Sponsored

Thursday, December 03, 2009

pagi petang jangan lupa baca mathurat.



sanah hilwah, ukhti!

selamat hari lahir,
buat kakakku yang menggelarkan dirinya cik sakura~
iringan doa ku hulur.
bertemankan senyuman yang paling comel.
bersyukurlah keatas-Nya.
atas nikmat usia yang ke 23 ini yep!


jual pinkartun. 1 ketul rm2.50 sahaje!


cik sakura berposing dengan pinkartun-nya

smoga dimurahkan rezki *cepat kaye, ha3* & dipermudahkan bisnes onedroperfume dan pinkartun tuhh. lepas tu, ingatla adik perempuan-mu yang perasan comel ni =D

;
tengahari tadi, aku tertidur atas sofa kat ruang tamu. tiba-tiba dengar orang jerit-jerit.

ULAR! ULAR!

HaH?! kat mane? terus aku terjaga dan tengok ular tu dah ade kat bawah almari hitam kat ruang tamu. kurang 6m je dari tempat aku tertidur tadi. panjangnya mak aihhh, sangatla panjang dan sangatlah hitam. geli tengok bila dia gerak-gerakkan ekornya yang 'slim' itu.


ayah mane, ayah?
taktahu.
kat masjid.
abang mane?
call ayah! call ayah!

dalam 10minit sebelum ayah & abang saif balik, kami yang di rumah ni (aku, afa, cik sakura, kak najah, kak neni, ibah & tasneem) jadilah pemerhati sambil cubalah untuk menghalau ular tu keluar. afa pula pergi cari kayu/besi untuk dibuat perisai nak pukul ular tu nanti.
ular tu salin kulit kat tepi bilik umi -kate kak neni
uishh, da bape lama la ular tu duduk sini. astaghfirullah, tu la lame tak bace mathurat pagi-pagi. *iskk*



alhamdulillah akhirnya, ular hitam-panjang itu berjaye dibunuh dalam sesi pukul-memukul oleh ayah & abg saif juga atas pertolongan afa yang mengangkutnya ke atas jalan.

5hb nanti dah nak balik Glenview, Pandan Indah untuk start sem yang ke II bagi year 1 students. doakan aku bermujahadah di sana ye! tiada lagi gangguan skrin putih ini, haha =D

Thursday, November 26, 2009

aidiladha menjelma selepas..

..aidilfitri. haha =P

esok, 10 zulhijjah adalah hari raya aidiladha. raikanlah ia semeriah yang mungkin sepertimana hari raya aidilfitri. umi cakap, nak buat nasi minyak untuk menu esok. hoho, mesti sedapp~

diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud:
sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri
ni, ade ole-ole dari aku untuk sume. amekla buat wallpaper ke ape ke.


takpasti masjid ape. he =D

salam aidiladha buat famili kakak & aisyah di perantauan tu. camne sane?


http://gifts-shoppe.blogspot.com

cik sakura, tak bergerak la gambar ni. dah save sebagai .gif thru photoshop cs4 still tak menjadi lagik. hu, taktau nak watpe dah.

Tuesday, November 24, 2009

sape nak wangi?


pewangi satu titik

badan bau busuk sangat2?
gunalah-
ONE DROP PERFUME
gifts-shoppe

Thursday, November 19, 2009

sem I : habis


pagi191109

rindu dengan nasi lemak bungkus kat rumah. kalau kat Pandan, selalunya aku makan yang dalam polisterin. yang seronoknya, kadang-kadang boleh buat 2 in 1 (nasi goreng + maggi goreng) =D

