Sponsored

Monday, May 23, 2011

2 + 1 Software yang cool!

Semalam hujan turun. Bila hujan, suasana jadi sejuk. Jadi Hujan = Sejuk = Cool = Fabulous! Intro yang agak merapu. Hmm, sebenarnya nak share sikit software yang cool & wajib ada dalam komputer korang. Err.. takdela sampai tahap wajib kot. Harus mungkin.


1. MEDIA PLAYER CLASSIC

Selalunya dalam komputer, ada Windows Media Player je kan? Dan kadang-kadang ada video yang formatnya tak boleh dibuka kot WMP ni. So, macam mana kalo korang ter-download satu video B2ST ni, dan videonya pulak dalam bentuk .flv. Bukak kot Windows Media Player tak boleh. Kot ni tak boleh. Kot tu tak boleh. Pastu mula la rasa tension dan bengang sebab tak boleh bukak video tu. Ha, Penah tak? Penah tak?

Apa susah? Download la Media Player Classic!

Senang tengok cite sebenarnye :P

MPC ni boleh bukak macam-macam format video. Contoh jenis file yang dia support macam .avi, .mkv, .asf, .flv. Kalau nak senang, simpan codec dia dalam thumbdrive. Kalau ada video yang tak boleh bukak masa presentation ke ape, install je Media Player Classic ni la la tu jugak.

# Klik sini untuk download Media Player Classic.


Tapi yang takbestnya, dia tak support .rmvb file. So, korang kena download Real Player kalo nak tengok video yang formatnya .rmvb.

# Klik sini untuk download Real Player.


2. MICROSOFT SECURITY ESSENTIALS / MSE

Ape bendanya ni? Ha, yang ni adalah satu antivirus yang diberikan secara PERCUMA oleh Microsoft. Toksah kuar duit nak beli Kaspersky Jackie Chan, Avast, Panda dan sewaktu dengannya. MSE ni support Windows XP SP2, Vista  dan Windows 7.

Status of your computer



Tapi ingat, kalo nak download ni pastikan korang menggunakan Windows yang genuine/original sahaja. Kalau yang Windows pirate, boleh jugak kot. Cuma jangan update Windows, takut dia dapat detect. Tapi, better download kalau korang guna Windows genuine je sebab nanti dia ada update kalo ade internet connection.

# Klik sini untuk download Microsoft Security Essentials.


3. ROCKET DOCK

The bee loves RocketDock!

Kalo korang rase nak display komputer tu ala-ala Apple, download la Rocket Dock ni. Boleh la korang belagak kejap rasa macam pakai MacBook walaupun korang takde Iphone.

Pakai Rocket Dock ni, bestnya sebab senang nak bukak folder. Semua ada kat desktop, takyah susah-susah tekan button Start. Dan lagi best, boleh tukar ikon-ikon tu ke ikon-ikon yang comel. Pastu bolehla korang masuk contest desktop/laptop yang paling comel. Untung sabut timbul, untung desktop menang. Err.. -_-'

Psst, Macbook sangat lawa kot!

# Klik sini untuk download Rocket Dock


Okay, itu saje kot. Rasanya yang #1 tu semua orang ada. Tak kira, nak letak jugak :P

6 comments:

zT said...

qis mmg mantap bab2 lattop neh..dh lame usya awk pny desktop mmg cantek :p

balqis said...

@zT
desktop kosong je. takde pape yg menarik ;)

Qaseh Dalia said...

nak donlod lah rocket tuh

balqis said...

@qaseh
sila sila.

Abu Bagi said...

aku pun suka software2 kt atas tu..senang nak pakai

balqis said...

@ABU
senang, kan?