World Cup Trophy after their World Cup 2006 final soccer match against France in Berlin July 9, 2006.

hmm.. aku sempat tengok takat 1-1 jer. Lepas tuh, tertidur, esok skolah laa. kalau tidak mesti aku tengok sampai habis dah. apa pun, aku tak sokong mana2 kumpulan pun. sokong yang menang jela, HAHA! congrats, ITALY won!!

baru2 ni, ade terjumpa satu icon ni, pasal Zidane dan Materazzi. betul2 sama macam diorang.

Saturday, July 08, 2006

couple birthday

share-share yer

6 july 2006. 27 years old.
selamat hari lahir, abang saif smoga panjang umur dan diberkati Allah

12 july 2006. 17 years old.
happy birthday, denz smuga menjadi hafiz yang berjaya dan cita-cita tercapai. insha Allah

-kek share dua orang -

Sunday, July 02, 2006

untitled

arinih tertido lepas subuh. 'ter', orang tak sengaja . syaitan kacau nih, isk3x. umi selalu kata:
"tidur lepas subuh, tak elok. karang kurang rezeki. baca ma'thurat tuh, jangan lupe. 15 minit aje kalu tak buat benda lain"


morning
ayah, aisyah dan aminah pergi jenjalan. dorang maybe pergi terengganu dan KL. huhu, sedey xleh ikut . esok skolah la. diorang pergi empat hari kot. balik hari rabu nih, 6 july 2006. ayah nak lawat student2 dia kat tempat praktikal. best laa. boleh jenjalan sikit.

1-2 julai 2006. karnival jom heboh tv3 kat stadium kangar, perlis. tak pegi pun, rasenyer pameran gitu jer kot. buat dua kali dah kan. tapi, teringin la gak nak pegi . haram tak?

arituh, pegi pesta buku kat dewan warisan pun, tak best sangat. sekejap sangat, alih-alih dah pusing satu dewan tuh . buku pun beli majalah MOY Publication yang seringgit satu . Yang stok lama-lama, dapat percuma satu buku lagi. Hahah Nakal gak nih, nak percuma jer!

umi dan kakak pergi klinik menon. umar demam la pulak . kesian dia, menangis jer tadi. tengok temperature dia pagi tadi 38.8 celcius. naik lah sikit. kakak pesan tadi, jangan main komputer tuh sangat. hehe .

umar comel



aku kat umah skarang nih. sorang2 nakal nih. mengadap komputer la. tadi dah buat keje dah. homework rasenyer dah siap dah, cuma tinggal biologi. aku takde buku rujukan, so nanti pergi sekolah boleh buat nota biologi tuh. dah la sudah boring nih.

buat keje