NEWS - I've bought new spectacles! ape orang kate, bingkai petak SEPARUH? ape-ape jela. kesimpulannya, aku harus makan banyak CARROT untuk mata sebab power naik. hu, sedih~

sem I dah tamat. balik rumah takpayah lagi nak bawak balik sameh doss atau guyton yang berat itu. tapi kan, kenapa beg aku still berat eh? konpius =S

mase balik naik tren ritu, opposite katil aku ade these two guys. mulanya tak perasan pun sape sebab aku dah tutup langsir-bergelap =P tetibe, terdengar suara-suara yang pada mulanya aku ingatkan bahasa india, rupa-rupanya bahasa JEPUN-la! gaya japanese ni cakap rupa-rupanya takdela sebutir-sebutir macam yang selalu dok tengok drama tu. dah biasa kan~

terus aku mesej seseorang itu. haha, jeles tak? dia suruh aku cakap dengan japanese tu. tapi..
aku : komunikasi tak berjaye. ha3.
D : tula, haritu orang suruh belaja, tanak =P
malas ar, baik tido.


malam perdana siswa 2009. tema: biruhitam


p/s: tasneem da pandai panggil cikqih. suka2 =D

Friday, September 25, 2009

kuih bangkit sedap.


tak jumpe usb kamera, lenkali upload gambar

I went back to Perlis yesterday after having 5-day Raya at Terengganu. All the family memebers were having funs. Kak Neni (maid) pun ikut same memandangkan si Ibah takleh nak berenggang dengan bestfren-nya tu.

Ohh, tak lupe juge kakak & aisyah! How the Raya's celebration at overseas?


da memorious EVENTS at Terengganu
- I've got a lot of duit rayas $$$! Loved it as just got +6k in the bank. OKB la~
- Shopping on the night before Raya. The bazar beside the Astaka Mall was very crowded with PEOPLES!
- Got to wander around, jalan-jalan and I must say I like it.
- Went to a beach at Dungun. I forgot the name, hehe. Unfortunately, Umi doesnt gave her permission for us to went into the sea. Anyway, berposing jela berlatarbelakangkan air laut yang biru kehijauan.
- Spent 3 nights at Sumah's NEW house (adik ayah) at Wakaf Beruas.
- Met my cousinss from Terengganu, KL & Kelantan but I forgot some of their names =P. My cousin from my ayah's side is only one and definitely I wouldnt forget it, ne~

- Overslept during Raya's khutbah. *astaghfirullah*
- Abg Saif's and family got into accident at Bandar Jeli. Luckily, none of them got injured just only the ekzos tercabut.
- Jalan Gerik-Jeli yang berlekor-lekor (bukan keropok lekor ye!) sampai pening kepala aku dibuatnye. On the way back to Perlis, I slept throughout this lekor-lekor way until my dad asked why I slept too much!


Anyways, not too late to say now on the 6th day;
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI too all Muslims out there!
dont forget to do 6 days Syawal after this ye!

I should be packing by now.. and have to go STUDY!

Thursday, August 13, 2009

back home.

when I'm at home this week:


1. HAVE to read books. exam is just around the corner when I'm back to Pandan.
2. kept visiting 'dapur' and have a look for food. nothing else.
3. kept opening the refrigerator & eat the chocolates that umi brought home.
4. no internet connections at home.
5. let all the musics in the laptop playing by itself.
6. baring-baring.
7. watched Syurga Cinta with Ibah & Kak Neni. afterwards, I got dizzy (dunno why)
8. sleep?
9. searching for titas (tamadun islam & tamadun asia) assignments. anyone can help? the title is pandangan tamadun melayu dalam kesenian.
10. online today thru broadband. haha =D
and the list keep growing.

astaghfirullahalazim~
note to self: reduce the not-so-important works.

[edit 15/8] one month later is my day~


credits to here

did you notice.
that
Ramadhan is coming near?
ahlan wasahlan ya Ramadhan!

ohh! balik malam sabtu nanti beg berat sangat. itula, tak pandai budget buku2 yang perlu dibawa pulang ke rumah untuk dibaca. walaupun beg boleh tarik (ala budak2 itu), tapi nak naik tangga banyak nanti. habisla lenguh biceps brachii-ku nanti.

p/s: minggu depan, exam anatomi & histologi. doakan ya! =D

Sunday, August 09, 2009

pulang kali pertama.

yesterday.
there have been held interfaculty scrabble competition by FPSK students specifically at 11th floor. I am one of the participant for the second round and actually this is my first time playing scrabble with people watching arounds. I'm quite nervous, once I shaked my hand (hopefully no one noticed =P) and the piece of scrabbles scramble up. lol, I'm so nervous nahh~ then afterwards, I tried to calm myself until the end but unluckily I dont manage to win the game. hahaha =D at the first round I'd lost! not to say quarter, semi final and the final though!

