Sponsored

Sunday, April 16, 2006

bila saintis bercinta...

Satu : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Dua : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Satu : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Dua : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Satu : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Dua : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Satu : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Dua : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Satu : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Dua : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Satu : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Dua : Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Satu : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Dua : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Satu : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Dua : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Satu : Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Dua : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Satu : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Dua : Tapi, imanku adalah infiniti!

Satu : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Dua : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Satu : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Dua : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........"

-science addictive-

No comments: