Sponsored

Friday, October 29, 2010

ijaz

petang tadi, ada exam ijaz at-tibb fi al-quran wa sunnah. semua soalannya dalam bahasa arab, tapi nasib baik ada ustaz Kasyfun yang baik hati terjemahkan soalan tu. baik betul :)

but still, jawab entah pape.

itulah aku..


masa kelas ijaz, tido.
masa tengah exam ijaz, pun tido.


thanks to those yang bagi input2 masa perbincangan beramai-ramai semalam. dan juga nota pagi tadi.

&&

teringat pulak kelas biochemistry haritu. ade la dalam 5 slide kot, aku dah tertido. sedar-sedar dah slide yang terakhir. terus je mata tu tak ngantuk. HUH! tension jugak.
nak kena suntik anti-melatonin, balqis ni' - orang2 yang duduk belakang cakap
(melatonin = hormon yang dikeluarkan masa dalam gelap, untuk menggalakkan tido)


p/s: ya, post ini tiada apa2. cuma rasa macam nak menulis je. anyway, bittaufiq wannajah kepada semua warga gen05 :)

Monday, October 18, 2010

oh buku guyton

bila tengkuk dah lenguh sebab asyik dok tengok bawah je, barulah sedar kelebihan buku Guyton.

edisi lama :)

perasan tak buku Guyton ni, kita boleh baca sambil baring tanpa risau kulit dia dok terpele'ot ke sana sini. tangan pun takdela lenguh sangat nak support buku tu biar dok statik bila baring.

patutla Guyton & Hall buat cover buku diorang keras. sangat sesuai & essential untuk students2 yang suka baca sambil baring seperti ______ (sila isi sendiri). tapi yang kurang bestnya, bila dah baring tu, paham-paham jela. tak sampai satu perenggan dah pun terlelap =_=

kesian cik Sherwood, encik Ganong dan encik Vanders yang berkulit lembut :P ade cadangan?

oh ye, seminar physiology lagi 2 hari. masa tengah search thru internet, terjumpa la satu formula ni:
One can estimate height by a calculation of mid-parental height. For females this is determined by subtracting 13 cm from the father’s height, adding this to the mother’s height in cm and then dividing by 2
nak jugak try sama ada formula ni betul ke tak, tapi taktahu pulak tinggi ayah & umi berapa. HAHA :P

p/s: buat Amira Husna, selamat datang ke dunia :) OMG, dah tujuh orang la! but still, Umar tetap hero~