Sponsored

Wednesday, August 05, 2015

Cara-cara membuka akaun CIMB dan daftar cimbclicks

Assalamualaikum. Dah bulan Ogos pun kita. Eh hai!

CIMB Kangar

Semalam, aku pergi bank CIMB Kangar kat depan The Store. Plannya nak buat akaun memandangkan dengar2nye kad CIMB ni boleh pakai banyak tempat & banyak orang pakai. Hmm gedikla nak buat jugak. Memenuhkan slot kad dalam purse je. Tsk

Dah masuk bank tu aku pergilah ke kaunter info dan cakap nak buat akaun baru.Sebenarnya aku tak tahu kena buat kad CIMBISLAMIC so aku cakaplah nak buat akaun baru je. Kesudahannya lepas masuk kereta, Cik Nah cakap "Laaaaa awat kad ni warna merah? Ni yang tak Islamik ni. Pegi tukar cepat! Sempat lagi ni" Nak nangesss ah camni T___T Baru je habis deal tadi, nak kena deal lagi sekali. Nak tak nak, aku pergi masuk bank balik cakap nak buat akaun baru lagi satu. Ahahaha. Muka tebal jumpa puan kat kaunter info tu. Haaaa jaangan lupa, cakap nak buat yang ISLAMIK punya! Kita tak mahu urusan yang ada unsur-unsur riba ni ~ (FYI:Tak boleh tutup akaun yang baru buat tu serta merta, kena tunggu 6 bulan baru boleh tutup)


Tengah dok kalut-kalut tu, ada seorang pak guard ni yang tolong aku. Kasihan kot tengok muka blur. Terima kasih sangat-sangat, pakcik! So, tunggulah nombor buat kali kedua dan jumpa balik pegawai India yang aku deal sebelum ni. Dia pun senyum2 je "Ye cik Balqis" *Eh tadi budak ni da buat akaun* (Aku cakap lah nak bukak akaun islamik pulak sebab aku tak tahu sebelum ni) Dia cakap, "Eh tadi tak cakap nak buat" "Ye, saya tak tahu sebelum ni" (Dalam hati; aiiii dah nampak customer pakai tudung, offer2 lah yang Islamik punya. Hihi)

Lepas itu, just ikut je apa dia suruh buat.
  • Sign borang situ sini
  • Amik fingerprint
  • SEDIAKAN duit - kalo nak buat DEBIT kad pastikan ada RM 250 masa tu juga ye. Kalo tak mahu buat debit, ikut suka hati la. RM50 pun boleh.
  • Nanti dia akan suruh ke cash deposit machine (CDM) dan masukkan duit tadi. Lepas tu pegi balik kat dia & amik kad. YAYYY finally. 
  • Dah dapat kad tu, kena tukar no pin pula. Pergi kat ATM machine & tukarlah ke no. pin kesukaan hati.
Muka hadapan website CIMB

ONLINE BANKING CIMB (CIMBCLICKS)

Untuk online banking, pergi ke ATM machine & cari menu cimbclicks >> letak no. telefon bimbit anda. Lepas tu, pegi ke komputer yang disediakan dalam bank tu & sign up lah kat website cimb. Sila fikir user id & password anda siap2. Mesti gabungkan HURUF & ANGKA. Dan untuk password MESTI 8 huruf (campur angka) ye kawan2! (Bila aku tak tahu nak pakai password apa, mulalah termenung di depan komputer sambil terkial-kial memikirkan password yg sesuai dan senang ingat)

Lepas dah berjaya sign up tu, silalah blah dari bank segera. Urusan anda dah selesai. Bolehlah anda shopping sesuka hati tanpa perlu meminta TAC daripada orang lagi. Yessss! Ops, berjimat-jimatlah anda dalam membeli-belah ye. Membazir kan amalan syaitan :)

Tak pasal-pasal ada DUA kad CIMB. Gigih beno '-_-
 
* Rasanya dulu2 CIMBISLAMIC warna hijau. Sekarang dua-dua kad warna merah, yang membezakan cuma tulisannya; satu CIMB BANK, satu lagi CIMB ISLAMIC

33 comments:

Unknown said...