after finished playing the game, I dont watch the quarter & afterwards but went to the 9th floor instead to watch movies provided. It was 'Knowing'; the not-so-thriller movie, but kinda 'seram' a bit. about 3pm, went back to Glenview apartment (I know the name sounds a bit exclusive) & packed to go back home.

the route from my apartment to Pudu Station:
Glenview -> take taxi (about >rm6) to Cempaka LRT
from Cempaka LRT go to Plaza Rakyat LRT (rm2.40)
at Plaza Rakyat, walk to Pudu Terminal. Plaza Rakyat is just behind The Pudu Terminal.

at Puduraya, it was FULL of people. oh NO, H1N1! I dont wear my mask; just being lazy. & I just read the news that Pudu is one place of the most theft cases happen. my umi kept reminded me:
DONT BE TOO OVERCONFIDENT -
hehehe =D atau kalo nak terjemahkannya: jangan balik sorang!

so, my plan?
- act cool (perlu ke?)
- take care of my belongings.
- dont trust strangers.
- try to walk in groups if can. alone is a NO-NO. if only in desperate cases.

OH, hey people! Its my mum's birthday today!

Wednesday, June 24, 2009

berat hati mahu pergi

perhatian: pesta buku PERLIS dah bermula semalam, 23jun & akan berakhir 29jun. jom pakat mai perlis ramai-ramai. sape yang dok utara, maila turun padang meriahkan-nya.
rasa malas nak kemas beg, tapi apakan daya hanya tinggal sehari je sebelum aku bertolak ke sana (baca: USIM). 1 beg kotak dah siap packing, beg travel masih boleh sumbat barang lagi; toiletries, stationaries, buku2, bla bla bla.

doakan kesejahteraan aku di sana ye!

semoga apa sahaja ilmu yang aku studi nanti dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharianku, insyaAllah. & aku harap dapat berkongsi ilmuku dengan orang lain =). Ya Allah, berikanlah aku kebijaksanaan itu~

Tuesday, June 16, 2009

dia buat aku terharu.


dia : sdey weh. aku taklepas. ko dpt cgpa bape.
aku : alhmdulillah. aku ___. ko nanges ke? *soklan bengong*
dia : aku nangis le kak. sedey gle xtaklepas.

5 hari lepas tu.

aku : ko amcm?
dia : amcm ape. surt twrn ea?
aku : iyepla. camne. bez?
dia : alhamdulillah, aku dapat (smbung medic)!
aku : bla bla bla. terharu aku =D

ALHAMDULILLAH, aku tumpang gembira kat dia (baca : A). sememangnya, A layak sangat (struggle better) berbanding aku. aku nampak perubahan A ketara lepas result sem I keluar.

*flashback*
aku amek result sem I sama dengan A kat pejabat tamhidi. aku ingat, A tanak bagitau aku result dia (yang aku rasa ok lagi la).mase kitorang stop kat kafeteria, aku nampak A nangis masa call parents dia. huhu.

masuk sem II.
especially mase lecture CHEM, puan J selalu 'attack' students dengan soalan2 dia. ade yang memang dah kasi sehari sebelum tu ataupun on the spot. aku yang sememangnya lemah bab-bab ni selalu la berdoa aku tak kena jawab. hahaha. & yang beznya, A duduk depan aku. kalo kena jawab ke..

"A.. A.. camne ni..?" - malasnya aku. hahaha =D

tutorial CHEM pun kengkadang; aku kagum. dia selalu siapkan awal-awal & beznya kadang2 tu boleh tiru dia. hehe, takut nanti Puan L marah kalo tak siapkan tutorial. dan A sememangnya boleh diharap. hehe, thanks very much!

masa result MUET diumumkan keluar, result A entah camne terstuck. check guna SMS pun takboleh. tiada data kot. & another one, A nangis (takdela banyak, coverla sikit =P) aku suggest kat A, try la check guna internet. lepas check, tengok2 A dapat four! senang hati~ aku yang dapat sikit lagi ni pun, boleh buat muka selamba je. haha; aku memang muka takde perasaan.


flail!


