Sponsored

Friday, August 07, 2015

RM50 OFF ZALORA voucher

Assalamualaikum semua. Dah selesai shopping? Eh eh eh














Kenal Lazada tak?
Kenal Zawara tak?
Kenal Zalora tak?

Haaaa, ZALORA collaborate dengan KFC mengadakan satu game di mana anda boleh putar roda impian eh bukan! Putar The Wheel of Fashion dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang agak lumayan! Untung-untung dapat supply baju dan kasut setahun. Wah wah wah

Inilah The Wheel of Fashion nyaaa

Contest berlangsung dari 15th May 2015 - 31st August 2015. Cuma perlu letak email dan automatik roda akan berputar. Nasib badan lah. Antara hadiah-hadiahnya ialah untuk customer Zalora berupa:
  • 15% off everything
  • 17% off everything
  • 20% off everything 
  • 22% off everything
  • RM20 minimum spend RM100
  • RM40 cash voucher
  • RM60 minimum spend RM80
  • Mystery Gift - RM50 minimum spend RM100 / RM40 minimum spend RM80
  • Grand Prize - 1 year clothes & shoes!!!
Mahu beli tudung Lily ni. Hihihi

Nak join? Klik di SINI

Thursday, August 06, 2015

Resipi Puding Karamel / Puding Gula Hangus

Assalamualaikum semua. Bertemu kita hari ini dalam ruangan yang baru. Jarang-jarang ada dalam blog ni. Hehehe :P

Emmm sedapnya

Nak kongsi sikit cara-cara nak buat puding karamel ataupun kadang-kadang dipanggil juga dengan panggilan puding gula hangus. Dah lama tak buat ni. Ayah sangatlahhhhh suka puding ni. Samalah dengan anaknya. Ahhahaha. Tapi tak elok ni, manis sangat. Naik gula dalam darah nanti.

So, bahan-bahannya simple je. Nak buat pun senang je.

Bahan-bahannya:
Karamel:
  • Gula 1/2 cawan
  • Air 2 sudu besar

Puding:
  • 3 sudu besar gula
  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • Esen vanilla (optional - nak hilangkan hanyir telur)

Cara-cara: (KARAMEL)
  1. Masukkan gula dalam periuk (pakai loyang pun okay, tak payah susah2 nak transfer nanti) 
  2. Masak sehingga berwarna keperang-perangan. Dah nampak perang-perang tu, masukkan air. Then kacau2. 
  3. Agak-agak dah cair tu, transfer ke dalam loyang / bekas nak kukus nanti. AWAS: Jangan gedik2 nak pegang gula hangus tu, panas sangattt dan nanti ia keras kat tangan. Nangeslah sorang-sorang T___T
Cara-cara: (PUDING)
  1. Masukkan semua bahan2 puding dalam blender. 
  2. Blend lebih kurang 1 minit. 
  3. Tuang atas acuan karamel tadi.
  4. Kukus atas api sederhana dalam 20-30 minit. *Nak tahu dah masak ke belum, cucuk puding dengan garfu. Kalau tak melekat, dah masak lah tu*
  5. Tunggu sejuk sikit >> masukkan dalam peti ais.
Gambar tak sempat nak ambil, dah habis. Lebih kurang camni la licin dalam tu

Nota kaki: Masa buat ni, tiba-tiba blackout pula. Nasib sempat pakai blender. Tapi, oven baru separuh jalan. Kesudahannya kita kukus pakai api dapur je :))

Wednesday, August 05, 2015

Cara-cara membuka akaun CIMB dan daftar cimbclicks

Assalamualaikum. Dah bulan Ogos pun kita. Eh hai!

CIMB Kangar

Semalam, aku pergi bank CIMB Kangar kat depan The Store. Plannya nak buat akaun memandangkan dengar2nye kad CIMB ni boleh pakai banyak tempat & banyak orang pakai. Hmm gedikla nak buat jugak. Memenuhkan slot kad dalam purse je. Tsk

Dah masuk bank tu aku pergilah ke kaunter info dan cakap nak buat akaun baru.Sebenarnya aku tak tahu kena buat kad CIMBISLAMIC so aku cakaplah nak buat akaun baru je. Kesudahannya lepas masuk kereta, Cik Nah cakap "Laaaaa awat kad ni warna merah? Ni yang tak Islamik ni. Pegi tukar cepat! Sempat lagi ni" Nak nangesss ah camni T___T Baru je habis deal tadi, nak kena deal lagi sekali. Nak tak nak, aku pergi masuk bank balik cakap nak buat akaun baru lagi satu. Ahahaha. Muka tebal jumpa puan kat kaunter info tu. Haaaa jaangan lupa, cakap nak buat yang ISLAMIK punya! Kita tak mahu urusan yang ada unsur-unsur riba ni ~ (FYI:Tak boleh tutup akaun yang baru buat tu serta merta, kena tunggu 6 bulan baru boleh tutup)


Tengah dok kalut-kalut tu, ada seorang pak guard ni yang tolong aku. Kasihan kot tengok muka blur. Terima kasih sangat-sangat, pakcik! So, tunggulah nombor buat kali kedua dan jumpa balik pegawai India yang aku deal sebelum ni. Dia pun senyum2 je "Ye cik Balqis" *Eh tadi budak ni da buat akaun* (Aku cakap lah nak bukak akaun islamik pulak sebab aku tak tahu sebelum ni) Dia cakap, "Eh tadi tak cakap nak buat" "Ye, saya tak tahu sebelum ni" (Dalam hati; aiiii dah nampak customer pakai tudung, offer2 lah yang Islamik punya. Hihi)

Lepas itu, just ikut je apa dia suruh buat.
  • Sign borang situ sini
  • Amik fingerprint
  • SEDIAKAN duit - kalo nak buat DEBIT kad pastikan ada RM 250 masa tu juga ye. Kalo tak mahu buat debit, ikut suka hati la. RM50 pun boleh.
  • Nanti dia akan suruh ke cash deposit machine (CDM) dan masukkan duit tadi. Lepas tu pegi balik kat dia & amik kad. YAYYY finally. 
  • Dah dapat kad tu, kena tukar no pin pula. Pergi kat ATM machine & tukarlah ke no. pin kesukaan hati.
Muka hadapan website CIMB

ONLINE BANKING CIMB (CIMBCLICKS)

Untuk online banking, pergi ke ATM machine & cari menu cimbclicks >> letak no. telefon bimbit anda. Lepas tu, pegi ke komputer yang disediakan dalam bank tu & sign up lah kat website cimb. Sila fikir user id & password anda siap2. Mesti gabungkan HURUF & ANGKA. Dan untuk password MESTI 8 huruf (campur angka) ye kawan2! (Bila aku tak tahu nak pakai password apa, mulalah termenung di depan komputer sambil terkial-kial memikirkan password yg sesuai dan senang ingat)

Lepas dah berjaya sign up tu, silalah blah dari bank segera. Urusan anda dah selesai. Bolehlah anda shopping sesuka hati tanpa perlu meminta TAC daripada orang lagi. Yessss! Ops, berjimat-jimatlah anda dalam membeli-belah ye. Membazir kan amalan syaitan :)

Tak pasal-pasal ada DUA kad CIMB. Gigih beno '-_-
 
* Rasanya dulu2 CIMBISLAMIC warna hijau. Sekarang dua-dua kad warna merah, yang membezakan cuma tulisannya; satu CIMB BANK, satu lagi CIMB ISLAMIC