Sponsored

Friday, May 21, 2010

kalau blackout, korang buat ape?

hitam = black

hm, dah lama rumah tak blackout. kalau tak silap, paling akhir blackout ada la dalam 2 bulan lepas. tapi itu pun sekejap je. oh ye, tak lupa juga masa glenview villa (GV) blackout. bila eh? hmm, da tak ingat. nasib baik masa tu, aku ada di rumah. ada budak-budak lain masih di kampus menghadiri satu program majlis perwakilan pelajar (MPP); erk, kantoi ponteng! :) masa blackout tu, aku tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan apartment GV yang mempunyai 16 tingkat tu bergelap. camne orang nak naik lif? camne dengan pintu pagar automatik-nya? hmm, susah juga bila elektrik takde ye~

masa blackout tu, sekejap aku keluar bilik, sekejap masuk bilik. tak ada benda nak dibuat. bila dah masuk bilik, buka tingkap luas-luas (tingkat 15, pencuri tak masuk ikut tingkap kot) dengan harapan angin sejuk dapat masuk untuk menggantikan kipas yang tak berfungsi sementara waktu. bila rasa dah OK sikit, baring atas katil diam-diam & pura-pura tutup mata. ho, ape boleh di buat masa blackout ni? tengok TV tak boleh, masak air takboleh, nak baca buku pun takboleh. adehh~

baru-baru ni, sajelah tanya soalan ni (kalau blackout, korang buat ape?) di youthsays community. & antara jawapan-jawapan yang aku dapat:

1) buat terkejut kejap.
2) pengsan.
3) tidur dekat atas lantai. sejuk :)
4) buka pintu, buka tingkap kasi angin masuk.
5) duduk dalam kereta.
6) buat tak tahu.
7) cari torch light. kalau tak jumpa, cari la cahaya bulan.
ku kan bermandikan cahaya bulan, yang cemerlang di malam cerah.. erkk, kenapa tiba-tiba ada lagu sailormoon ni
8) menjerit, bagi tahu semua orang - 'weh, rumah aku blackout ni'
9) menari tergedik-gedik.
- erkk suddenly I remembered someone doing this. haha =D

10) keluar, pergi rumah member yang ada elektrik. or just chill kat mamak.
11) duduk kat luar rumah, kira bintang. sambil-sambil tu, boleh nyanyi lagu ni,
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
12) cakap kat jiran, korang tengah buat 60 min earth hour!
13) jalan-jalan naik motor.

* aku suka yang bernombor 12! jawapan tak boleh blah~ adehh.
* haa.. korang pula buat ape kalau blackout?

okay, english lesson for today!

- wikipedia : blackout may refer to loss of lighting or electric power.
aku selalu tersilap antara lightning dengan lighting.

- blackout also means partial or total loss of memory. for example :
"he has a total blackout for events of the evening"
nanti kalau ada orang terlupa, bolehlah cakap kat dia, 'dah blackout eh?'

6 comments:

Tasniim AHY said...

menari tergedik? siapakah dia? ha3.

tyme blackout, wat2 panik, mnjerit xtentu hala, ala2 histeria. best gk~~

nana said...

menangis...sebab takut hantu..haha..lalala~

balqis said...

@tasniim AHY
anda rasa? :)

takut dicop orang gila plak menjerit tak keruan. tak pasal2 masuk tanjung rambutan. haha =P

@nana
jom tgk cite hantu nak masa blackout~ pasti best! :)

IyouweBlog.com said...

blackout apabila menaip assignment .... hahahahha
kena retype semua

nanged u. Do you know any Chinese restaurant which has Malay customers? nang this

Fitrihadi.com said...

haha banyak lah earth hour dia :p

balqis said...

@IyouweBlog.com
kalau tak boleh recover, tu yang sakan sedih T_T

@fitrihadi
sangat fanatik la tu. bagus betul~