NEXTTT.

bengang dengan posmen yang suke hantar surat lambat. aku taktahu samada dia suka simpan surat biar banyak2 baru hantar ataupun dia sememangnya malas~. ayah aku pun dah komen pasal tabiat si posmen ni. takkanla tak serik kena marah, haiya. tahu tak, kamu telah membuatkan banyak orang saspen dan risau.

tapi,
nasib baik surat yang ditunggu-tunggu aku sampai juga semalam. kalau tak, kena serbu pejabat pos la. bla bla bla~ takpe, saya maafkan harini kerana saya gembira sudah~



lepas ni:

- tentang baju taaruf ni pun satu, USIM oh USIM. jangan la menyusahkan students2 kamu. last year untuk tamhidi, baju taaruf kitorang kaler ungu. tahun ni; BIRU pulak!
- tunggu tawaran biasiswa JPA dibukak akhir Jun ni pastu try serbu masuk. sape ade info, kasitaulah yek!

Tuesday, June 09, 2009

penantian itu satu penyeksaan

at 1530 he came.

ALHAMDULILLAH! (:


syukran Ya Allah~!

Sunday, June 07, 2009

biskut cicah tehais

location: iqra'books
bgmusic: sinarfm kedai hafifah bukak. sengal.

huhu, lama dah aku tak menulis. rasa nak berkarat dah otak ni. beku and jammed segalanya bagai.

sekarang ni, aku tengah mnikmati hidangan jimat orang malas order makann. senang-senang beli je biskut julie's yang ade krim ke butter ke pastu order teh ais bungkus satu! takdela penat nak mnunggu nasi atau mi atau bihun atau MAGGI dimasak di kedai. entah kenapa aku rasa malas pulak nak makan benda2 berat macamtu kalo aku duduk sorang2. tapi, kalau duduk rumahku syurgaku; aku la yang makan banyakkk sekali. lagi-lagi, kalau ade sambal tumis atau air asam, tambah 30 eh 3 kali pun takpe~!

keje harini, aku ganti 1. juwairiyah (pekerja baru) balik kampung. 2. abg saif n kak najah balik pinang 3. kak ina pula staff malam. iqra'books kurang pulak orang harini; emel order tshirtlabuh pun tak rancak seperti biasa. ordernya berjalan tapi yang nak packing2 takde. bosan pulak takde keje nak buat, hehe (aku kan workaholic, kata aminah). maka, aku pun mem'buang masa' dengan jayanya; alahaii.. (termasuk la publish new post ni, hehehe *evil laugh*)

tetiba, ade satu suara berkata-kata:
"oiii.. sapula sampah ke. buat banner buku ke. kemas2 buku ke...."

Okay. okay. back to work. hancuslah sape dapat pekerja seperti aku =P


p/s: hm, bilala pakcik posmen ni nak sampai eh?

Friday, May 29, 2009

aahhhhhhhhhh!

yang TAKKK SUKEE.


surat buat hati tkejut. orang kata kalo PLKN kumpulan III tinggal budak nakal2 je. aiyak!


p/s I : petang ni, aku & famili akan bertolak ke KL. YAY! journey one week rasanya. tagboard akan dijawab nanti coz kemalasan melanda.
p/s II : doakan result sem2 aku ye!

Friday, May 08, 2009

iklan = ads




http://quran2u.blogspot.com
hadiahkan al-quran untuk yang tersayang~ kalo tanak pon, hadiahkan je kat diri sendiri. bertambah semangat anda nak mentadabbur al-quran, iye tak? hehe =P


http://bukuonline2u.blogspot.com/
manfaatkan masa lapang anda dengan membaca buku-buku yang berilmiah. permulaan ayat al-quran pun menganjurkan kita membaca, kan~


http://tshirtlabuhmuslimah.blogspot.com/
tshirt labuh sesuai untuk dipakai ke mana saja. sangat komfit dan selesa~!

