Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya;
Pertama, “ Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”Murid-muridnya menjawab, “ Orang tua, guru, kawan dan sahabat ”. Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. ( Ali Imran: 185 )
Kedua, “ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”Murid-muridnya menjawab, “ Negara China, bulan, matahari dan bintang”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kmbali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.
Ketiga, “ Apa yang paling besar di dunia ini ?”Murid-muridnya menjawab, “ Gunung, bumi dan matahari ”. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar daripada apa yang ada dalam dunia ini adalah NAFSU ( Al-A’raf: 179 ). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.
Keempat, “ Apa yang paling berat di dunia ini ?”Ada yang menjwab, “ Besi dan gajah ”. Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH ( Al-Ahzab:72 ). Tumbuh- tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah ( pemimpin ) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
Kelima, “ Apa yang paling ringan di dunia ini ?”Ada yang menjawab, “ Kapas, angin, debu dan daun-daunan ”. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan meninggalkan solat, gara-gara kita bermesyuarat kita meniggalkan solat.
Keenam, “ Apa yang paling tajam di dunia ini ?”Murid-muridnya menjawab serentak, “ Pedang ”. Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
No comments:
Post a Comment