adehh. tadi baru balik dari sekolah. amek sijil kokurikulum & sijil PMR yang dah lapuk. hm, aku ingatkan sijil SPM boleh diambil dah. rupa-rupanya tak keluar pun lagi. yang sijil SPM 2006 pun baru sampai kat pejabat sekolah tahun ni. hish.
oh ya. markah kokurikulum aku hanyalah cukup-cukup makan je. tak tahu ikut sistem mana dia kira. ada sorang kawan aku, satu bahagian A tapi lagi 2 bahagian dapat D. tak stabil cikgu kata. aneh. mungkin mengikut penilaian cikgu nak bagi berapa.
ramai juga kawan aku yang minta maktab. kenapa ya? hehehe :) mesti banyak persaingan ehh. kepada sapa-sapa yang dapat tawaran maktab tu, selamat bertemu-duga.
cikgu BM : *tengok sijil ko-kurikulum*
aku & kawan 1 : sikit je cikgu
kawan 1 : nak bagi alasan apa ni cikgu. dahla untuk maktab ni dia kata lebih untuk yang aktif ko-kurikulum sikit.
cikgu BM : dulu saya pun dia tanya camtu.
kawan 1 : pastu, cikgu cakap apa?
cikgu BM : tapi, cikgu memang aktif pun.
kami : laa, cikgu ni.
cikgu BM : dulu, saya kena temuduga. dia tanya pokok sena tu macamna. saya jawab la, tinggi sikit dari rumput.
kami : hahahaha
cikgu BM : tau pokok sena tinggi mana? tu, tinggi pokok tu *tunjuk pokok tinggi surau sekolah* alhamdulillah la okey~
p/s: saya tak mintak maktab.
p/s/s: boleh ke kalau kita dapat tawaran ke IPTA tapi nak buat rayuan tukar program lain?
No comments:
Post a Comment