Sponsored

Thursday, April 27, 2006

budak 4ab

hari ni tak larat nak gelak. teacher yati suruh tulis nama ayah dan alamat atas sampul surat. nak kasi kat parents result ujian. 2 benda jer yang suruh tulis. tapi bila sampai kat teacher macam-macam jadi. ade yang terliquid lah, garis bawah la, sampai nama ayah pun boleh silap. hahas. budak zaman sekarang. orang cakap lain, dia tulis lain. akhirnya, teacher print aje guna komputer. mudah dan cepat.

Sunday, April 16, 2006

bila saintis bercinta...

Satu : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Dua : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Satu : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Dua : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Satu : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Dua : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Satu : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Dua : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Satu : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Dua : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Satu : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Dua : Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Satu : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Dua : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Satu : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Dua : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Satu : Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Dua : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Satu : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Dua : Tapi, imanku adalah infiniti!

Satu : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Dua : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Satu : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Dua : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........"

-science addictive-

Wednesday, April 12, 2006

tarikh lahir rasulullah

salam maulidur rasul buat semua muslimin dan muslimat seluruh dunia!!

Rasulullah s.a.w merupakan rasul yang terakhir di utuskan Allah s.w.t. beliau amat sayang akan umatnya, sehingga di akhir hayatnya sewaktu ingin meninggalkan alam fana ini, masih lagi meniti di bibirnya perkataan "ummati....ummati....ummati". beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammmad s.a.w. oleh itu marilah sama-sama kita berselawat ke atas beliau, biarpun kita tidak pernah berjumpa dan hidup bersama-sama beliau, dia tetap akan kenal umatnya apabila kita sentiasa berselawat ke atasnya. walau musuh selalu membuat pelbagai cara menghancurkan Rasulullah, beliau tetap di bawah lindungan-Nya

;
sehari bersama remaja 'pesona cinta'
maktab perguruan perlis, 11 april

Sunday, April 09, 2006

ar-rijal & an-nisa'


Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..
Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,..
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinyaKeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yg menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia..
Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa
Andai dia terlupa mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..

Lantaran DIA yg terbaik
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama2 meredah lautan api...
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik
Sama2lah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHualam.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yg Indah..

Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yg sebenarInsya ALLAH!!

amirul_mustaqbal group

Monday, April 03, 2006

dak2 zaman laa

budak-budak zaman sekarang. sungguh berpengetahuan canggih.


hahas