Sponsored

Monday, January 02, 2006

2 weeks at kersani

4-17 Disember 2005

Aku sampai Kersani pukul 1.00 pagi. Peserta ter'awal'. Aku, Din, Kak Najah n Abg Saif b'malam semalaman nak tunggu keesokan harinya. Esoknyer, aku di'tinggal'kan oleh pihak yang b'tanggungjawab' di situ keseorangan. Tak...tak. Nasib ada lg 2 org peserta (kakak n adik) dr Terengganu yg sampai awal pagi tue. Aku tidak keseorangan..hoho. Sambil dok tunggu tue, Pak Long kasi album untuk tatapan kitorang bertiga. Tengokler..dlm album tue pasal program² yang Kersani buat tiap-tiap tahun. Besh jugak tengok, sbb tak penah pegi lg program Kersani. Tengahari tue, Mak Long ajak kitorang bertiga pegi kenduri. Wow...seronoknye! Balik Loghome, tgk² dah ada budak² Perlih datang. Huh, lega...sudah ada geng. Kitorang pun disuruh angkat beg ke Dewan Nursalam untuk penginapan peserta. Berehat seketika sambil tunggu ketibaan peserta yang lain. Lepas sumer peserta dah ramai, kitorang diberi taklimat awal ttg program dan diberi peluang utk lantik ajk tertinggi dalam program 2 minggu ni. Malamnyer pulak,
kitorang ada slot sulung pasal kepentingan syahadatain dan pembahagian qabeelah.

APA PENTINGNYA SYAHADATAIN KPD KITER?
- asas masuk Islam
- intipati ajaran Islam
- hakikat dakwah Rasul
- asas kepada perubahan
- fado'ilul azimah

Sistem Qabeelah di Kersani pulak berdasarkan tempat tinggal peserta. Detailnyer:
Durbah utk [Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang]
Mubarak [Selangor]
Ruhma [Kuala Lumpur]
Hayl [Johor, Melaka, Negeri Sembilan]
Jad [Kelantan, Terengganu, Pahang]
Haadi [Sabah, Sarawak]

Dlm sistem ini, kitorng kena buat aper² ajer program yang b'manfaat di negeri masing-masing. Pastu kalau buat program, akan dapat tambahkan poin untuk qabeelah. Kitorang warga Durbah adelah sikit-sikit rancang program utk tahun 2006. Bajet?? Insyaalah bole dicari...Kalau nak derma, bolelah. Moga perancangan kami diberkati Allah. Aamin..

'Bengkel' Bahasa Melayu
- Pagi tuh, kitorang ada bengkel BM. Cikgu Amran ajar formula nak cari isi dan mudah nak
buat rumusan/ringkasan karangan. Senang gak bila dia ajar formula. Mudah sikit ingat...
Bile dah tengahari tuh, sumer orang pakat-pakat ngantok. Cikgu pon citer pasal "Pontianak Harum Sundal Basikal". Citer ni tipu ajer, tp nak buat kitorang hilang ngantok... tgh khusyuk dengar citer, dia menjerit "Haaaah" kuat-kuat. Sumer pakat tergezut, tambah ader yg menjerit sbb terlampau tergezut. Klaka giler...sampai boleh hilang ngantok org yg tidur....

Ini pulak petua-petua yg diberikan oleh beliau...ada banyak tp ni satu jer yg ditulih..!

KAEDAH KEKALKAN MOTIVASI UNTUK M'BACA
- Duduk tegak².
- Tulis sedikit isi yang telah dibaca.
- Apabila rasa malas, jangan layan sbb ia akan jadi kebiasaan yg m'jadikan minda x b'aksi dan terus letih utk belajar.
- Teruskan belajar dgn. alihkan penumpuan drpd. projek yg kreatif kpd sesuatu yg kurang perlukan tenaga otak. Cthnya: Daripada mengarang kepada mengemas buku untuk jadual hari esok. Tapi jgn lebih drpd 5 minit!
- Jika t'lalu letih, alihkan pandangan ke luar tingkap. Tarik nafas panjang², tahan dlm kiraan 5 saat dan hembuskan perlahan-lahan. Ulang 3-4 kali dan lakukan senaman ini 3 minit tanpa henti.

