Sponsored

Wednesday, December 27, 2006

aidiladha

hari raya aidiladha nak dekat dah. curi-curi dial-up sekejap. sori kalau ada emergency call. so nak amik kesempatan nih nak ucap;


kad raya


haha; seblum intenet ni bengong, baik cepat2 publish entry. muahaha. guna line tmnet, habis kang nanti orang nak telefon rumah. huhu, streamyx ni pun buat hal plak. dia merajuk kot. hmm.. ble dia nak baik eh?

sekolah pun dah nak buka dah. haha; nasib baik dah siap kebanyakannya dah siap. dahla kali ni, markah homework masa cuti dia masukkan 10% dalam periksa. habislah, kene buat jugak lo. kalau tidak, mesti buat bodo je tak buat dah. hahaha. selamat kembali ke sekolah, korang semua!!

; eh, buku teks ada dah kat kedai?

Tuesday, December 26, 2006

huhu

internet rosak. ah, jiwa kacau. rindu pulak.

Friday, December 15, 2006

xpert best!

hari tu, ada pegi program 4 hari. XPERT stands for ekspidisi pemimpin remaja tahan lasak. diadakan di johor; spesifik tempat *secret*. huhu, asyik2 rahsia je pekataan yang keluar. memang peserta kena bersedia sentiasa, nak dicampak kat mana-mana.

7 dis
sampai stesen kluang. perlis jumpa dengan team johor dan kelantan. negeri lain, tempat lain. memang rahsia betul; hint pun tak dikasi tahu. disebabkan bilangan perlis dan kelantan sikit, kitorang digabungkan menjadi satu team; pertan. johor still satu team. kemudian diarahkan menjual barang bernilai 300 (sudah diinform kena bawa setiap negeri) di bandar KLUANG untuk mendapatkan kembali duit; makan. semua kena buat sendiri, takde orang blanja. berdasarkan hasil jualan barang itu sahaja! tanggung fasilitator pulak tu, hehe ;D

habis jual-jual, diberi satu klu untuk ke simpang renggam. naik bas, bertolak ke sana. ada pakcik ambil dan bawa ke renggam; rumah seorang atuk ni. kat sana, musang berjanggut pula. ditugaskan memasak ape-ape je dengan barang yang dikasi dalam uncang. hmm, masak la! sedap!! aku tak pandai sangat, tapi best, tolong-tolong orang ni (alasan plak, heh). ramai-ramai buat macam sekejap je, kan korang?

8dis
kitorang kena rancang satu program untuk remaja/budak2. so, kena carilah budak2 kat situ dan ajak diorang pegi program 'xpert junior'. hehe, dalam pukul 2 ada budak-budak datang kat rumah atuk ni. kami ingatkan nak join program xpert junior, tengok-tengok budak2 tu terus meluru masuk rumah atuk. la, budak2 kampung datang mengaji. laju gle masuk, tekejut sebab tak sangka. lawak pun ada bila teringat balik, haha ;D. then, kami pun try-try la ajak budak-budak tu join program. sebab takde orang datang program kami, frust. tanya atuk, dia kata boleh je. akhirnya, dapat juga menarik diorang join program, sebab kata ada game. hahaha

then, suruh budak-budak tu balik rumah minta izin nak datang program sampai malam. takut mak bapa diorang risau pulak tak balik lepas mengaji, ish. ish. habis imej KRJ nanti, heh. berlari-lari semua balik rumah, best tengok! memang semangat gle budak-budak nih berlari. terharu pulak, hahaha.

seorang budak datang balik;
mak tak kasi datang, sebab main game
kate kat dia;
hah? (alamak, kantoi) kata kat mak, ni ada program budak-budak kat rumah atuk esah. nak pergi, best sangat!
petang. program bermula. hmm, malas nak cite panjang2. ringkas2 sudah, ye.
; balloon madness. ikat belon sebelah kaki, pastu main pijak-pijak belon orang lain. pecah? kalah la!
; topi beracun. tak reti nak describe, hahah
; selimut minda. yang ni memang best sangat. gamat satu rumah, suara budak-budak laki nih. berebut-rebut nak duduk, sekali turun selimut, GELAK je terkeluar. aiseh..
; solat berjemaah. nasib ada budak yang dah besar sikit, boleh jadi imam. ada waktu solat isya, ada sorang budak tu silap.

