Sponsored

Monday, March 31, 2008

5 tanda hati mati

hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya"
hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. hehe, aku kadang2 rasa camtu jugak. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah:54)
2. tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran; ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran; orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf:45)
3. berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat. himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. kurang mengagungkan Allah, sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlecehkan orang, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. tidak belajar dengan Ayat Kauniah. tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah:126)
;
tetiba je. kali ni kita dengar baca tazkirah pulak ehh :) takde ape nak diceritakan. hmm. pikir-pikir dulu. anysz, my computer 'ter'upgrade theme vista. photoshop version lama takleh guna. so, takleh la nak buat button. kalo nak guna paint, boleh la =P


لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعنا

aku ade request sesorang untuk buat teppei koike's blogskin (oi! lucky de happy) tapi, aku tak berkenan sebab dia ada letak ade satu gambar tu. *kecik je* tapi agak menjejaskan. hehehe, so aku takjadi nak guna la. even so, yang skin tu navigational skin aku tak suka sangat nav skin. sebab kena tekan2. aku lebih prefer table. takpe, she have done what she's being told. *hearts*. salah aku jugak, tak kasi tahu.

p/s : dr khir toyo dah ada blog wo~ pegila jenguk-jenguk. hehehe =P

I'm Ravenclaw!

sort me!

Thursday, March 20, 2008

tag shuffle playlist

tag daripada amirul dan anysz.
INSTRUCTIONS - You guys kene menjawab soalan- soalan yang telah pun disediakan. Tetapi here’s the twist - You’ve got to answer the questions sambil mendengar lagu di Winamp or any music players, with list of your favorite songs in random / shuffle mode. And to make things even interesting, the questions are to be answered based on the songs you are currently listening to - like for each new question, you gotta hit “NEXT” on your player and see what song comes up next, and from there, you gotta answer the questions and the answer gotta be berdasarkan atau berkaitan dengan that particular song

tag ini sangat kelakar, okey!

1] If Someone Say “Is This Ok?” You Say?
Lagu : aliff aziz - STOP!
Jawapan : apekah? macam mirul jugak. kalo orang tanya ni OK ke tak? aku terus kata STOP! ni lagi sadis, siap ada exclamation mark lagi tu =P

2] What Would Best Describe Your Best Personality?
Lagu : mika nakshima - LIFE
Jawapan : wahh, my personality adalah kehidupan. yeah! aku, kamu, dia dan mereka completes me~!

3] What Do You Like In A Guy / Girl?
Lagu : aliff aziz - ku sendiri *suka lagu ni*
Jawapan : hm. nasib la. dia shuffle lagu aliff aziz je. haha. ku sendiri? adakah ini bermakna aku lebih menyukai diriku? ataukah aku adalah diva yang baru menggantikan anysz? hahahah =P

4] How Do You Feel Today?
Lagu : KAT-TUN - bokura no machi de
Jawapan : apekah? searching pakcik google kejap. ha, maksud dia -in-the-town. mungkingkah aku berperasaan seperti di dalam bandar harini?

5] What Is Your Life Purpose?
Lagu : aliff aziz - sayang-sayang
Jawapan : hamikla, lagu dia lagi. tujuan hidup-ku adalah untuk saling menyayangi di antara satu sama lain , kan? teringat lagu tadika dulu-dulu. satu2, sayang Allah. dua2, sayang Rasulullah. tiga2, sayang ibu bapa. satu dua tiga, sayang semua~!

6] What Is You Motto?
Lagu : wyclef jean ft akon, lil wayne & nia - sweetest girl
Jawapan : wahhaha. sweetest girl lagi tu~ GO! GO! jangan jeles.

7] What Do Your Friends Think About You?
Lagu : chrisye feat peterpan - menuggumu
Jawapan : diorang menunggu ku? apekah motif?

8] What Do You Think About Your Parents?
Lagu : ike yoshihiro - cool whispers
Jawapan : mungkinkah kata-kata mereka yang tegas terkandung kelembutan di sebalik itu? atau kata-kata mereka sungguh kool seperti bisikan? yeah, they are my cooleast parents!

9] What Do You Think About Very Often?
Lagu : kamenashi kazuya - kizuna
Jawapan : searching google again. it means -the-bond-between-us. apakah aku sentiasa memikirkan tentang relationship-ku dengan orang? oh, ade jugak betulnya :)

10] What Do You Think About Bestie?
Lagu : mika nakshima - I LOVE YOU
Jawapan : lihat itu, wahai kawan-kawan ku. terbukti sudah, aku sayang kat korang. lol =P

11] What Do You Think Of The Person You Like?
Lagu : kaela kimura - oh pretty woman
Jawapan : oh, aku suka. ya! ya! dan ya!

12] What’s Your Life Story?
Lagu : daughtry - over you
Jawapan : I have no idea what it means.

13] What Do You Want To Be When Grow Up?
Lagu : timbaland - apologize
Jawapan : apekah maksudnya? besar-besar nanti kerja aku adalah minta maaf kat orang? aku buat banyak kesalahan kat orang eh? aiyak, takutt! mintak maaf banyak-banyak, ye!

14] What Do You Think When You See The Person You Like?
Lagu : jordin sparks - tatoo
Jawapan : takyah tengok title. tengok lirik dia. heheh =P

15] What Do Your Parents Think Of You?
Lagu : YUI - rolling star
Jawapan : mereka fikir aku adalah bintang yang berguling-guling. kalo bintang yang bersinar takpe jugak. adehh! *guling-guling kejap*

16] What Will You Dance To At Your Wedding?
Lagu : maroon 5 - won't go without you
Jawapan : habis la pengsan semua tetamu kat situ.

17] What’s Your Hobby / Interest?
Lagu : the click five - happy birthday
Jawapan : birthday aku lambat lagi la. apsal tetiba lak hobi aku ucap happy birthday? oo, mungkin aku selalu wish happy birthday kat friendster? oh. aku hampir terlupa. hari ni, maulidur rasul.


18] What’s Your Biggest Fear?
Lagu : linkin park - shadow of the day
Jawapan : oh, baru ku tahu, aku takut bayangan hari ini. tetiba, seram sejuk menghantui diriku.

19] What’s Your Biggest Secret?
Lagu : alicia keys - no one
Jawapan : hoho. tade sape boleh tahu rahsia aku. shhh! biarlah rahsia~

20a] What Do You Think About The Person Who Started This Tag?
Lagu : m2m - pretty boy
Jawapan : sapekah yang start this tag ni?

20b] What Do You Think About The Person Who Tagged You To Do This Entry?
Lagu : avril lavigne - innocence
Jawapan : banggalah kejap dua orang budak tu. inesenkah? *sambil menekan next next banyak kali* =P

yeah, dah habis dah tag ini. LEGA! sangat panjang tag ini. tapi, nasib baik tag ini lawak~ boleh jugak menghiburkan hati ini. aku mahu tag:

baboon jadian, iekabean, e-zodeen, & alinsays sila-silakanlah buat~

p/s: waaa.. aku konfius. Ya Allah, help me!

Tuesday, March 18, 2008

aku di jepun?

smalam, aku bincang dengan umi aku pasal penolong dekan uitm yang buat farmasi.

umi : dia tu buat farmasi kat jepun.
aku : kat jepun? ehh, jepun ade farmasi jugak ke?
umi: le. adela.
aku : manela nak tau. selalunya jepun tu kan berkaitan dengan engineering bla bla. wahh, nak pergi jepun ahh!
umi : ee. ape yang bestnya? kena belajar semua dalam bahasa jepun. 1 tahun pula habis masa ke situ.
aku : ala, takpe r. best la~ *terbayang-bayang tempat kat jepun. tambah-tambah teringat drama-drama yang aku tengok. hahahaha =P*


sudahla. banyak berangan je. oh tidakk! tak mungkin terjadi.

umi suruh aku hafal al-quran banyak-banyak sikit. yang lupa-lupa dulu tu, ingat balik. berdosa kan kalau ape yang kita hafal, sudah dilupakan. ohh.. aku takut.

Sunday, March 16, 2008

new layout!

NEW LAYOUT!
as you see right now, I change my blogskin. I hope you guys like it. please do give me your opinions! it just an imageless skin. simple & plain. clearly, WHITE. we just love simpe thing, right? nahh, I have no idea what to write about.

horoscope from friendster today. hehehe =P
is there too much happening now - or not enough? you're a bit confused, today.

yeah, I'm a bit confused right now. should I go there? Ya Allah, please help me to do the right decision.

am testing the blockquote. lol X)

Wednesday, March 12, 2008

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA-KU

12032008

10am - aku masih leka menonton Attention Please. hahaha =P

1010am - ayah ajak aku pergi sekolah. alang-alang denz nak pegi pusat latihan memandu. nak daftar ape tah; donno. aku kata nanti la; awal lagik~ ke nak suruh ayah amik? tanak. nak balqis amik.

1030am - ayah & denz balik. dorang dah pegi tengok-tengok sekolah. ayah suruh pegi. hmm, aku pun bersiap la. pakai baju sekolah yang sudah di-seterika awal pagi tadi. pagi tadi, aku bangun awal dari biasa. hehehe =P. siap2, aku kata jom. ayah suruh abang aku hantar sebab abang aku & denz nak pegi kangar.

1100am - sampai kat dewan sekolah. banyak la jugak yang dah datang. tapi majoritinya belum datang. kelas aku baru 5 orang amik. aku orang ke-6. sign sijil berhenti sekolah. takde hutang apa-apa. cikgu kasik slip periksa. TAHNIAH!

tengok. agak berterabur susunannya. hahaha
the result:

dua
dua
satu
satu
dua
dua
tiga
tiga
dua
satu
dua
satu
dua

cube teka ape yang B. subjek kritikal. alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah! walaupun tak cemerlang-gemilang-terbilang. terima kasih, YA ALLAH!

;
La tahzan,sekiranya tidak cantik keputusanmu. tapi bersyukurlah! tapi jangan terlalu gembira sekiranya elok keputusanmu. tapi berSYUKURlah! kerana ia adalah sebahagian daripada TAQWA"

maka sungguh! Allah menCINTAI org2 yg BERTAQWA (3:76)

wahai sahabatku, sekiranya air matamu mengalir kerana KEKECEWAAN maka berSABARLAH kerana itu juga SEBAHAGIAN TAQWA, wahai saudaraku.

dan org yg SABAR dlm KEMELARATAN, PENDERITAAN. mereka itulah orang-orang yang BERTAQWA (2:177)

sekiranya benar begitu, maka bersabarlah. sabarlah, dan terus bersabar. Allah telah menentukan apa yang baik untukmu... :)

Dan Allah menCINTAI org2 yg SABAR (3:146)

>> credits to aiqha

anysz : jangan sedih2 ok!
ifaa, rai n asma' - tahniah ya!
ilyana, mukmina - you've done your best!

Sunday, March 09, 2008

random posts :)

I am writing this while having a piece of puding jagung kastad. ralit2, dah habis setengah tupperware pun.


tak lawa seyh~

tadi pagi, aku buat puding jagung kastad sensorang. teringin sangat nak makan. dulu kak najah buat, aku yang tolong perabiskan senyap-senyap, hehe. resipi pegi cari kat internet. search2 pakcik google, akhirnya berjumpa juga. yes! nasib baik juga semua bahan-bahan dah ada kat rumah. takpayah la susah-susah nak pegi beli kat kedai pulak. bahan2 pun berlebihan; baik aku guna instead habis date due nanti. satu tin susu cair dah pun dibuang ke dalam tong sampah sebab tarikh yang tertulis kat situ adalah pada bulan 2 tahun 2008. ah, membazirnya tak guna~

tadi, tengah dok kacau puding tu atas api, mak aku datang. dia kata:

"kuningnya kaler. nanti takpayah buat dah. pewarnanya je banyak"
"ehh.."

*bukan ke jagung tu yang kuning? ke kastad tak bagus?*

kedai buku baru bukak

2 hari lepas. aku pegi kedai abang dan kakak iparku di plaza kangar; IQRA'BOOKS. banyak la buku yang dijual; antaranya buku-buku motivasi oleh penulis terkenal (dr. hm tuah, dr. danial, ustzh siti nor bahyah, bla bla), novel-novel islamik (ayat-ayat cinta, pesona cleopatra, ketika cinta bertasbih, dalam mihrab cinta, tautan hati dll). novel2 karya ramlee awang mursyid (my bro sangat minat buku dia) dan buku-buku pelajaran budak darjah 1 sampai la form 5.


buku-buku motivasi


bukunya berkaler-kaler. dushh!


