hati merupakan anggota badan kita yang paling mulia dan fungsi utamanya ialah untuk mengenali Allah Taala. siapa yang mengenali hatinya, maka dia akan mengenali Tuhannya. hati adalah RAJA segala anggota & anggota-anggota badan yang lain seperti tangan, kaki, mulut & lain2 hanyalah pengikut & khadam-khadam yang diperintah oleh hati. indah kan ciptaan-Nya?
namun begitu, hati juga merupakan pintu masuk syaitan. jika seseorang itu boleh ditimpa penyakit, hati juga begitu. ya, penyakit hati! hati ini akan ditimpa penyakit jika syaitan berjaya mengawal/menghasut kita dan membuatkan hati menjadi lemah dan tak dapat berfungsi dengan baik.
bila demam, badan kita rasa panas-panas. bila batuk, kita sakit tekak. bila selesema, hingus keluar meleleh-leleh dari hidung. itu semua simptom-simptom yang terjadi apabila badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik. namun seringkali kita tak sedar atau tak nampak apabila kita ditimpa penyakit hati. kita ingat kita sihat (tak batuk, selesema, demam & lain-lain), tapi rupa-rupanya kita menghidapi penyakit hati.
jadi, macam mana nak tahu kita ini ada penyakit hati ke tak? jom kita kenali antara penyakit2 hati:
1) hasad dengki
selalu kita tengok bila seseorang itu berjaya, mulalah ada orang yang akan dengki dan tak senang dengan dia. pendengki ni akan mencari-cari keburukan dan aib orang itu untuk diheboh-hebohkan. perkara yang kecil akan diperbesarkan demi menjatuhkan maruah orang yang berjaya itu. syaitan pula akan menjalankan tugasnya dengan mengapi-apikan pedengki itu sehingga menyebabkan berlakunya fitnah-menfitnah sesama sendiri.
2) marah & bengis
apabila seseorang itu marah, fikiran dia akan bercelaru dan tak dapat berfikir dengan rasional. bila dia tak dapat berfikir dengan baik, maka mudahlah syaitan untuk menggodanya. kan selalu kalau kita tengok orang sedang marah, muka dia akan bertukar menjadi
dia gadis berkerudung merah.. dia baik dia solehah.. eh, ape ni??
3) sayangkan harta benda
sifat ini akan membawa kepada sifat bakhil dan takut miskin. ia juga menghalang seseorang itu dari menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya seperti membayar zakat. ya, memberi itu kan lebih baik dari menerima?
hm, ada banyak lagi penyakit2 hati ni, setakat ini dulu ye. kesimpulannya, "kalau.. sanggup menelan ubat yang pahit demi menyembuhkan badan yg sakit, perlulah juga sanggup bermujahadah dan terus bersabar mengubati penyakit hati. bahkan lebih dituntut penyakit hati diutamakan. ini kerana penyakit badan berakhir dengan kematian tetapi penyakit hati merupakan azab sengsara yang akan terus berkekalan sampai mati!"
surgeon is needed now!
2 comments:
sama-samalah kita menjaga 'hati' kita.. insyallah
yup! btul :)
Post a Comment