imam; "alhamdulillahirabbil alamin"
dia; "aamin"
imam; "arrahmanirrahim"
dia tambah budak lain mengikut; "aamin"

aduh, sakit perut gelak di belakang. habis lah, ajaran sesat mana ni. mungkin tersilap kot, takpe2 habis solat kita tegur. sepuluh malam; habis program. eh, ada lagi. acara menghantar budak-budak balik rumah masing-masing, seronok jalan malam-malam ;D. depan rumah, mak bapa tunggu dah. risau anak-anak diorang tak balik lagi. atuk cakap kawasan tu, memang mak bapa risau kalau budak-budak tak balik sebelum pukul 9 malam. ada anjing, bahaya jugak. alhamdulillah, tadi masa hantar tiada seekor pun yang muncul. kecut jugak kalau ade, kan? goodbye, adik-adik. mesti rindu kat korang, huhu.

9dis
cari klu seterusnya. naik bas; pergi ke larkin. kat stesen bas tu, jumpa klu. agak susah! kak fasi bagi klu; suruh gabung dengan team negeri lain. gabung2 klu, kena pergi ke TIRAM INDAH VILLAGE. naik bas ramai-ramai. pack! sampai kat sana, baru jumpa dengan semua team setiap negeri. kl, perak, negeri9, selangor, johor. ade lagi ke? lupa dah..

petang. mp3/trekking. best; lain sikit dari yang lain. aku tak penah pegi xrek; maybe lain sikit. ambil wudhu' dalam sungai, basuh je semua! first time solat atas rumput mengadap matahari. masyaallah; indahnya alam ciptaan Tuhan! sakit jugak tercucuk rumput-rumput yang agak tajam nih, huhu. ALLAHUAKBAR!! malam. ada program akademi realiti a.k. a persembahan kumpulan ;D

10 dis
salam-salam semua. maafkan aku yer, korang! 'pertan' (perlis dan kelantan) dapat naib johan dalam kumpulan terbaik, TAHNIAH! balik perlis pukul 10 malam; naik bas. masalah. kena tukar seat depan; betul2 belakang driver. ala, nak tidur tak boleh. depan driver ada back mirror pulak, haha. kantoi karang, habis. balik perlis; pukul 10 pagi.

; haha; bape lama baca? malas sebenarnya nak tulis; tapi dah tulis sekerat. sambung je la bagi perabis, huhu

Thursday, December 14, 2006

kursus komputer

hmm, just added commentbox. where? below the entry; haha. try-lah
pagi tadi, my little brother pergi belaja kursus komputer dekat bangunan MARA, perlis. wah, mesti best gle kan, kan, kan? all his friends pergi; afif, muaz, hafiy. hmm, nanti diorang akan jadi pakar XPERT bertauliah pasal komputer2 ni; bagus2. boleh la buat web sekolah azhar nanti, kan?



studying adobe photoshop

amboi-amboi, siap boleh log in yahoo messenger sebelum cikgu datang. tengah belajar adobe photoshop. do not disturb. tapi, tadi dia yang kacau dulu. ceh, ape la budak ni. jeles la pulak, huhu. takpe2, nanti suruh dia ajar balik semua kat aku, kan. *evil laugh*

; masih banyak keje sekolah, huhu T_T. bila la nak habis ni, hehe. (sedangkan aku malas nak buat)

Tuesday, December 12, 2006

XIFU & the algebra

hmmm, added some GREAT music below in the sidebar. scroll below.. below. kalau boring2, dengarlah. tak letak automatic sebab bukan semua orang suka bila buka2 website, dengar music kan? hehe ;D. sori, kalau server yang lambat sikit atau korang yang takde flash, hehe *welcome my visitor*


preview of the music box


music tu sebenarnya dinyanyikan oleh kumpulan XIFU & THE ALGEBRA. CD yang dikeluarkan terhad aja, memang tak cukup ;D nasib baik, kitorang sempat beli sebelum habis. memang best, sebab diselangi lagi-lagu yang berteraskan hadith. sekarang, bolehlah hafal hadith sikit-sikit kan, hehe. boleh lawan afar, haha. hmm, xpe dengar banyak2 kali, lama2 masuk otak la kan. insyaalah, cubalah dengar2 slalu yer. kalau nak download pun boleh, buat koleksi. tapi, tak pasti sampai bila expirednya, hehe ;D. so, cepat-cepat. jangan terlambat, nanti kecewa. hehe, ape la merepek ni.



