7 dis
sampai stesen kluang. perlis jumpa dengan team johor dan kelantan. negeri lain, tempat lain. memang rahsia betul; hint pun tak dikasi tahu. disebabkan bilangan perlis dan kelantan sikit, kitorang digabungkan menjadi satu team; pertan. johor still satu team. kemudian diarahkan menjual barang bernilai 300 (sudah diinform kena bawa setiap negeri) di bandar KLUANG untuk mendapatkan kembali duit; makan. semua kena buat sendiri, takde orang blanja. berdasarkan hasil jualan barang itu sahaja! tanggung fasilitator pulak tu, hehe ;D
habis jual-jual, diberi satu klu untuk ke simpang renggam. naik bas, bertolak ke sana. ada pakcik ambil dan bawa ke renggam; rumah seorang atuk ni. kat sana, musang berjanggut pula. ditugaskan memasak ape-ape je dengan barang yang dikasi dalam uncang. hmm, masak la! sedap!! aku tak pandai sangat, tapi best, tolong-tolong orang ni (alasan plak, heh). ramai-ramai buat macam sekejap je, kan korang?
8dis
kitorang kena rancang satu program untuk remaja/budak2. so, kena carilah budak2 kat situ dan ajak diorang pegi program 'xpert junior'. hehe, dalam pukul 2 ada budak-budak datang kat rumah atuk ni. kami ingatkan nak join program xpert junior, tengok-tengok budak2 tu terus meluru masuk rumah atuk. la, budak2 kampung datang mengaji. laju gle masuk, tekejut sebab tak sangka. lawak pun ada bila teringat balik, haha ;D. then, kami pun try-try la ajak budak-budak tu join program. sebab takde orang datang program kami, frust. tanya atuk, dia kata boleh je. akhirnya, dapat juga menarik diorang join program, sebab kata ada game. hahaha
then, suruh budak-budak tu balik rumah minta izin nak datang program sampai malam. takut mak bapa diorang risau pulak tak balik lepas mengaji, ish. ish. habis imej KRJ nanti, heh. berlari-lari semua balik rumah, best tengok! memang semangat gle budak-budak nih berlari. terharu pulak, hahaha.
seorang budak datang balik;
mak tak kasi datang, sebab main gamekate kat dia;
hah? (alamak, kantoi) kata kat mak, ni ada program budak-budak kat rumah atuk esah. nak pergi, best sangat!petang. program bermula. hmm, malas nak cite panjang2. ringkas2 sudah, ye.
; balloon madness. ikat belon sebelah kaki, pastu main pijak-pijak belon orang lain. pecah? kalah la!
; topi beracun. tak reti nak describe, hahah
; selimut minda. yang ni memang best sangat. gamat satu rumah, suara budak-budak laki nih. berebut-rebut nak duduk, sekali turun selimut, GELAK je terkeluar. aiseh..
; solat berjemaah. nasib ada budak yang dah besar sikit, boleh jadi imam. ada waktu solat isya, ada sorang budak tu silap.
imam; "alhamdulillahirabbil alamin"
dia; "aamin"
imam; "arrahmanirrahim"
dia tambah budak lain mengikut; "aamin"
aduh, sakit perut gelak di belakang. habis lah, ajaran sesat mana ni. mungkin tersilap kot, takpe2 habis solat kita tegur. sepuluh malam; habis program. eh, ada lagi. acara menghantar budak-budak balik rumah masing-masing, seronok jalan malam-malam ;D. depan rumah, mak bapa tunggu dah. risau anak-anak diorang tak balik lagi. atuk cakap kawasan tu, memang mak bapa risau kalau budak-budak tak balik sebelum pukul 9 malam. ada anjing, bahaya jugak. alhamdulillah, tadi masa hantar tiada seekor pun yang muncul. kecut jugak kalau ade, kan? goodbye, adik-adik. mesti rindu kat korang, huhu.
9dis
cari klu seterusnya. naik bas; pergi ke larkin. kat stesen bas tu, jumpa klu. agak susah! kak fasi bagi klu; suruh gabung dengan team negeri lain. gabung2 klu, kena pergi ke TIRAM INDAH VILLAGE. naik bas ramai-ramai. pack! sampai kat sana, baru jumpa dengan semua team setiap negeri. kl, perak, negeri9, selangor, johor. ade lagi ke? lupa dah..
petang. mp3/trekking. best; lain sikit dari yang lain. aku tak penah pegi xrek; maybe lain sikit. ambil wudhu' dalam sungai, basuh je semua! first time solat atas rumput mengadap matahari. masyaallah; indahnya alam ciptaan Tuhan! sakit jugak tercucuk rumput-rumput yang agak tajam nih, huhu. ALLAHUAKBAR!! malam. ada program akademi realiti a.k. a persembahan kumpulan ;D
10 dis
salam-salam semua. maafkan aku yer, korang! 'pertan' (perlis dan kelantan) dapat naib johan dalam kumpulan terbaik, TAHNIAH! balik perlis pukul 10 malam; naik bas. masalah. kena tukar seat depan; betul2 belakang driver. ala, nak tidur tak boleh. depan driver ada back mirror pulak, haha. kantoi karang, habis. balik perlis; pukul 10 pagi.
; haha; bape lama baca? malas sebenarnya nak tulis; tapi dah tulis sekerat. sambung je la bagi perabis, huhu
No comments:
Post a Comment