Monday, April 27, 2009

way back home


25/4/09
*stand by me ~ SHINee berbunyi.

aku : hello
mereka : ha, kami dah sampai, blok yang mane?
aku : yang depan ni. straight je, tepi kedai makan tu.

sebelum tu, aku dah berhempas-pulas mengangkut beg + kotak turun naik 5 tingkat. huh, penat! ape yang bawa pun taktaula. hm, bye2 camelia court~ lepas amik aku, terus pergi UPM nak check-in bilik tetamu. kami tido sini memandangkan intekma uitm dah penuh. boleh dikatakan besar untuk 2 bilik 4 orang dan rasanya 80 semalam agak berpatutan.


lepas check-in dan angkut barang naik, terus menuju ke MINES. he, aku berkenan sandal caspia; terus amek untuk ganti sandalku yang hilang di masjid india.


aqih's : WHITE + umi's : RED


after that, amek denz kat ktm serdang dan terus pergi makan kat restoran nasi kandar maulana.

26/4/09
siap-siap sarapan, ayah pergi meeting. kami berlima berjalan kaki ke komuter serdang untuk ke stesen putra. guess where? KLIBF09! ronda-ronda tanpa hala tuju yang pasti, hahaha. aku berjaya meredah lautan manusia yang bersesak-sesak di booth gempak. huh, macam tak biasa pulak berebut bas kat nilai. random je sambar komik 2 buah semata-mata nak dapatkan paperbag gempak yang comel itu.


kanak-kanak ribena


lepas masuk booth dewan bahasa dan pustaka, afa muncul dari entah mana.

afa : habiburrahman..
aku : katne2. nak2!
afa : hidayah


erk, ade rupa macam ayah tak? he :D


tengahari, lapar -> makan kat situ je senang; walaupun harga burgernya 3 ringgit sebungkus. malam tu, baru buka handphone sebab bateri habis.
ko tengah makan kat tempat makan pwtc ke?
erkk!

27/4/09
kemas-kemas barang today coz we're gettin' back to perlis. umi n ayah nak singgah rumah besan, dua2 di shah alam. umar, fatimah n kakak nak balik perlis jugak seminggu. kakak dan fams nak pegi france dah, nanti rindu kat sini plak. kan? along nak sambung studi kat university of burgundy. hu, bestnya pergi luar negara. otw back home, singgah radix chicken house makan malam di.. PERLIS! haha, nak sampai rumah dah pun, gigih nak makan kat luar jugak. tapi, ayam goreng dan air jambu batunya sedap sangatt!

more soon..

Wednesday, February 25, 2009

try p0st.

cubaan untuk guna handset utk mlayari intnet. tak payah bayar pun, absolutely FREE je. tapi, just untuk tengok2 berita atau tengok website yang simple-simple. yang berat, loading lambat dan kadang-kadang tak load pun. tapi, yang pentingnya boleh guna tu pun dah kira OK~

air kt rumah takde, tensi0n btul! apartmen camellia buat repair paip apela, kononnya sempena minggu integriti. huhu. es0k terpaksa la aku tumpang mandi rumah kawan. huhu.

Saturday, January 31, 2009

a week holiday

quick update. dah bersawang pun. malas nak cuci. hahaha :D

balik rumah seminggu. maybe sebab aircond bas sejuk sangat, aku selsema & sakit tekak. ditambah dengan di rumah ade sesorang di bilikku yang batuk2 & selsema menyebarkan virus-nya kepadaku. haha :P

pegi kenduri. makan-makan ais kacang, laksa and agar-agar. not to mention, ikan keli though.

streamyx yang buat hal tak boleh blah. aku balik, mesti je takleh nak connect internet. ape nehh~

just study a bit though exam is just after the holidays. aku sentiasa ter-ralit dengan benda lain yang lebih menarik. hehe :)

beli stationaries baru, nak exam kene guna yang best2. karang, tak semangat nak menjawab, kan? tapi, pencilbox tak jumpa.

tukar bateri handset baru. yang lama, sudah 'kong', orang mesej/telefon je, mati. handset baru?

nak balik dah ni. umi dah masak sedap2. yes!