Sponsored

Sunday, May 18, 2008

I will go next 31st

sume orang dah pergi belajar. ada yang pergi matrik la, masuk form 6 la. aku?

2 hari lepas, surat tawaran USIM - universiti sains islam malaysia baru sampai. USIM ni dekat nilai, negeri sembilan. hehehe, aku siap telefon lagi pejabat akademik tanya awat la lambat sangat. sebab aku dengar, yang surat UiTM dah sampai lebih-lebih awal lagik~ em, hari pendaftaran pada 31 mei ni. kena siap-siap dah. borang ape pun tak isi lagi, adehh!

& semalam, pergi kangar membeli-belah la ape2 keperluan yang nak dibawa. beli kain ungu 4 meter buat baju jubah mini, pakai dengan seluar hitam; yang ni wajib pakai masa minggu ta'aruf. hm, macam sekolah pula ada baju seragam macam ni. hahaha :D oh, & disebabkan aku lupa nak bawa sample kain, so kain ungu yang aku beli ter-lain sikit kaler dia. wahahah :D satgi jadi abnormal pulak.

inilah kali pertama aku akan duduk lama di asrama. hehehe. mana pernah lagi duduk asrama. sekolah rendah, berulang balik dari arau ke jitra. sekolah menengah pulak, dari arau ke arau jugak. hahaha :D moga-moga aku dapat menyesuaikan diri di sana nanti. insyaAllah~

sayonara~ mata au hi made
goodbye~ until we meet again

No comments: