Sponsored

Wednesday, August 05, 2015

Cara-cara membuka akaun CIMB dan daftar cimbclicks

Assalamualaikum. Dah bulan Ogos pun kita. Eh hai!

CIMB Kangar

Semalam, aku pergi bank CIMB Kangar kat depan The Store. Plannya nak buat akaun memandangkan dengar2nye kad CIMB ni boleh pakai banyak tempat & banyak orang pakai. Hmm gedikla nak buat jugak. Memenuhkan slot kad dalam purse je. Tsk

Dah masuk bank tu aku pergilah ke kaunter info dan cakap nak buat akaun baru.Sebenarnya aku tak tahu kena buat kad CIMBISLAMIC so aku cakaplah nak buat akaun baru je. Kesudahannya lepas masuk kereta, Cik Nah cakap "Laaaaa awat kad ni warna merah? Ni yang tak Islamik ni. Pegi tukar cepat! Sempat lagi ni" Nak nangesss ah camni T___T Baru je habis deal tadi, nak kena deal lagi sekali. Nak tak nak, aku pergi masuk bank balik cakap nak buat akaun baru lagi satu. Ahahaha. Muka tebal jumpa puan kat kaunter info tu. Haaaa jaangan lupa, cakap nak buat yang ISLAMIK punya! Kita tak mahu urusan yang ada unsur-unsur riba ni ~ (FYI:Tak boleh tutup akaun yang baru buat tu serta merta, kena tunggu 6 bulan baru boleh tutup)


Tengah dok kalut-kalut tu, ada seorang pak guard ni yang tolong aku. Kasihan kot tengok muka blur. Terima kasih sangat-sangat, pakcik! So, tunggulah nombor buat kali kedua dan jumpa balik pegawai India yang aku deal sebelum ni. Dia pun senyum2 je "Ye cik Balqis" *Eh tadi budak ni da buat akaun* (Aku cakap lah nak bukak akaun islamik pulak sebab aku tak tahu sebelum ni) Dia cakap, "Eh tadi tak cakap nak buat" "Ye, saya tak tahu sebelum ni" (Dalam hati; aiiii dah nampak customer pakai tudung, offer2 lah yang Islamik punya. Hihi)

Lepas itu, just ikut je apa dia suruh buat.
  • Sign borang situ sini
  • Amik fingerprint
  • SEDIAKAN duit - kalo nak buat DEBIT kad pastikan ada RM 250 masa tu juga ye. Kalo tak mahu buat debit, ikut suka hati la. RM50 pun boleh.
  • Nanti dia akan suruh ke cash deposit machine (CDM) dan masukkan duit tadi. Lepas tu pegi balik kat dia & amik kad. YAYYY finally. 
  • Dah dapat kad tu, kena tukar no pin pula. Pergi kat ATM machine & tukarlah ke no. pin kesukaan hati.
Muka hadapan website CIMB

ONLINE BANKING CIMB (CIMBCLICKS)

Untuk online banking, pergi ke ATM machine & cari menu cimbclicks >> letak no. telefon bimbit anda. Lepas tu, pegi ke komputer yang disediakan dalam bank tu & sign up lah kat website cimb. Sila fikir user id & password anda siap2. Mesti gabungkan HURUF & ANGKA. Dan untuk password MESTI 8 huruf (campur angka) ye kawan2! (Bila aku tak tahu nak pakai password apa, mulalah termenung di depan komputer sambil terkial-kial memikirkan password yg sesuai dan senang ingat)

Lepas dah berjaya sign up tu, silalah blah dari bank segera. Urusan anda dah selesai. Bolehlah anda shopping sesuka hati tanpa perlu meminta TAC daripada orang lagi. Yessss! Ops, berjimat-jimatlah anda dalam membeli-belah ye. Membazir kan amalan syaitan :)

Tak pasal-pasal ada DUA kad CIMB. Gigih beno '-_-
 
* Rasanya dulu2 CIMBISLAMIC warna hijau. Sekarang dua-dua kad warna merah, yang membezakan cuma tulisannya; satu CIMB BANK, satu lagi CIMB ISLAMIC

2 comments:

apple kage said...

Tumpang tanye.... kalo saya bawah umur 18 thn dan ade transaksi duit dari orang luar negara, jenis acc mne yg sesuai?

Nura Sukor said...

Klau umur 17 tahun nk buat bank cimb bank, pkai duit brpa ringgit?