Sponsored

Friday, May 23, 2008

first time medical check-up

tag lagi dari kak ihsan, my senior di sek ren al-azhar.

7 fakta tentang saya
- berumur 17 tahun.
- anak ke-6 daripada 7.
- adik aku seorang lelaki.
- akan ke USIM 31 mei ni. insyaAllah
- takreti nak banding harga barang. haha, kalo aku ade duit + memang teringin nak beli, terus beli punya. habisla bankrap kalau macam ni.
- suka tengok cerita jepun lebih dari cite korea.

7 perkara yang menakutkan saya
- God's wrath.
- mati.
- lori atau kontena tayar besar. heheh :D moga-moga tak fobia-ness.
- buat rosak sesuatu yang bukan milik aku.
- kena marah dengan sadis-nya
- sakit teruk.

7 lagu buat masa sekarang
- hey! say! 7 - bon bon
- matta band - ketahuan (pengaruh ibah dok nyanyi hasil didikan kak neni)
- hey! say! 7 - hey! say
- hey! say! 7 - wonderland train
- hey! say! jump - ultra music power
- hey! say! jump - dreams come true
- yamada ryosuke - perfume

jarang dengar dah radio. lupa nak buka. komputer pula sound system rosak. yang lagu-lagu kat atas tu sebab tengah fangirlism. aku tengok diorang punya performances kat youtube je. oi, hafal juzuk 1 pun tak habis lagi!

7 perkara yang selalu saya sebut
- soka? japanese word - is that so?
- aku ketahuan. sambil2 cakap dengan ibah, takyah dah nyanyi lagu tu. karang, dia hafal lagu tu yang lebih.
- hah? buat-buat taktahu. lebih-lebih lagi, kalo afar tanya. hahaha. kejamm betul.
- hahahaha.
- cikqih kawaii :D
- entah.

7 perkara yang amat bernilai
- masa lepas & yang akan datang.
- my beloved family & friends. ayah, umi, abang-abang, kakak-kakak n afar.
- harta karun atas, bawah, kanan, kiri & dalam meja.
- tubuh badan yang sihat sekarang. sakittt sangat bila time headache datang.. tak tahan.
- folder2 dalam komputer.
- wang.
- internet yang laju =P

7 'pertama kali' dalam hidup saya
- eksiden di pinang. thanks Allah, takde ape-ape kecederaan yang serius.
- dikejar anjing time balik tadika. naik basikal duduk kat seat belakang. sapa bawak, tak ingat. kakak ke abang? ke aisyah? ala, memory-short. dahla aku duduk belakang, anjing kejar betul-betul di belakang. terus sapa yang bawak tu kayuh laju-laju gila. nasib selamat!
- naik kapal terbang masa kecik-kecik dulu. bila la lagi nak naik, kan?
- pegi cameron highland dengan kawan-kawan masa form5. tak dapat pegi dengan famili, pegi dengan kawan pun jadila. janji dapat rasa the ke-sejuk-an! heheheh :D
- dilahirkan di dunia pada 15september 1991.
- makan tempe tahun ni.
- medical check-up 2 hari lepas.

7 orang yang bertuah kena jawab tag ni
takde yang bertuah. semua unlucky. hahaha :D malas nak tag lagi. sapa-sapa yang nak buat tu, buat la. then kasitahu, boleh letak link kat sini.

;
entri ini ditulis pada 21 mei tetapi di-publish pada 23mei.

8 pagi, pergi buat medical checkup di klinik kesihatan kangar. semalam dah pegi dah, tapi tak bawa surat tawaran kemasukan. macam tak percaya dia nak tengok juga surat tu, aku dengan yakinnya membawa borang pemeriksaan kesihatan sahaja 3 helai. hehehe :D itula pengajarannya bawa semua dokumen kalau nak berurusan apa2!

first sekali, pemeriksaan gigi. nurse tu kata; penjagaan gigiku di tahap optimum :D then, urine drug & urine feme. takmo cerita. lastly, x-ray. masuk-masuk bilik tu, semua tentera. hahaha, aku sorang je la perempuan. tunggu la untuk dipanggil masuk ke dalam bilik x-ray. masa nak x-ray tu, akak tu suruh cekak pinggang. apekah motif? entah~

selesai la kesemua yang berjumlah RM80 ringgit. tapi, kena datang pula 28mei ni buat temujanji dengan doktor yang memeriksa. doktor tu yang akan sahkan sihat ke tak dan tandatangani borang pemeriksaan kesihatan tu. dan result urine drug hanya boleh diambil selepas 3 hari bekerja. so, terpaksala aku tunggu. kalau buat kat klinik swasta, tak payah tunggu hari bekerja pun, 2 hari je dah siap result urine drug tu. bayaran pun lebih kurang je; RM85. adehh! sebab umi bercadang nak pegi KL 28mei ni. bolehla berjalan-jalan sambil melawat saudara-mara kat sana sebelum hantar aku ke USIM pada 31mei.

my brother, denz balik malam ni. YAY! dan dia akan mendaftar di UIA program engineering bulan jun ni. waa, takleh nak pergi hantar pegi KL. aisyah balik malaysia bila?

p/s: ayah ada kursus UiTM mula 23mei hingga 28mei. habisla duit ayah bulan ni, asyik pergi KL je.

No comments: