Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya"hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. hehe, aku kadang2 rasa camtu jugak. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah:54)2. tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran; ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran; orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf:45)3. berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat. himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. kurang mengagungkan Allah, sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlecehkan orang, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. tidak belajar dengan Ayat Kauniah. tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah:126);
tetiba je. kali ni kita
لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعنا
aku ade request sesorang untuk buat teppei koike's blogskin (oi! lucky de happy) tapi, aku tak berkenan sebab dia ada letak ade satu gambar tu. *kecik je* tapi agak menjejaskan. hehehe, so aku takjadi nak guna la. even so, yang skin tu navigational skin aku tak suka sangat nav skin. sebab kena tekan2. aku lebih prefer table. takpe, she have done what she's being told. *hearts*. salah aku jugak, tak kasi tahu.
p/s : dr khir toyo dah ada blog wo~ pegila jenguk-jenguk. hehehe =P
sort me!
No comments:
Post a Comment