Sponsored

Friday, May 21, 2010

kalau blackout, korang buat ape?

hitam = black

hm, dah lama rumah tak blackout. kalau tak silap, paling akhir blackout ada la dalam 2 bulan lepas. tapi itu pun sekejap je. oh ye, tak lupa juga masa glenview villa (GV) blackout. bila eh? hmm, da tak ingat. nasib baik masa tu, aku ada di rumah. ada budak-budak lain masih di kampus menghadiri satu program majlis perwakilan pelajar (MPP); erk, kantoi ponteng! :) masa blackout tu, aku tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan apartment GV yang mempunyai 16 tingkat tu bergelap. camne orang nak naik lif? camne dengan pintu pagar automatik-nya? hmm, susah juga bila elektrik takde ye~

masa blackout tu, sekejap aku keluar bilik, sekejap masuk bilik. tak ada benda nak dibuat. bila dah masuk bilik, buka tingkap luas-luas (tingkat 15, pencuri tak masuk ikut tingkap kot) dengan harapan angin sejuk dapat masuk untuk menggantikan kipas yang tak berfungsi sementara waktu. bila rasa dah OK sikit, baring atas katil diam-diam & pura-pura tutup mata. ho, ape boleh di buat masa blackout ni? tengok TV tak boleh, masak air takboleh, nak baca buku pun takboleh. adehh~

baru-baru ni, sajelah tanya soalan ni (kalau blackout, korang buat ape?) di youthsays community. & antara jawapan-jawapan yang aku dapat:

1) buat terkejut kejap.
2) pengsan.
3) tidur dekat atas lantai. sejuk :)
4) buka pintu, buka tingkap kasi angin masuk.
5) duduk dalam kereta.
6) buat tak tahu.
7) cari torch light. kalau tak jumpa, cari la cahaya bulan.
ku kan bermandikan cahaya bulan, yang cemerlang di malam cerah.. erkk, kenapa tiba-tiba ada lagu sailormoon ni
8) menjerit, bagi tahu semua orang - 'weh, rumah aku blackout ni'
9) menari tergedik-gedik.
- erkk suddenly I remembered someone doing this. haha =D

10) keluar, pergi rumah member yang ada elektrik. or just chill kat mamak.
11) duduk kat luar rumah, kira bintang. sambil-sambil tu, boleh nyanyi lagu ni,
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
12) cakap kat jiran, korang tengah buat 60 min earth hour!
13) jalan-jalan naik motor.

* aku suka yang bernombor 12! jawapan tak boleh blah~ adehh.
* haa.. korang pula buat ape kalau blackout?

okay, english lesson for today!

- wikipedia : blackout may refer to loss of lighting or electric power.
aku selalu tersilap antara lightning dengan lighting.

- blackout also means partial or total loss of memory. for example :
"he has a total blackout for events of the evening"
nanti kalau ada orang terlupa, bolehlah cakap kat dia, 'dah blackout eh?'

Wednesday, May 19, 2010

apa khabar hati?

acapkali hati dikaitkan dengan bentuk heart ini tapi bukankah heart = jantung?


hati merupakan anggota badan kita yang paling mulia dan fungsi utamanya ialah untuk mengenali Allah Taala. siapa yang mengenali hatinya, maka dia akan mengenali Tuhannya. hati adalah RAJA segala anggota & anggota-anggota badan yang lain seperti tangan, kaki, mulut & lain2 hanyalah pengikut & khadam-khadam yang diperintah oleh hati. indah kan ciptaan-Nya?

namun begitu, hati juga merupakan pintu masuk syaitan. jika seseorang itu boleh ditimpa penyakit, hati juga begitu. ya, penyakit hati! hati ini akan ditimpa penyakit jika syaitan berjaya mengawal/menghasut kita dan membuatkan hati menjadi lemah dan tak dapat berfungsi dengan baik.

bila demam, badan kita rasa panas-panas. bila batuk, kita sakit tekak. bila selesema, hingus keluar meleleh-leleh dari hidung. itu semua simptom-simptom yang terjadi apabila badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik. namun seringkali kita tak sedar atau tak nampak apabila kita ditimpa penyakit hati. kita ingat kita sihat (tak batuk, selesema, demam & lain-lain), tapi rupa-rupanya kita menghidapi penyakit hati.

jadi, macam mana nak tahu kita ini ada penyakit hati ke tak? jom kita kenali antara penyakit2 hati:

1) hasad dengki
selalu kita tengok bila seseorang itu berjaya, mulalah ada orang yang akan dengki dan tak senang dengan dia. pendengki ni akan mencari-cari keburukan dan aib orang itu untuk diheboh-hebohkan. perkara yang kecil akan diperbesarkan demi menjatuhkan maruah orang yang berjaya itu. syaitan pula akan menjalankan tugasnya dengan mengapi-apikan pedengki itu sehingga menyebabkan berlakunya fitnah-menfitnah sesama sendiri.

