Sponsored

Monday, August 21, 2006

wedding siti nurhaliza


siti nurhaliza


siti nurhaliza dan datuk khalid



KUALA LUMPUR, 21 ogos 2006: Dengan sekali lafaz, Datuk Khalid Mohd Jiwa sah bergelar suami kepada penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin, pada upacara akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini semalam.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Kahwin, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Nasroddin Mat Daud tepat jam 11.35 pagi, dengan Mohd Radzuan Abdullah dan Ismail Noor sebagai saksi.

Siti, 27, yang mengenakan kurung moden putih lengkap bertudung rekaan Radzuan Radziwill, mulanya kelihatan tenang tetapi menitiskan air mata apabila bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapanya, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik selepas selesai upacara akad nikah.

Ketika majlis pertunangan yang penuh istiadat Melayu lengkap dengan berbalas pantun itu, Siti menerima sebentuk cincin Bvlgari yang disarungkan ibu mentuanya, Siti Zainab Hanafi.

Khalid menghadiahkan lima dulang hantaran merangkumi set barang kemas, jam tangan dan tas tangan, dibalas tujuh dulang hantaran oleh Siti. Semua hantaran digubah perunding perkahwinan, Datuk Rezza Shah dari Nusantara Gems Sdn Bhd.

Selesai majlis pertunangan, pasangan itu dibawa ke Dewan Solat Utama untuk upacara pernikahan yang turut disiarkan secara langsung menerusi stesen TV3 dan radio Hot FM.


sumber: berita harian

21 ogos hari al-aqsa sedunia. jangan lupa tarikh keramat ni ya.

21 ogos 1969; sorg penganut fahaman Zionis beragama Kristian dari Switzerland, Dennis Michael telah membakar sebahagian daripada ruang utama MASJID AL-AQSA. Antara yang mengalami kemusnahan dari tindakan ganas tersebut ialah mimbar masjid yang telah dibina semenjak zaman NURUDDIN AL-ZINKI dan pernah digunakan oleh SALAHUDDIN AL-AYUBI di zaman pemerintahannya. seharian suntuk, umat islam telah bertungkus-lumus bersama-sama memadamkn api dan juga menyelamatkn kesan2 sejarah di masjid tersebut.

bagi penjenayah yang telah bertanggungjawab membakar masjid al-aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Zionis kerana didapati "gila/tidak siuman" walaupun dari profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!!!

sebagai reaksi terhadap peristwa pembakaran tersbut, negara-negara ISLAM telah bersetuju menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan Masjid al-aqsa sebagai isu utama umat islam sedunia. semenjak hari itu jugalah, 21 ogos dianggap sebagai hari memperingati masjid al-aqsa sedunia. sayangnya, sehingga kini bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikn oleh OIC, malah isu masjid al-aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh umt Islam terpinggir dari agenda OIC.

bagaikan tiada peliknya jika kita mendapati bahawa majoriti anak-anak muda dan juga generasi tua sekali pun tidak tahu menahu bahawa Masjid al-aqsa pernah dibakar pada tahun 1969. lebih menggerunkan lagi ramai yang kurang mengambil peduli tentang ancaman penggans yahudi untuk menawan Masjid al-aqsa semenjak awal tahun 2005 ini, sesungguhnya, sejak JUN yang lalu umt islm di palestin tidak dpt mendirikan solat jumaat di masjid al-aqsa kerana telah ditawan SEPENUHNYA oleh rejim yahudi. presiden israel iaitu ehud olmert yang merupakan rakan baik kepada kumpulan ekstremis yahudi telah berjanji kepada mereka bahawa MASJIDIL AQSA AKAN DIROBOHKN SEBELUM TAHUN 2007 DAN KUIL YAHUDI AKAN DIBINA. atas kesedaran inilah, mulai dengan anda sendiri, ketahuilah sejarah dan maklumat berkaitn sejarah Palestin dan sejarah Masjid al-aqsa khususnya. persiapkanlah diri anda untuk menyahut seruan jihad jika ianya dilaungkan demi mpertahankan masjid al-aqsa. sesungguhnya, MASJIDIL AQSA IS VERY IMPORTANT TO US

No comments: