Sponsored

Monday, February 18, 2008

kesatlah airmata palestin..

kini. gaza terus bergelap. puncanya sekatan si-israel. kononnya mahu membendung serangan roket para pejuang Palestin. cehhh! loji jana kuasa tunggal terpaksa ditutup. 30 peratus keperluan elektrik penduduk di wilayah itu tergendala. penduduk Palestin terputus keperluan asas termasuk bekalan gas untuk memasak. apakah dunia akan terus memerhatikan apa yang sedang berlaku di Palestin sekarang. di manakah Setiausaha Agung PBB sekarang? mengapakah Ban Ki-moon menyepi? adakah harus menunggu ribuan orang meninggal baru hendak membuat kenyataan menyelamatkan diri. atau beliau harus menunggu isyarat daripada AS barulah hendak bertindak? ternyata beliau tidak berkarisma hendak memimpin sebuah badan dunia seperti PBB.

manakah perginya dunia Arab yang lebih dekat dengan Palestin? mana pergi Mesir yang ke depan dalam menyelesaikan masalah umat Islam Palestin itu? kenapa menyepi sekarang membiarkan mereka mati secara senyap oleh tindakan rejim Ehud Olmert?

dipetik dari rencana tulisan Ismail Hashim Yahaya, Utusan Malaysia, 23/1/08



cerpen adik dan palestin. cerpen lama. mungkin korang dah baca.

”Jangan lupa minta pinjaman kekuatan dari Allah. Sebab Allah sumber kekuatan kita. Allah Maha Kuat. Kita sekadar hambanya yang lemah, yang memerlukan pinjaman kekuatan dariNya” -cred:doodlieywacts-

No comments: