Sponsored

Monday, August 30, 2010

Allah bagi ruang untuk kita

sesi tilawah 1602

dah 20 hari umat Islam berpuasa kan? so, dah berapa juzuk Quran yang korang baca? cakap pasal membaca Quran ni, aku teringat masa bulan puasa dulu2 (macam la lama sangat) aku selalu berlumba baca Quran dengan denz, cik sakura ataupun dengan afar; tengok sapa dapat baca juzuk paling banyak ataupun khatam Quran dulu. suka sangat kalau dapat baca lebih banyak dari orang lain. bayangkan kalau tengah baca Quran tu, tiba-tiba diorang datang jenguk nak tengok aku dah baca juzuk berapa. terus aku berhenti sekejap, tutup part juzuk taknak bagi nampak juzuk yang tengah dibaca. kononnya takut nanti diorang 'potong' (pintas). fikiran sempit betul masa tu kan, hehe :)

dan yang bestnya bila aku tanya diorang,
'juzuk berapa dah?'
'tak potong qis lagi..'
aku rasa bahagia.. HAHAHA, entah ape2 kan.

pastu, kalau aku ada nampak Quran yang selalu diorang baca, senyap2 aku bukak. nak tengok penanda Quran kat muka surat berape dah. kalau juzuk tu aku dah baca, aku tak kisah la. tapi bila tengok penanda tu kat juzuk yang aku belum baca lagi, rasa tercabar nak potong balik. rasa sangat puas hati bila kita dapat potong juzuk orang lain. sampai kadang-kadang tu, sanggup baca 2 juzuk sekaligus lepas Subuh sampai kering air liur semata-mata nak 'kampoi' balik juzuk yang terlepas tu. penat jugak, tapi at least LEGA :P (jangan tiru macam ni, sepatutnya kita kena lebih istiqamah dalam membaca. bukannye baca banyak sekaligus dalam satu masa ye)

nota 1 : betapa nikmatnya berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan, kan? lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ni, pahalanya berlipat kali ganda. ayuh kita refresh hati serta tingkatkan amal & taqwa! jom khatam 30 juzuk, insyaAllah :) bak kata Ustaz Nazri 'Allah bagi ruang untuk kita' - kita yang kena manfaatkan masa yang ada untuk Al-Quran juga~

nota 2 : rasa macam orang sakit je, bila baring atas katil lama2 - *EXAM MOOD*

Sunday, August 01, 2010

randomness

sedar tak sedar, dah hampir sebulan aku berada di tahun 2. bergelar akak 'senior' walaupun agaknye sebaya :P. taaruf dengan junior2 yang nampak lebih matured dari senior *perasan muda nampak*. nak ingat sume nama2 diorang, uh susah otak ni nak menghafal. maaflah ye, bukan sengaja! walaupun baru je beberapa saat budak tu cakap nama dia masa perkenalkan diri, boleh je aku terlupa dah nama dia ape. lain la yang ade 'aura' - cepat pulak ingat. AHHH, hate this name-forgotness syndrome ni!

30thjuly10
in the bus that morning, overheard one of the radio's DJ said about 31st july as hari pahlawan. (hari merdeka kot) then, he asked about 'siapakah pahlawan bagi kamu?' or translated to 'who is your hero?'. then there is this one caller said that her hero is his dad. suddenly, I remembered something. today is my dad's birthday! oh, just wanna wish my super AYAH, happy 58th birthday to you! semoga panjang umur & sihat2 selalu :) pokok mempelam kat rumah dah berbuah ke?

randomness :)

1. annoying tak?
kalo korang dah buat keje (senyap2 je), tapi lepas tu orang suruh korang buat keje lagi sebab tak nampak korang buat keje. bukan nak kate 'eh, aku da buat keje tadi.. bla (sebut ape keje korang buat), ko la pulak buat'. tapi common sense la. bukan orang tu taknak buat ataupun malas, tapi kalo buat sama-sama rasanya tak kisah kot?

2. keliru dengan.
makcik cafe yang bila tanya berapa harga nasi, dia cakap rm4. bila bagi rm4, dia kasik balik lima kupang. dah banyak kali kot kena camni. tak paham, duit syiling banyak sangat ke?

3. suka bila.
boleh baca ebooks thru laptop. sengkek duit nak beli buku. HAHA :P baik, saya pergi Kamal bookstore nanti.

4. terkejut.
bila dengar balik record lecture kidney masa dr. rafidah ajar, banyak pulak dengar orang batuk2. ni mesti GU bawak virus ni :P

5. serba salah.
sama ada nak beli buku marks' biochemistry atau tidak. bukan ape, takut tak terbaca. sedangkan marks yang dipinjam dari library haritu belum disentuh, harapkan renew je lebih.

hari ini dah 1 ogos. sepuluh hari lagi, dah nak puasa Ramadhan. kepada roomateku yang nak diet tu, semoga berjaya la ye! and lastly said; SELAMAT BERPUASA!