oh, ini tuan kedai~


aku suka tengok buku2 pelajaran tu, macam-macam kaler dan design. hahahah =P tapi disebabkan aku dah habis dah zaman buku2 tu, terpaksala aku meng'usha' buku-buku lain.




harga <39

tshirt labuh pun ade jual gak. sape-sape yang berminat, bolehla tinggalkan pesanan. nanti aku kasi contact number-nya ya.

kat luar plaza kangar tu, ade satu kedai roti ni, namanya alphine delice (sebut : al-fain-delis). wahh, namanya sungguh sofistikated~ kedai tu kepunyaan orang Islam dan chefnya adalah orang Inggeris beragama Islam. yang istimewanya, roti-roti kat situ semua takde campur bahan kimia. freshly baked~ mak aku sangat suka bila dia kata macam tu sebab she is so aware about this thing!


bla bla bla roti kami takde bahan kimia


ibah promoter alphine delice


sebelah kedai roti tu plak, ade strawberry cafe. fuhh, namanya pun! jam kat kafe tu pun bermotifkan buah seteroberi. ingat lagi insiden lawak kat situ. aku dan afarz pergi kedai tu nak beli aiskrim. tuan kedai tu datang menjenguk peti aiskrim tu sama-sama dengan kami. sambil dok reccomend aiskrim ni, aiskrim tu. sebenarnya, tuan kedai tu kata peti aiskrim tu baru diletak dan dia tak tahu lagi harga-harga aiskrim tu even ade pelekat harga aiskrim atas peti tu. sambil kami berTIGA dok jenguk aiskrim dalam peti, sambil cari harga kat pelekat tu. hahhaha =P

keputusan pilihan raya ke-12



p/s : 2 hari lagi~

Tuesday, March 04, 2008

TAG link favourite

kitaa!!
maksudnya it came!!

ape yang datangnya? hahahha =P tag datang daripada izzudin. dia ni pengusaha guamedia [dot] co [dot] cc. guamedia ni menyediakan muat turun, lirik, dan video lagu-lagu hangat dari serata dunia. ape tunggu lagi, serbulah guamedia itu!

ha, tag ini pasal laman web yang selalu aku lawati. maksudnya site2 yang selalu aku bukak la kan. kiranya site-mandatory kalo bukak komputer~ X)

bukak je mozilla browaser, aku terus tulis.
1. mail.yahoo.com - check2 email. ni sudah semestinya!

2. friendster.com - ini just tengok kalo ade orang tinggal testimonial dan friend request. pastu tutup, malas nak duduk lama-lama. karang teralit. kalo aku tengah boring, baru la aku baca bulletin2 board yang tahpape, skodeng tengok page-page orang yang ke-lawa-an tanpa meninggalkan sebarang jejak. huahahah X)

3. blogskins.com - aku suka cari skin2 yang ke-best-an untuk blog. skinblog yang aku tengah guna ni pun asalnya dari sini. cuma aku ade touch-up sikit-sikit. haha =P

4. mysoju.com - link ini menjadi feveret aku sejak belakangan ini. kat sini, boleh tengok korean/japanese/taiwanese drama atau movie online (english takde ok!) tapi buffering la. kalo internet laju, boleh la. site ni dah siap kategorikan dah episod-episod drama tu. tak payah susah2 search tapi aku menyusahkan diri jugak search guna veohTV. sebab aku mahu download la, tanak tengok online~

5. utusan.com.my - carik berita-berita terkini. aku tak tengok TV, so di sini la nak cover balik cerita2 yang aku tak tahu pasal malaysia ni. lol :)

kalo blog, aku tengok semua. takde prioritynya. semua feveret kalo sentiasa berhupdet (bukan macam aku~) dan ber-bloghopping la.

mahu tag aiqhazetty, kaka wana, shadowX_19, kak ieka

oh ya,
> > SPM result keluar 12 MAC ini! tak caya lagi, tengok utusan

;
1 haribulan ritu, aku ade pergi karnival pendidikan MARA kat depan the store dengan afarz. banyakla jugak kolej2 dan uni yang amik bahagian; lebih kurang dalam 20 booth agaknya. contohnya cyberjaya medical university, island college, monash university, KUIS, KIPSAS, kolej teknologi timur, uniKL dan banyak lagila. tak ingat. hmm, aku tak tahu la nak amik kos ape. konpius~