Xifu terdiri dari 'Xifu Naser' dan 'Xifu Mu'adz'. Algebra adalah simbolik kepda kecemerlangan ketamadunan Islam dalam inovasi ide-ide yang baru yang berisfat universal. 'The Algebra' merujuk kepada rakan-rakan Xifu yang telah membantu pembikinan filem
; dengar2kan ya!!

// MILLION thanks to nida for making me this beautiful skin. *hug her*. really LOVE it!

Tuesday, December 05, 2006

crystal bracelets

have you ever wondered what life is about?
you could search the world
and never figure it out
you don't have to sail the oceans
hehe ;D gembira. abang saif dan kak najah bagi komisyen tolong jual2 kat KL dulu. thanks² so much. this is the reward; *scroll below*



♥ mine; sapphire swarovski


my sister; amethyst swarovski



awalnya, aku nak yg kaler ungu. tapi, takpe2 mengalah. haha ;D balqis baik, kan ibah? perasan pulak. afar? yang lain. hoho; mana boleh pakai yang ni kan.

» my little brother, afar sudah ada friendster. haha; click; buat keje sekolah cepat. masih banyak tu! ish. ish budak ni ;D

Saturday, December 02, 2006

holiday begin

sret. sret. tarik tisu. sret..
5 hari sudah berlalu. masih benda yang sama dilakukan. selesema! semalam baru pergi ambil ubat. 5 biji je dia bagi, huhu.


tengahari semalam, mukmina ajak naik motor sampai depan pagar sekolah. hehe; try2 la naik. hoho, susah jugak. sebab pakai kain, susah nak adjust sikit. lastly, tak jadi naik. berjalan bawah lorong patriotik je. haha ;D

hari ini, tamatlah tempoh dua minggu persekolahan tambahan. haha; lega rasanya. tak payah lagi nak seterika baju awal-awal pagi. malangnya, selama tempoh tersebut banyak gle homework masa cuti cikgu bagi. semua kena submit tahun depan. dengar macam lama, tapi tengok la. tinggal lagi berape hari je sebelum buka sekolah.

i made my mistakes
got no where to run
the night goes on
as I'm fading away
i'm sick of this life
i just wanna scream
how could this happen to me

nasib baik aku masih stay di kelas yang sama. takut jugak, sebab gagal matematik tambahan. huhu; takut kena marah dan dibanned daripada menggunakan komputer. hoho ;D alhamdulillah, masih kekal tapi prestasi agak menurun. hmm, takpe2 tahun depan aku study elok-elok. no more last minute study (agaknya) dan less staring the computer. you know that, staring is rude. haha ;D

;
3 dis
i want to be the first to wish my sister. happy birthday, sis aminah. i know this kinda early, but happy advance birthday. semoga panjang umur dan diberkati Tuhan. ayah, jom makan kat luar!


edisi indonesia. VS edisi malaysia kaler pink ;D
AYAT-AYAT CINTA
*best seller
oleh Habiburahman el Shirazy
"HAMKA kecil telah lahir.
AYAT-AYAT CINTA buktinya!"
-Pries GS, Budayawan, Penulis Sketsa Indonesia di Smart FM Network

sedang dalam pembacaan. jangan salah sangka, ini adalah sebuah novel pembangun jiwa. bukan novel mengarut. hehe ;D. nak tahu lebih lanjut, baca komentar ni. best sangat, rasa macam benar2 berlaku di abad yg ke-21 nih. mmg bagus. *thumbs up*

"kalaulah fahri wujud di zaman ini..."

>>
HOLIDAY begin!