Kami masuk keretapi berlima. Aku, ayah, umi, afa dan abang saif. Kami ondeway pergi ke X. Ketapinya agak lusuh. Dan berdebu. Uhukk.. uhukk. Telingaku dapat menangkap bunyi batuk-batuk yang saling bersahutan di dalam keretapi itu. Tiba-tiba, pintu yang berada di sebelahku terbuka. Oh, dah sampai X ke..
Ayah keluar pintu dulu. Kemudian aku dan umi pula. Dan loceng tutup pintu pun berbunyi. Alamak, camne ni. Afa tak kuar lagi. Dari jauh, aku nampak Afa sedang menuju ke arah kami. Aku hulur tangan kanan cuba untuk menahan pintu keretapi dari tutup, tapi akhirnya ia tutup juga. Ahh! Hampir-hampir tangan kananku tersepit disitu.
Af a tak sempat keluar. Jadi, dalam keretapi hanya tinggal Afa dan Abang Saif. Tiba-tiba kami tersedar bahawa kami dah tersilap keluar stesen. Sepatutnya kami keluar di stesen X, tapi kami keluar terlalu awal. Patutla aku tengok gelagat Afa tadi macam taknak keluar dari keretapi je.
Ayah dah kalut. Cepat-cepat ayah pergi beli tiket baru untuk kami bertiga. Aku dan Umi tunggu di situ je. Selang 20 minit kemudian, ayah tak pulang-pulang lagi. Kami jadi risau pula, terus kami pergi ke kaunter beli tiket. Di situ, ramai gila orang. Bersesak-sesak. Ahh, aku tak nampak ayah kat mana.
Tiba-tiba, aku nampak kelibat seseorang dari belakang. Eh, macam ayah! Cepat-cepat aku panggil Umi, dan kami pun mengejar ayah. Ayah sedar ada orang memanggil dari belakang, dan dia pun menoleh.
Ha, ni ayah dah beli 3 tiket ke X
Ayah menunjukkan 3 ketul kulit kerang kepadaku. Aku berasa pelik kenapa ayah menunjukkan kulit kerang kepada kami. Kemudian, ayah memberitahuku bahawa kulit-kulit kerang itu adalah tiket kami ke stesen W. Oh, begitu rupanya.
Kami pun menunggu keretapi seterusnya ke X dan akhirnya berjaya menaikinya. 10 minit kemudian, kami sampai di X. Aku dan ayah keluar dulu. Kami berjalan mengikut lorong keluar. Sambil itu, aku menoleh ke belakang. Aku nampak Umi kepenatan, lenguh kaki mungkin. Jadi, aku dan ayah berhenti sekejap dan duduk di bangku yang disediakan berhampiran. Kami menunggu Umi sampai. Sedang kami menunggu, aku terlihat sesuatu di dalam kolam ikan yang berada di hadapan kami.
Eh, macam Ipad la. Ayah, cuba tengok!
Setelah aku amati betul-betul, barulah ku sedar yang rupa-rupanya Ipad tu hanyalah replika batu-batu hitam yang disusun begitu. Terkagum sekejap aku di situ.
Seminit kemudian, Umi sampai dekat kami dan terus duduk di bangku. Aku lihat Umi mengeluarkan handphone dan menelefon seseorang. Usai Ummi selesai menelefon, aku bertanya:
“Ummi telefon sapa?”
“Abang. Nak suruh diorang datang kat kita ni”
“Ohh”
“Ummi dah penat”
Pukul 6.09 petang, aku terjaga. Masuk bilik air, teringat-ingat mimpi aku tadi.
p/s: Pagi tadi, pergi pasar. Beli kerang.