Multimedia
- Movie-movie yang ditayangkan agak besh. Cuma ada yg kureng sikit, sbb dahler x besh + malam yang dingin...tambahler ngantuknyer. Tutup lampu, sumer pakat² tidur dalam gelap. Mana org nampak kan..tgk org laki, byk yg baring sambil tgk movie. Ish..ish, kesyiannyer diorang! Malam t'akhir, diorang tayang MEGA MULTIMEDIA. Mega Multimedia ni pasal aktiviti kitorang sepanjang 2 minggu d Kersani n Lagenda. Tapi x sumer tayang, sbb diorang nak jual CD tue. Satu RM10. Tapi ada byk CD sbb banyak fasa. Adelah dalam 5-6 CD yang dijual. Sapa b'minat sila dapatkan di Kersani Training Centre.

Slot
- Slotnyer boley tahan. Kebanyakannya pasal sirah Rasulullah sbb mmg objektif KRP ni
SEERAH. Antara tajuk-tajuknyer:

+ Kepentingan mempelajari sirah
+ Mengapa perlu tahu ar-Rasul
+ Nabi berniaga
+ Si yatim mengembala
+ Nabi berikhtila'
+ dan byk lagi....x larat nak perincikan.

Media
- Kami diajar untuk mengedit video dan m'bina laman web sendiri. Untuk edit video, guna
perisian Sony Vegas 5.0 dan bina laman web guna Dreamweaver. Aku x reti sangat edit-edit ni. Kalau nak jugak, bolelah buat.

Tazkirah
- Tazkirah ni diberi setiap kali lepas solat Subuh n lepas solat Maghrib. Sumer tazkirah
pasal Amalan Berjaya Untuk Lelaki dan Perempuan. Ada 7 prinsip kesemuanya. Aku x salin waktu tazkirah, tapi adelah sikit² yg ingat. Bukan x ingat sumer.

Kem Lagenda
- Pegi Lagenda makan masa dlm 1 jam. Kitorang sumer naik bas yg disediakan. 1 bas perempuan n 2 bas lelaki. Sampai sana, kitorang kena jalan kaki meredah ladang kelapa sawit sepanjang 3 km (agak²). Penat ooo, tambah dengan beg beraat yg dipikul. Sampai sana, kakak fasi bg rehat. Lepas tu, kena pulak dirikan khemah. Tapi, bukan dlm hutan sangat pon. Siap ada campsite lagi...caya lerr. Yg x beshnyer campsite dekat sgt lelaki dan perempuan. Susah ler org perempuan nak jalan bebas sikit. Lepas berehat seketika, kitorang diberi taklimat ringkas n then dok dlm khemah; REHAT.

Makanan
- Makan pagi, tengahari, malam sumernyer sedap. Yang paling sedap skali ialah 'murtabak compressed' dan cappucino kersani. Apakah itu 'murtabak compressed'? Anda nak tahu? Ia cumalah biskut kriim kraker. Iyaa...hanyalah biskut yang dikompreskan. Mula² tu, mmg ler tak abis biskut bila dihidangkan. Tapii, bila dah biasa makan murtabak compressed tiap-tiap hari, ummm satu tupperware abis licin. Sampaikan abg Fadzrul kata sorang cume boley amik 5 keping. Huhu..org lapo ler.

Kersani back!