2) marah & bengis


apabila seseorang itu marah, fikiran dia akan bercelaru dan tak dapat berfikir dengan rasional. bila dia tak dapat berfikir dengan baik, maka mudahlah syaitan untuk menggodanya. kan selalu kalau kita tengok orang sedang marah, muka dia akan bertukar menjadi hulk hogan hijau merah macam api. syaitan kan diciptakan daripada api. oleh itu, sebaik-baiknya bila kita marah, turunkan kepanasan 'api' itu dengan air wudhu.
dia gadis berkerudung merah.. dia baik dia solehah.. eh, ape ni??

3) sayangkan harta benda
sifat ini akan membawa kepada sifat bakhil dan takut miskin. ia juga menghalang seseorang itu dari menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya seperti membayar zakat. ya, memberi itu kan lebih baik dari menerima?


Tidaklah sekali-kali kamu sampai pada kebajikan(yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai. (Al-Imran:92)


hm, ada banyak lagi penyakit2 hati ni, setakat ini dulu ye. kesimpulannya, "kalau.. sanggup menelan ubat yang pahit demi menyembuhkan badan yg sakit, perlulah juga sanggup bermujahadah dan terus bersabar mengubati penyakit hati. bahkan lebih dituntut penyakit hati diutamakan. ini kerana penyakit badan berakhir dengan kematian tetapi penyakit hati merupakan azab sengsara yang akan terus berkekalan sampai mati!"
surgeon is needed now!

Monday, May 17, 2010

double YOU.. ehh; double TAG la~

FIRST TAG by ummunailofar & misszwen can be referred here.

& here come the SECOND TAG (this tag is very loooooong~) - by ilhambatrisya aka NANA


FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU
1. balqis
2. qis
3. aqish
4. WB. teringat kartun looney tunes bugs bunny dulu-dulu, ada trademark WB ni = Warner Bros rupanya.


FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE : *bukan buah kurma ye!*
1. 15/9
2. last 10 Ramadhans
3. 1 Syawal. Hari Raya Fitrah, berakhirnya 30 hari Ramadhan
4. 15/10. tarikh lahir LDH? singkatannya sama dengan lactose dehydrogenase, hehe.

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. baru lepas makan & alhamdulillah kenyang.
2. pandang buku Guyton & Hall.
3. online.
4. watched Personal Taste :)

FOUR WAYS TO BE HAPPY :
1. maafkan orang lain, toksah simpan dalam hati
2. do something for others, insyaAllah kamu bahagia.
3. buat simple things but enjoyable, macam berlari ke.
4. senyum depan cermin, haha :D

happy tree friends?

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. bag.
2. baju, kenapa ye?
3. buku-buku. kalau notebook aka laptop pun bagus juga~
4. kawaii stuffs.

FOUR OF YOUR FAV HOBBIES :
1. surfing internet.
2. windowshopping =P
3. READ!
4. do something repeatedly.

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION
1. luar Perlis ke? =P
2. countries yang ada 4 musim, always wanted to play the snow la. jelous dengan cik sakura yang dapat pergi France haritu.
3. tempat2 yg ade orang.
4. beautiful girls all over the worlds. *demanding*

FOUR FAV DRINKS :
1. juices 'wala siaman' apple juice boleh?
2. air soya Azra yang dijual kat Pasar Malam di Perlis.
3. milo. alamak, Nestle la. T_T
4. air free, sape taknak :D

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :
1. wallet.
2. handphone.
3. tissues for emergency use.
4. pen; in case kena sign autograph.

FOUR FAV COLORS :
1. white.
2. pink.
3. hitam itu menawan.
4. blue sky :D

TOP 4 HANGOUTS :
1. The Store Pandan Capital.
2. Berjaya Times Square, macam takde tempat lain da. adoila~
3. KL Sentral?
4. CMART baru dibuka di Arau.

TOP 4 YOU LOVE SO MUCH :
1. my sweet happy family.
2. friends = Tomodachi
3. kawaii stuffs.
4. my cute nieces and handsome nephew. hahaha XD


TOP 4 THINGS SPECIAL TO YOU :
1. my one and only spectacles.
2. jam rm10 umi beli kat Dewan 2020 haritu.
3. wallet.
4. gifts given by others.

TOP 4 WHO YOU WILL TAGGED:
1. zwen
2. ummu
3. cik sakura
4. siapa baca dia kena!

TOP 4 REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
1. takde idea nak buat post baru.
2. tagged by cik nana yang comel :D
3. suka jawab2 soalan ni. amboi, hahaha.
4. banyak pulak la dia nak sebab, haih!