alhamdulillah. semalam, 4 disember 2007 tepat jam 4.30 petang berakhirlah penantian yang selama in sangat ditunggu-tunggu oleh bebudak form 5. tarikh bersejarah yang tak tercatat dalam mana-mana buku atau monumen lain. bendera penjajahan SPM akan diturunkan bermakna kami telah berjaya memperoleh kebebasan. darurat "duduk rumah study", "baca buku tu, main shopmania je", bla bla bla akan dibubarkan. hehe, dan sekarang aku boleh main puas2. nyahaha. how's SPM? overall, okay la rasanya. yang tension sikit, subjek sains la. semua eksperimen paper 3 yang ditarget aka dispot semuanya tak masuk. mesti cikgu frust, hehhe. karangan bahasa arab pulak, aku hafal setengah je. takut la tak masuk, penat hafal je. tapi, alhamdulillah la sebab tajuk tu masuk. cukup-cukup la perkataan yang aku hafal tu. dalam 120. lebih-lebih aku merapu la. tak sesedap ayat yang sudah dihafal, kan? hahaha. tula, akibatnya tanak hafal semua. so, sekarang harap-harapnya ketasku diperiksa oleh pemeriksa yang baik hati lagi pemurah. hhehe. Ya Allah, lembutkanlah hati pemeriksa ketasku..
cari keje? ala, cuti dulu.. keje-keje kat rumah je la. hehhehe. nak amik lesen memandu pun takleh lagi sebab aku tak cukup umur lagi. isk isk. masih budak. hahaha. alahai, tahun depan la nampaknya.
& now, boleh update blog kerap sikit. tapi, bukannya ade cite yang best pun. ditambah pulak dengan komputer yang rosak sebab ape ntah. rosak terus, takleh dibaiki. erk ayahh, bila nak beli komputer baru? ke nak beli laptop terus untuk balqis sorang? hahaha. kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. boleh jugakk. hmm.. haritu waktu exam karangan bahasa melayu, keluar tajuk pasal rukun negara. semalamnya, aku ada terbaca pasal tu kat plastik roti gardenia. bukan artikel la, cuma dia ada selitkan 5 prinsip rukun negara tu kat plastik roti nak suruh warganegara malaysia ni ingatla. naif sangat la kalo bebudak zaman sekarang taktahu. tapi memang taktahu pun. nyahaha. kalo ingat pun, sebab dah biasa baca ataupun bila waktu perhimpunan sekolah. kan kena baca ikrar rukun negara? dalam dewan la, aku dok teringat balik.
kakak, fatimah ape ehh?
9 november 2007 - new birthdate. kakakku selamat melahirkan seorang bayi perempuan. namanya? belum didaftarkan lagi; ish ish. buat masa sekarang, dipanggil fatimah. mungkin ada sambungannya lagi. biasa la kan, zaman sekarang. nama anak panjang-panjang. mesti penat budak2 tu nak tulis nama kat sekolah nanti. hehhe. tapi, nama panjang2 pun best jugak. kan?
mousepad strawberi. nyum!
GOTCHA! just wanna inform yang aku dapat hadiah daripada asiajam! nyahaha. asiajam ni kiranya macam shopping online punya website la. haritu, asiajam ada buat affiliate program yang mana kita kena letak banner asiajam kat website atau friendster atau mesepes atau apa2 ajela. pastu, dapatkan 15 klik daripada banner tu. takleh la kita dok tekan sampai 15 kali. membuang masa je. and then, dia akan kasila gift sampai kat rumah kita. ingat nak main-main je, tapi tengok asiajam ni macam betul2 je. siap kna confirm alamat rumah kita awal-awal. so, aku try la dan aku berjaya mendapatkan >15 kliks! hehhe. thanks kepada kamu semua yang menekan. *bow down* giftnya biasa je la, cuma tempat letak tetikus sebab tak buat apa-apa keje pun. just letak banner asiajam dan tunggu untuk diklik saja.
pst: lepas ni, bolela aku donload cite jdrama/kdrama banyak2. hehhe. okayla, tade pape dah.
No comments:
Post a Comment