Program yg. besh - "Sampaikan" Risalah. Program ini, kita kena sampaikan 25 keping risalah ttg Seerah Rasulullah yg dibuat SENDIRI oleh kumpulan masing2. And then, kami disuruh 'sampaikan' risalah tersebut kepada masyarakat setempat Segamat, Johor. Kumpulan kitorang naik teksi; tambang sorang RM1 pegi bandar Segamat. Seronok jugak...hoho. 5 minit, sampailer. Berterabur sumer kumpulan pegiler 'sampaikan' risalah. Aku n partner, Nisaq pegiler jalan-jalan round dulu bandar. Hoho, curi tulang. Pihak Kersani bagi masa sampai pukul 6 boley balik Kersani semule. Seronoknyer...boley tgk bandar Segamat. Puas cuci mata, kitorang mulakan misi yang tergendala. Cariler orang....tapi syaratnya mesti salah sorang daripada penerima risalah adalah org BUKAN ISLAM. Penat oooo cari org bukan islam yg nak terima risalah kami. Diorang tengok muka depan risalah kami pun dah x mau terima [sbb ada tulisan bessar MUHAMMAD S.A.W kat muka depan risalah].

"Aaa..pakcik. Kitorang nak sampaikan risalah.."
"Tak mau....tak.."
"Pasal aper..."
"Pasal sirah Rasulullah....."
"Tak...tak..."

Begitulah, lebey kurang dialog aku ngan salah sorang Cina. Awal² lagi dah tolak, itu tak tengok isi dalam lagi. Akhirnya...lepoih penat mencari SORANG bukan islam, aku jumpa kakak Hindu tgh jalan. Aku sapa ler dia, n then citerler sikit psal isi risalah tu. Mula² dia pun taknak trima risalah tue, tp lepas di'pujuk rayu' oleh ku..(hoho) akhirnya dia terima jugak. Huh, lepoih dah tanggungjawab menyampaikan risalah kat seorang bukan islam. Habih dah, kitorang kumpul balik ahli n then kitorang pegi solat n makan tghari. Kenyang perut, kitorang pegile masuk kedai buku. Jamu² mata tp x beli pun buku. Just nak tengok² sbb buku dia mahal-mahal. Balik semula Kersani kul 3 petang..woo lama gak di bandar Segamat.

Antara pengalaman menyampaikan risalah
- ada makcik tue kata "dah ada dah". Sbb per? Sbb ada ahli kumpulan lain dah bagi kat makcik tue. Aku pon suh makcik tue amik lagi, kesyian makcik.
- ada yg buat tak tahu jer...geramnyer
- ada org lain nak risalah, tapi dah abis...hoho laku gak. PERCUMA, mana x laku.
- ada yg kata tak reti baca
- ada yg tak nak sbb dia kata 'brape kena'. Dia ingatkan kena bayar, tapi orang ikhlas nak bagi PERCUMA ajer...
- kitorang pegang pen dan kertas, sumer orang tgk semacam jer. Diorang ingatkan kitorang nak kutip derma..hoho.
- ada makcik tu ingatkan kitorang ni budak yg Al-Mansur upah jual..dpt gaji. Kitorang kata "ehh...tak..! Kami dari Kersani Training Centre..." Dia kata dia x suka Al-Mansur, suka sgt upah budak² baya kami utk jual aper-aper kat org ramai.

Interaktif
- Kalau x ade prog petang², kitrorang yg girls pegi jalan dekat Grand Canyon of Bumbun. Kat sana, banyak bukit-bukau yang cantik + menarik. Seronok tengok...kadang² tu amik gambar ramai-ramai kat sana...buat kenang-kenangan!
- Dynamic game! Haaa, game ini tujuannya utk mengeratkan ukhuwwah antara peserta
dan 'break the ice'.......
- Game pertama : Pas belon m'gunakan leher dari depan ke belakang.
- Kedua : Passing biskut dengan mengepit biskut antara hidung ngan bibir
- Yg. ketiga : Pass karot/timun guna giigi....

Lepas tuh, setiap orang dlm kumpulan musti makan biskut and karot tu sorang sikit. Berebut-rebut sumer pakat makan utk dpt poin untuk Qabeelah. Alaa...telan jer laa. Masuk perut...abis! Ukhuwwah forever...

Lagu teme Kersani....
Akrab Persahabatan
Kumpulan: In-Team

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

1 comment:

atiqah said...

huhu,teringat kenangan di kersani ^^
di sinilah saya mengenalimu di dalam bas menuju ke Gunung Ledang..xingat kan..hehe..haritu ade join prog karisma usim kat pantai,xingat ^^"