Tumpang tanye.... kalo saya bawah umur 18 thn dan ade transaksi duit dari orang luar negara, jenis acc mne yg sesuai?

Unknown said...

Klau umur 17 tahun nk buat bank cimb bank, pkai duit brpa ringgit?

Dani Wahid said...

CIMB ni aku suka sebab lokasi cash out bukan setakat belambak kat Malaysia, malah kat kebanyakan ASEAN.Urus niaga digital kalo melibatkan Malaysia mesti dia ada dlm kebanyakan website instead of Maybank

Unknown said...

Kenapa saya nk pi buat akaun cimb baru org bank cakap kena ambik surat majikan

Unknown said...

Sama jgk 250

Unknown said...

Sbb depa nak tau kita bukak acc atas arhn company tmpt kerja atau sebaliknya

Unknown said...

Mcm mna nk buat klu bawah 18 tahun

Unknown said...

Umur 15 boleh dah ke

Unknown said...

Kalau da masukkan duit ke cdm, duit tu boleh keluar balik tak? Maksd sy kluar pada hari yg sama jugak?

Unknown said...

Kalau umur 15 brpe ringgit nak buat bank cimb ,

Unknown said...

umur yg dah ada ic boleh buat kad bank tak

amanyy_hassan said...

kalau kita dah masuk 250 tu lepastu boleh bawak keluar balik tak duit ?

amanyy_hassan said...

lagi satu saya buka akaun untuk simpanan kahwin je camane ye ? saya bukan buka sbb untuk kerja

Unknown said...

Cimb bank buleh buat kad debit bawah umur ke?

Unknown said...

Nak buka akau
n paya laa..Kat cimb

Unknown said...

nak tnya kat bank dlu buat bawah umr . skng dh 21 . boleh ke guna kad tu untuk bawak secara debit .. keliru . had pon hanya 500 sahaja

Unknown said...

Nak tnya klau utk pelajar buka akaun cimb brpa dbyr

Unknown said...

Nk Tanya,Sya Dh Tutup Akaun Cimb Sya Sekarang Nk Buka Cimb Boleh Ke...Bagitau Cara Macam Mana Nk Buat

Unknown said...

Nak buka akaun di cimb.rm50 boleh ke buka akaun di comb?

Unknown said...

Cimb.silap

Unknown said...

Nak tanya saya nak buka cimb apa je di perlukan untuk membuka kad cimb

Jewprawk said...

Klau tkdk Surat majikan boleh dk nk buka acc cimb personal

Unknown said...

Klau bukak akaun untuk persendirian Tanpa menggunakan Surat pengesahan majikan boleh kan..???

Mr Labu said...

Syarat dia umur berapa ehh baru boleh buat kad debit????

Unknown said...

Kad bank saya dah inactive ..kalau saya nak buka balik kena buat kad bank baru kee ..tapi kad bank tu dah xde dekat saya

Unknown said...

blh

Unknown said...

blh

Yumiiey said...

Assalamualaikum nak tnya kalau buka guna surat tawaran belajar berp boleh deposit? Cuma nak kepastian sebab ada yg buka dngan rm20 tapi kena tunjuk offer letter/surat tawran beljar

Unknown said...

Nak tanye kalau umur 18 tapi tak tepat2 18 kalau nak buat acc kena bawak parents ke atau bole buat individual

Unknown said...

Bolehka tukar nombor akaun baru.tp maseh kad yg lama

Unknown said...

Dulu sy cimb bank tp dh kena block sbb x da duit dlm akaun blh ke buka balik tau kena buat buat baru

Anonymous said...

Had umur buka akaun cimb berapa ya?

Anonymous said...

hai, nk tanya, klau skrg untuk pelajar kne ade surat dr pihak sekolah dulu ke? sbb haritu pergi dia mintk surat pihak sekolah, punya lama tunggu balik 'bodo' je